JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Friday, December 19, 2014

TRIP TO GUNUNG DATUK (29 SEPTEMBER 2014)


Hamdallah ini merupakan Gunung kedua yang aku tawan selepas Gunung Kinabalu.. Pendakian Gunung Datuk ni mengambil masa selama 2 jam lebih.. Rombongan kami mula mendaki pada jam 10.00 pagi lebih dan sampai puncak dalam jam 12.30 tengah hari.. Sebelum program ni pihak penganjur ada masalah dalam pengankutan.. Tulah lambat memulakan pendakian..

Ha ni budak berdua ni paling banyak bersama masa mendaki.. Seronok sama2 dengan mereka.. Banyak benda yang dapat dikongsikan perihal diri.. ehehehe.. Sebenarnya mendaki Gunung Datuk ni tak lah mudah.. Latihan stamina agak penting jugak.. Sebab trek nya agak mencabar dan curam.. So memang guna banyak tenaga untuk pendakian Gunung Datuk ni..

Ni gambar di puncak Gunung.. Nak kongsikan sedikit tips.. Mengambil sarapan pagi tu sangat2 penting ketika nak mendaki Gunung or apa2 yang sama waktu dengannya.. Masa mendaki Gunung Datuk ni memang tak ambil apa2 sarapan.. Ye lah ingat trek mudah je.. Rupanya mencabar jugak.. Masa mendaki nak2 sampai puncak tuh, terasa nak vomit dah.. Rasa pening sangat.. Ketinggian yang tinggi, oksigen kurang.. So breathing technique kenalah tahu jaga.. Terpaksa aku guna prinsip dan tips masa mendaki Gunung Kinabalu.. Ehehehe..


Ketika pendakian ke Gunung Datuk ni,
ianya pengalaman yang sangat2 mencabar.. Sehinggakan berazam lepas ni dah tak nak naik Gunung2 dan apa2 yang sekutu dengannya.. Tapi once tah touch the summit of Mount Datuk ni, memang terasa puas.. Lepas tu tukar azam balik.. Kalau boleh nak tawan semua Gunung yang ada di Malaysia ni nanti.. Eheheh..

Mendaki Gunung Datuk ni tak perlu kos yang tinggi pun.. Program kami ni pun dikendalikan oleh pelajar USIM sendiri.. Charge yang mereka kenakan RM25 seorang.. Kira berbaloi laa masuk pengangkutan, makan tengah hari dan sarapan pagi.. Kalau pergi individually, perlu save money untuk pengankutan dan makan jelah..


Peneman ketika mengharungi saat2 sukar pendakian.. Ehehehe,..


 Perjalanan Balik ke USIM.. Semua muka kepenatan..

Thanks guys for support and help each other.. 

No comments: