JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, November 10, 2013

TERIMA KASIH AYAH & IBU KU..

Hamdallah hari ini masih lagi ALLAH berikan kita kepada nikmat kesihatan dan nikmat iman.. Wah sekian lama aku menyepi daripada ruangan ini akhirnya muncul semula jugak.. Maklumlah sibuk dengan kehidupan kampus ni.. Sibuk dengan tugasan nya, program nya dan macam-macam nya la.. Eheheh hamdallah sekarang baru usai cuti pertengahan semester yang bermula 1 November haritu.. Esok kuliah dan tutorial pertama la selepas cuti pertengahan semester ini.. Hamdallah dapat juga aku balik kampung cuti lepas.. Ahahaha itu lah yang paling best.. 
Sebenarnya malam ini ingin berkongsi rasa sedikit.. Entahlah tetiba jak malam ni terasa sayu dan sedih.. Teringin sangat nak balik Semporna semula.. Terasa rindu dengan my mum.. Entahlah kalau aku duduk jauh daripada keluarga, aku akan rasa sunyi sangat2 walaupun ada beribu kawan yang datang.. Tapi kalau aku duduk dengan keluarga, aku rasa sangat gembira tapi dalam masa yang sama jugak aku merindui kawan2 aku.. Setiap kali aku nak balik kampus, pasti air mata ibu akan gugur.. Benda tu lah yang membuatkan aku tak mampu untuk memandang wajah ibu.. Aku takut aku pun nanti terikut nangis depan ibu aku.. Walaupun dalam balai berlepas aku selalu jugak mengesat air mata aku.. Ehehehe.. Semenjak tahun 2009 lagi aku sudah jauh berpisah dengan family aku.. Yelah ambil diploma 3 tahun.. Masuk tahun 2012 plak sambung degree.. Degree ne pun aku habis nanti tahun 2016.. So secara roughly nya, aku berpisah dengan family aku dalam masa 7 tahun.. Lama kan?? Ikut kan hati aku ni, sekarang ne pun rasa nak duduk dekat dengan family ja.. Macam dah tak sanggup nak berjauhan.. Tapi demi memburu cita2 aku dan impian keluarga aku, langkah ini mesti aku gagahi jugak.. Usia ibu aku pun semakin lanjut dah.. Sekarang ni dah 62 tahun.. Harap usia ibu dipanjagkan lagi oleh-NYA.. Bagi lah aku ya ALLAH kesempatan untuk menjaga dan memelihara ibuku nanti.. Entah lah aku nak kongsi perasaan aku tetapi aku tak mampu nak katakan dengan kata2.. Apa yang aku mampu hanya berdoa kepada ALLAH agar melancarkan segalanya berlangsung kelak.. Andai lah masa ini boleh diputar untuk dipantaskan, nescaya itu yang aku lakukan dan minta.. Aku kesian melihat ibu aku.. Sepatutnya sekarang ini masa aku untuk membantu dia.. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya.. Lama sungguh ibu aku berkorban untuk aku.. Dari tahun 1991 sehingga kini.. Sungguh tidak mampu aku membalas jasa ibu dan ayah.. Apa yang aku mampu hanya mencuba untuk menggembirakan mereka dan sentiasa mendoakan mereka.. Ya ALLAH berikan aku kesempatan untuk berbakti kepada ibu kelak.. Perlancarkan dan permudahkan segalanya ya ALLAH.. Ameeen..

 

Ya ALLAH berikan kejayaan kepada kedua ibu bapaku didunia dan juga di akhirat kelak.. Berikan kebaikan kepada mereka didalam semua sudut kehidupan mereka.. AMEEEEN..

No comments: