JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, June 14, 2014

REHLAH NEGERI JELAPANG PADI, KEDAH (26/01/14 - 28/01/14)

Salam semua readers.. Ha entri kali ni admin nak berkongsi gambar2 ketika admin rehlah di negeri Jelapang Padi Kedah.. Sebenarnya nak travel2 ni tak la guna duit yang terlalu banyak.. Kena pandai2 bajet la juga.. Ha masa dekat Kedah ni pun admin tak la spent banyak sangat duit.. First tempat tinggal tumpang rumah kawan je pun.. Kenderaan ikut kereta dia tapi tuang2 la minyak.. Selebihnya tu admin banyak beli souvenir je la.. Tu yang agak costly sikit.. Kalau tak beli2 barang mungkin dalam RM300 pun da cukup laa.. Semasa rehlah dekat Kedah ni sempat juga jalan2 ke sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar.. Rehlah ni adapat pergi banyak tempat antaranya, muzium, institusi-institusi pendidikan, tempat beli belah, tempat2 korporat dan  banyak lagi laa.. Ha ni antara destinasi yang admin pergi,

                                                           Institusi Pendidikan






Muzium & Tempat Bersejarah












 Petrosains Kedah


Institusi Keagamaan (Masjid Zahir Kedah)
Sungguh masjid ni sangat2 cantik.. Terasa teruja masa sampai kat masjid ni.. Ni memang logik sebagai salah satu landmark bagi negeri Kedah.. Sugguh nampak indan senibina Islam tuh..





Menara Alor Setar
Menara ni ketinggian nya 165.5m.. Hehehe memang best naik cuma gayat.. Terbayang kalau2 bangunan tu runtuh.. Ahahaha.. Astaghfirullah al azim.. Tapi jujur memang seronok duduk tempat2 tinggi ni.. Lagi2 angin bertiup memang sangat2 kencang.. Ha lagi satu best dapat guna teropong tu.. Memang jelas, terang dan nyata nampak imej yang kecil..




Boarder Malaysia - Thailand (Padang Besar)
Ha masa nak sampai kat sini ni teruja sangat2.. Ahahaha first time kan.. Barang2 yang dorang jual lebih kurang je dengan Malaysia.. Ada yang murah dan ada yang harga standard market.. Normal la kan kat mana2 tempat pun.. Cuma yang best nya dekat sini dorang cakap Thailand.. Ceh ceh da macam dekat oversea pulak dah.. Hohohoh..




Ha yang bestnya masa traveled dekat Kedah ni, kawan admin tu tiap hari masak.. Hebat jugak la dia masak.. Memang hari2 makan rumah la.. Dia sendiri terkejut tengok admin makan.. Biasanya makan sikit kan tapi sampai sana makan memang kaw kaw laa.. Ala bukan selalu makan banyak.. Datang tempat orang kalau makan sikit sangatlah rugi.. Ye la ni la masa nak rasa budaya masakan dorang.. Tapi masa dekat sana admin dapat ambil Masakan Fish and Chip yang kawan admin masak je.. Boleh tahan mainly coleslaw yang handmade tu.. Perh kalah KFC.. Thanks fren..



 Katakanlah: “Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi!” (Surah Yunus: 101)


 Katakanlah: “Perhatikan apa yang ada di langit dan bumi (Surah Yunus: 101)
“Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka (yang menderhakai rasul)?” (Surah Yusuf: 109)


Terima kasih yang tak terhingga buat Paksu (Muhammad Farith Syafifudin & Family) atas semua bantuan selama rehlah ini.. Semoga ALLAH membalas segala kebaikan enta =)..


“Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."― Abu Hamid al-Ghazali -

No comments: