JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, June 14, 2014

REHLAH BANDAR BERSEJARAH, MELAKA (13/01/14 - 15/01/14)



Ni rehlah part 1 semasa cuti akhir semester tiga.. Sebelum menjejak kaki ke bumi Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, admin sempat traveled ke Melaka.. Ziarah ke tempat kawan2 dan tengok2 tempat orang.. Melaka ni tak ada yang rare sangat tapi banyak sangat tempat2 menarik.. Dah nama pun bandaraya bersejarah kan memang banyak la keunikannya.. Ha yang best nya dekat sini ni siap tiga orang kawan lagi yang bawa admin jalan2 tau.. Hebat dan best.. Siap dapat berkenalan dengan ahli keluarga mereka lagi disamping mengenali kehidupan mereka.. Ceh ayat bombastik gitu kan.. Ehehehe.. Biasalah kalau entri pasal travel atau rehlah2 ni admin nak berkongsi gambar2 admin dan tempat2 admin pergi sahaja.. Ha Melaka ni walaupun pergi tiga hari je tapi perjalanan sangat seronok sebab dapat kenal keluarga kawan2 kan.. Hari first datang tu lebih kepada ziarah rumah kawan2 je.. Then hari kedua plak jalan2 bandar Melaka la apa lagi.. Last day tuh bersiap2 untuk balik semula ke USIM untuk menyertai Arabic Language Supporting Program (ALSP) ha sebab nya hari tu ponteng kena lah ambil masa tuh.. Sapa suruh kan AZLAN!!! Ehehehe.. Gambar kat sebelah tu Gerai Cendol yang dimiliki dan dimajukan oleh kawan ana masa rehlah ne.. Cendol dia memang sedap.. Lagi2 masa2 tengah panas terik tu minum cendol tu.. Kebaikan cendolnye tu tak guna pewarna buatan dan cendol tu diproses sendiri.. Jadi kira sangat baiklah untuk kesihatan.. Ha kot2 korang ada event ape2 kan boleh la tempah cendol tu dari kawan admin.. Nanti PM admin je untuk berhubung dengan dia.. Ceh kira promote sebentar la.. Nama cendol dia tu Cendol Y2K.. Berbalik kepada perjalanan rehlah admin.. Ha ni antara destinasi2 yang admin pergi kat Melaka tuh.. Tak banyak sebab masa tak mengizinkan sangat.. Pergi berjalan pun hanya sehari saja kan..

















Ha masa rehlah kat Melaka ni admin guna duit banyak sikit.. Tak silap dalam RM700 gitu.. Sebab banyak sangat barang2 yang menarik untuk dibeli.. Kat sini lah admin banyak beli barang.. Ye lah kali pertama datang kan memang sangat2 teruja.. Shopping siap tak ingat masa lagi.. Planned nak surveyed barang tu dalam setengah jam ja.. Alih2 sampai satu jam setengah.. Kesian kawan2 admin penat tunggu.. Memang best tengok baju2 yang made from Melaka dan juga souvenir yang ada dekat sana.. Yang paling penting dapat beli kad postcard tu dan pelekat peti ais sekali.. Balik hostel je beg penuh dengan barang yang admin beli.. Apa tidaknya hobi kan beli barang walaupun tak pakai.. Ha dekat sini ni pun admin tumpang rumah kawan lagi.. Siap abang dia bagi tumpang kat satu rumah yang besar lagi.. Hehehe pengalaman paling best kawan admin bawa kereta macam bawa F1.. Yeayh.. Lagi satu gambar kat sebelah kiri tu admin sangat tertarik.. Orang tu buat lukisan sendiri dengan pelbagai view.. Memang hebat kelebihan yang ALLAH berikan kepada dia.. Cuma sedihnya dia jual karyanya tu dengan harga yang murah sekali.. Macam tak logik dengan hasil kerjanya.. Dia jual macam tu atas alasan yang penting orang lain tahu untuk menghargai karyanya.. Tak silap admin, orang tu nama dia Selamad Shariff.. Mungkin boleh cari maklumat berkaitan insan tersebut melalui facebook..


Apapun admin nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kawan2 admin yang melayani dan membantu admin ketika rehlah ke Melaka.. Dorang ni memang sangat rapat dengan admin kalau kat kampus.. Kalau ada masalah pun mseti cari dorang.. Apapun korang memang deebak laah dalam friendship.. Terima kasih buat kalian (Azam Shamsol + Family, Muhammad Hazman bin Hussin + Family dan Afdal + Family).. Paling best dapat makan kat rumah kalian.. Banyak menu baru yang dapat rasa.. Memang sepanjang kat Melaka tu memang berpesta perutku ini.. Terima kasih banyak2 kalian =)..



No comments: