JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, June 14, 2014

REHLAH PUTRAJAYA SEMESTER 3

Hari ni semua entri berkaitan rehlah semata2.. Ye lah lama admin tak post ape2 kan.. Jadi sekali post nak buat semua je lah alang.. Nak menambah koleksi gambar2 admin kat google ni.. Rehlah Putrajaya ni tak ada apa sangat sebab almost setiap semester kitorang akan pergi.. Apa yang admin paling suka kat Putrajaya ni solat kat Masjid Putra tu sebab terasa sangat ketenangannya dan juga makan Lebanon Ayam.. Huhuhu tak tipu memang Lebanon Ayam Putrajaya tu sedap.. Kat mana nak cari?? Ha dekat luar Masjid Putra tu ada orang yang meniaga di atas lori2 kan?? Berhampiran dengan Tasik Cruise tu.. Ha kat situ laa.. Bagi admin seronoknya kat Putrajaya ni apabila dapat keluarga bersama2 dengan kawan2 lain.. Sebab dekat sini ni suasana nya lain sikit.. Banyak benda dapat berkongsi dengan kawan2.. Ceh suasana feeling2 gitu dengan angin yang sepoi2 bahasa kan.. Ehehehe.. Ha admin nak kongsi gambar2 admin dengan rakan2 sepanjang belajar ni.. Ni masa2 yang kitorang ke Putrajaya,










P/S : Inilah admin hobinya berjalan sahaja..

REHLAH BANDAR BERSEJARAH, MELAKA (13/01/14 - 15/01/14)



Ni rehlah part 1 semasa cuti akhir semester tiga.. Sebelum menjejak kaki ke bumi Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, admin sempat traveled ke Melaka.. Ziarah ke tempat kawan2 dan tengok2 tempat orang.. Melaka ni tak ada yang rare sangat tapi banyak sangat tempat2 menarik.. Dah nama pun bandaraya bersejarah kan memang banyak la keunikannya.. Ha yang best nya dekat sini ni siap tiga orang kawan lagi yang bawa admin jalan2 tau.. Hebat dan best.. Siap dapat berkenalan dengan ahli keluarga mereka lagi disamping mengenali kehidupan mereka.. Ceh ayat bombastik gitu kan.. Ehehehe.. Biasalah kalau entri pasal travel atau rehlah2 ni admin nak berkongsi gambar2 admin dan tempat2 admin pergi sahaja.. Ha Melaka ni walaupun pergi tiga hari je tapi perjalanan sangat seronok sebab dapat kenal keluarga kawan2 kan.. Hari first datang tu lebih kepada ziarah rumah kawan2 je.. Then hari kedua plak jalan2 bandar Melaka la apa lagi.. Last day tuh bersiap2 untuk balik semula ke USIM untuk menyertai Arabic Language Supporting Program (ALSP) ha sebab nya hari tu ponteng kena lah ambil masa tuh.. Sapa suruh kan AZLAN!!! Ehehehe.. Gambar kat sebelah tu Gerai Cendol yang dimiliki dan dimajukan oleh kawan ana masa rehlah ne.. Cendol dia memang sedap.. Lagi2 masa2 tengah panas terik tu minum cendol tu.. Kebaikan cendolnye tu tak guna pewarna buatan dan cendol tu diproses sendiri.. Jadi kira sangat baiklah untuk kesihatan.. Ha kot2 korang ada event ape2 kan boleh la tempah cendol tu dari kawan admin.. Nanti PM admin je untuk berhubung dengan dia.. Ceh kira promote sebentar la.. Nama cendol dia tu Cendol Y2K.. Berbalik kepada perjalanan rehlah admin.. Ha ni antara destinasi2 yang admin pergi kat Melaka tuh.. Tak banyak sebab masa tak mengizinkan sangat.. Pergi berjalan pun hanya sehari saja kan..

















Ha masa rehlah kat Melaka ni admin guna duit banyak sikit.. Tak silap dalam RM700 gitu.. Sebab banyak sangat barang2 yang menarik untuk dibeli.. Kat sini lah admin banyak beli barang.. Ye lah kali pertama datang kan memang sangat2 teruja.. Shopping siap tak ingat masa lagi.. Planned nak surveyed barang tu dalam setengah jam ja.. Alih2 sampai satu jam setengah.. Kesian kawan2 admin penat tunggu.. Memang best tengok baju2 yang made from Melaka dan juga souvenir yang ada dekat sana.. Yang paling penting dapat beli kad postcard tu dan pelekat peti ais sekali.. Balik hostel je beg penuh dengan barang yang admin beli.. Apa tidaknya hobi kan beli barang walaupun tak pakai.. Ha dekat sini ni pun admin tumpang rumah kawan lagi.. Siap abang dia bagi tumpang kat satu rumah yang besar lagi.. Hehehe pengalaman paling best kawan admin bawa kereta macam bawa F1.. Yeayh.. Lagi satu gambar kat sebelah kiri tu admin sangat tertarik.. Orang tu buat lukisan sendiri dengan pelbagai view.. Memang hebat kelebihan yang ALLAH berikan kepada dia.. Cuma sedihnya dia jual karyanya tu dengan harga yang murah sekali.. Macam tak logik dengan hasil kerjanya.. Dia jual macam tu atas alasan yang penting orang lain tahu untuk menghargai karyanya.. Tak silap admin, orang tu nama dia Selamad Shariff.. Mungkin boleh cari maklumat berkaitan insan tersebut melalui facebook..


Apapun admin nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kawan2 admin yang melayani dan membantu admin ketika rehlah ke Melaka.. Dorang ni memang sangat rapat dengan admin kalau kat kampus.. Kalau ada masalah pun mseti cari dorang.. Apapun korang memang deebak laah dalam friendship.. Terima kasih buat kalian (Azam Shamsol + Family, Muhammad Hazman bin Hussin + Family dan Afdal + Family).. Paling best dapat makan kat rumah kalian.. Banyak menu baru yang dapat rasa.. Memang sepanjang kat Melaka tu memang berpesta perutku ini.. Terima kasih banyak2 kalian =)..



REHLAH PULAU MUTIARA, PULAU PINANG (28/01/14 - 31/01/14)

Ha entri kali ini admin masih lagi nak berkongsi mengenai rehlah admin.. Ha ni travel untuk destinasi kedua semasa cuti akhir semester tiga.. Ala entri sebelum ni admin berkongsi mengenai rehlah ke Negeri Jelapang Padi tu.. Ha ni kesinambungan rehlah tu.. Ceh macam drama dah pulak kan.. Sejujurnya travel2 ne sangat memerlukan tenaga yang banyak jugak.. Sungguh lepas traveled dari Pulau Pinang ni memang letih.. Seminggu hanya merantau ke sana ke sini.. Tapi sangat2 best satu pengalaman yang mungkin orang lain tak miliki.. Ha masa dekat Pulau Pinang ni pun admin tak de la costly sangat dalam kewangan.. Masa kat sini pun tumpang rumah kawan dan pengangkutan naik kenderaan dia.. So memang bajet laa.. Dekat sini duit banyak keluar pun bab makan2 dan beli2 barang da.. Rasanya kalau travel sini tak beli barang sangat cuma makan dan jalan2 je dalam RM500 tuh dah sanagt2 cukup da.. Lagipun travel sebagai bujang kan memang murah laa.. Tiga negeri admin pegi masa cuti semester tiga haritu iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.. Ha kat Pulau Pinang ni banyak betul admin jumpa benda baru tau.. Mainly dalam makanan.. Jumpa dengan Nasi Lemuni.. Siap tanya kawan2 tau ke nasi apa tu? Ada ke patut dorang kata nasi terbakar.. Hahahah da memang warna nasi tu hitam laa.. Jauh benor pegi nasi tebakar kan.. Ha kat sini juga admin belajar makan nasi Kandar, nasi Dalca dan banyak lagi laaa.. Ha ni antara gambar2 nasi tu.. Korang sendiri boleh guess hitam tu nasi apa.. Bukan nasi terbakar atau hangus ye.. Heheheheh.. Tapi ramai je orang tak tau nasi ni even orang Pulau Pinang sendiri ada je yang tak tahu.. Kikiki..

Ha ni antara tempat2 yang admin pergi.. Sungguh empat hari duduk dekat Pulau Pinang ni memang tak sempat nak round semua.. Tempat ni memang sangat2 besar.. Taoi kalau ikut peratusan, at least admin dah pegi dalam 70% la.. Macam2 tempat pegi.. Daripada tempat makan, pergi tempat beli belah, tempat mandi manda, tempat orang kenduri (menyempat lagi makan free) dan macam2 laa.. Ha nak share gambar2 tempat tu,














Tempat Keagamaan dan Institusi Pendidikan



Mengikut cerita kawan aku, ini adalah Maktab Perguruan Pulau Pinang








Tempat Rekreasi (NIISC)



Ceh gaya jer terlebeyh.. Bajet macam pandai main squash la konon.. Ceh kagum kot dapat tengok tempat ni.. Ni handalah squash dunia kot.. Ha ni last day aku dekat Pulau Pinang sempat bantu mak kawan aku ni meniaga.. Fuh memang sangat kerajinan mak cik ni buat aku kagum.. Sangat2 rajin.. Dapat rasa air tangan mak cik ni gak.. Sedap sangat masakannya.. Lain kali nak lagi berziarah ke sini.. Nak try Nasi Lemuni pulak.. Haritu tak berkesempatan nak try.. Sangat2 rugi.. Tak pe next trip akan mencuba nanti..


Ha semasa traveled ni juga sempat naik feri.. Ni kali pertama naik feri sepanjang hidup ini.. Teruja sangat masa naik tapi jarak dekat sangat je.. Ehehehe.. Banyangkan hanya dari Georgetown ke Butterworth je pon.. Ehehehe tapi syukurlah jugak dapat rasa naik feri kan daripada langsung tak hado.. 


  
End of the journey for Semester 3 Holiday..

Really thanks to my friends (Bro Safwan + Families and Syatibi) atas kemudahan dan bantuan sepanjang rehlah di Pulau Pinang ini.. Datang Sabah nanti saya pulak bawa kalian jalan2 ye.. Jangan segan2 nak datang nanti.. Saya menantikan kehadiran dan kedatangan kalian =)..

“True friendship comes when the silence between two people is comfortable.”

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat."(QS.ibrahim [14]:)