JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Wednesday, May 7, 2014

SUNGGUH NIKMAT-MU ITU TIDAK TERHITUNG..

Hamdallah hari ini ALLAH berikan sedikit kesempatan buat diri ini melakarkan serba sedikit perkongsian cerita kehidupan.. Lamanya tak update blog ni kan?? Hari ni bukan apa cuma nak kongsikan perasaan yang aku rasa saat ini.. Hamdallah atas segala nikmat dan keizinan ALLAH sempatlah aku menunaikan ibadah umrah aku di Tanah Suci Mekah dan Ziarah ke Madinah.. Tak siapa yang sangka kan jadi tetamu ALLAH? Begitu juga buat diri aku.. Sungguh aku tidak menyangka ALLAH telah menjemputku seawal usiaku 23 Tahun.. Umrah yang aku lakukan itu berlangsung selama 12 hari.. Bermula daripada 24 April 2014 sehinggalah 05 Mei 2014.. Ianya adalah satu pengalaman yang tak akan mungkin aku lupakan sehingga bila2.. AKu juga berharap agar selepas ini ALLAH masih menjemputku lagi sebagai tetamunya.. Sungguh satu pengalaman yang amat menyeronokkan bagiku berada di sana.. Ziarah di Madinah tidak begitu terasa menyedihkan sebab ianya merupakan destinasi pertama kami.. Tapi waktu nak berangkat ke Mekkah tu dah mula da terasa.. Cuma tidak sehebat perasaan apabila meninggalkan Mekkah.. HAri ini genap 3 hari aku meninggalkan bumi barakah Mekkah.. Tapi sungguh ianya sangat2 terasa.. Bagai hati terpaku di sana.. Ya ALLAH sungguh aku merindui setiap detik aku berada di sana.. Kehidupan yang melupakan kesenangan dunia dan sibuk untuk mengejar kesenangan akhirat.. Para jemaah umrah daripada pelbagai negara masing2 berebut untuk menunaikan ibadah.. Allahu Rabbi sungguh nikmat-MU itu sesuatu yang tidak mampu untuk kami hitung.. Sungguh aku sangat merindui waktu2 jemaah beresak2 untuk mendapatkan saf salat, mendapatkan tempat untuk tawaf, hijr Ismail dan banyak lagi.. Ya ALLAH berikan lah aku kesempatan lagi untuk berada di bumi barakah MU itu.. Andai aku diberikan peluang saat ini untuk pergi ke sana semula, nescaya akan ku sahut.. Sangat2 merindui suasana bumi barakah itu.. Satu perasaan yang tak kan mungkin ku lafazkan hanya melalui kata2.. Semoga satu hari nanti ALLAH memilih aku lagi untuk menjadi tetamuNya.. Ameeen..





No comments: