JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, March 29, 2015

TRIP HIKING TO MOUNT KINABALU (21 JANUARI 2015 - 23 JANUARI 2015)

Hamdallah sungguh nikmat ALLAH itu sesuatu yang tidak mampu untuk kita dustakan.. Hua3 sekian lama mendiamkan diri daripada blog ini akhirnya aku muncul kembali.. Teringat masa zaman diploma dulu aku rajin sangat nak update blog.. Al-maklum lah masa tu tak la se"busy" pengajian ijazah ni.. Cewah siap ada orang cakap sibuk aku ini mengalahkan Perdana Menteri.. Well of course laa.. Daripada spend masa pergi buat benda apa2 kan lagi elok pergi habiskan masa dengan berprogram.. Tetiba malam ni ada mood nak update blog aku ni semula.. Ini pun hasil desakan seorang kawan aku untuk update blog ini.. Jadi aku gagahkan juga untuk menulis semula.. As usual laa aku lebih suka kepada perkogsian peribadi aku.. Bukan bermakna berkongsi masalah aku.. Tapi just nak kongsi pengalaman aku dengan rehlah aku.. Ha entri kali ini aku prefer untuk berkongsi pengalaman aku mendaki Mount Kinabalu.. Cewah bunyi macam gempak kan..

Ha trip aku kali ini pada 21 Januari sampai 22 Januari 2015.. Sebenarnya ini adalah trip aku kali yang kedua.. Trip kali pertama tu pada 07 September sehingga 08 September 2014.. Tapi aku tak update entri pun untuk pendakian kali pertama tu.. Tahu kenapa? Ha sebab aku tak sampai puncak pun.. Memang sungguh2 upset kot.. Tak sampai puncak bukan sebab tak mampu tapi sebab cuaca tak mengizinkan aku untuk menawan gunung itu lagi.. Akhirnya pendakian aku terhenti pada ketinggian 3.272 m sahaja.. Semangat gila2 kot masa mendaki kali pertama tu.. Memang sungguh2 berlatih laa masa tu.. Tapi cuaca tak mengizinkan kan? Tapi sungguh pendakian tu agak tough sebab aku mendaki sama2 dengan orang2 yang dah sangat2 familiar dengan Gunung Kinabalu ni.. So masa pendakian mereka memang betul2 awesome laa.. Tapi walaupun itu pendakian aku kali pertama tapi catatan masa aku tidaklah teruk.. Pendakian aku mula jam 9.00 pagi.. Sampai Laban Rata jam 12.30 tengah hari.. Tapi pendakian kali kedua lagi hebat kot pencapaian aku.. Pendakian aku hanya mengambil masa selama 3jam lebih.. Mula mendaki jam 8.45 pagi then sampai Laban Rata jam 12.03 tengah hari.. Padahal pendakian kali kedua ni memang langsung tak ada buat senaman apa2.. Orang kata main bantai je.. Kalau sampai memang tu rezeki laa.. Ehehehe.. Ha ini laah gambar geng2 aku mendaki.. Gambar atas tu pendakian kali kedua..



Tu cerita serba sedikit aku.. Pengalaman aku masa mendaki nak ke Laban Rata pulak tak ada lah tough sangat.. Trek awal2 tu tak la mencabar sangat.. Tapi trek nak sampai ke Laban Rata tu agak berbatu2 so agak memenatkan jugak.. Tapi kira ok jugak laa tak ada laa sampai nak mati.. Apapun yang paling penting adalah makanan yang boleh sumbang untuk energy and make sure your rest time not exceed than what u are need.. Jangan rest terlalu lama.. Pendakian kali pertama tu aku tak laa hebat tapi antara paling awal jugak sampai ke Laban Rata.. Gile ko tak rasa happy kan? Kirenya kali pertama mendaki tapi sampai awal jugak.. Kawan2 cakap kalau stamina teruk, kadangkala pendakian ke Laban Rata sehingga lah masuk Maghrib.. Masa tu aku dah risau kot.. Tapi hamdallah unexpected jugak laa sebab aku sampai awal.. Pendakian kali kedua pulak kira hebat laa.. Aku orang pertama sampai di Laban Rata.. Sedangkan kitorang mendaki sebagai group yang ke-4.. Kirenya aku dah potong habis semua group yang ada dekat depan aku laa.. Ahahaha angkat bakul sendiri.. Tapi cukup2 happy kot.. Perjalanan tu jugak laa buat aku makin bersemangat.. Ha aku nak share gambar2 aku selama melalui 6 check point untuk sampai ke Laban Rata tuh.. Ehehehe..








Ha manakala dari sudut penginapan aku pun berbeza.. Pendakian pertama tu aku just menginap dekat Laban Rata yang mana jaraknya hanya 6.0 km saja.. Pendakian kedua pula menginap dekat Gunting Lagadan yang jaraknya 6.5 km.. Sungguh memang agak mencabar laa dekat Gunting Lagadan tuh.. Nak makan pun memang jauh.. Dekat Laban Rata best sebab semua dekat.. Tapi charge memang mahal sangat2 laaa.. Gunting Lagadan tu khas untuk Sabahan sahaja.. Selama dua kali aku mendaki ni, aku just ambil Sabahan pakej sebab sangat2 murah..


Ha manakala pendakian ke puncak plak masa mendaki kali kedua jaa sebab kali pertama kan tak sampai puncak.. Ehehehe.. Allahu Rabbi sungguh memang Allah saja tahu perasaan nak ke puncak tuh.. Kitorang menginap pada jarak 6.5km.. Masa nak mendaki ke puncak tu, baru je jalan 200 meter memang rasa sangat2 nak give up dah.. Tak larat sangat2 rasa nak mati.. Sungguh pendakian sangat mencabar.. Apa tidaknya memang tak de sangat jalan rata.. Almost semuanya jalan gunung2 dan berbatu.. Jalan kejap rest lama sebab memang tidak larat.. Pendakian ke puncak tu mula jam 3 pagi.. Memang masa subuh kot.. Gila2 laa first experience tu.. Tapi hamdallah walaupun rasa nak mati tapi enjoy sangat2 sebab sampai ke puncak.. Masa mendaki ke puncak tu aku memang tidak cukup air nak minum.. Baru mendaki 200 meter air minum aku dah habis daa.. Rasa nak minta dengan orang sekeliling tapi rasa malu pulak.. Akhirnya aku nekad walaupun dalam keadaan takut menadah air gunung untuk aku minum.. Aku tahu benda tu dilarang tapi no choice laa.. Lepas aku dah minum kenyang dah, aku tanya guide tuh boleh ke amik air gunung? Dia pun memang tak bagi sebab takut mengalir daripada daun yang beracun.. Tapi da siap minum kan jadi kena redha laa.. Apapun sampai sekarang aku hidup lagi laa.. Ahahahaha.. One more moment yang paling berharga aku masa solat subuh dekat atas gunung.. Memang syok sangat2.. Pendakian ke puncak hanya 2.0 km sahaja.. Tap macam 20 km.. Sangat2 memenatkan.. Finally jam 6 pagi aku dah sampai ke puncak.. Memang heaven sangat rasa masa tu.. Rasa tak sangka.. Siap kol mak aku lagi bagitahu aku sampai puncak da.. Oh ya don't worry sepanjang mendaki tu memang ada line tak perlu risau.. Whatsapp, wechat, insta, fb and etc always boleh update.. Ha ni gambar2 masa dekat puncak..







Ha lepas puas ambil gambar dekat atas tu aku pun turun laah.. Oh ya masa aku mendaki tu ada jugak geng2 USIM mendaki sama.. Jadi aku tumpang ambil gambar sekali dengan mereka.. Ehehehe.. Saje nak tumpang2 sebagai kenangan kan.. Ehehehe..
Hamdallah sungguh pengalaman ini sangat bernilai buat aku.. Tidak mampu untuk aku zahirkan kesyukuran aku hanya dengan kata2 sahaja.. Buat mereka yang berkelapangan ayuh kumpul duit pergi mendaki Gunung Kinabalu.. Ha nak kongsi sikit gambar2 menarik semasa pendakian.. Ehehehe..







Plan untuk pendakian seterusnya.. Bila agaknya ye??


Hamdallah Ya Rabbi =)..


No comments: