JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Wednesday, November 13, 2013

I'M OFFICIALLY 22 YEARS OLD



Hamdallah dikesempatan ini masih lagi ALLAH hidupkan kita dengan nikmat iman dan kesihatan.. Hamdallah disamping kesibukan yang melanda, sempat juga melakukan pelbagai aktiviti seharian.. Pejam celik pejam celik hari ini genap 22 tahun aku hidup dimuka bumi ini.. Sungguh aku sudah dewasa ya.. 

13 NOVEMBER 1991

merupakan hari pertama aku melihat bumi ciptaan ALLAH ini.. Ya ALLAH terima kasih atas segala nikmat-MU yang tak mampu untuk aku hitung dan tak mampu untuk aku balas.. Maka dengan hadirnya tarikh

13 NOVEMBER 2013
ini, genaplah usiaku 
 
Sungguh laju putaran masa kehidupan ini..

Sedikit renungan buat kita semua :
Hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.”
(Hadis Riwayat Tarmizi).

“Manusia paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya. Manusia paling buruk ialah yang panjang umurnya dan buruk amalnya."

Sayyidina Ali r.a berkata :
"Sesungguhnya dunia ini telah berangkat pergi dan akhirat itu berangkat datang. Bagi tiap-tiap satu ada putera masing-masing. Maka jadikan dirimu putera akhirat dan bukan putera dunia. Hari ini hari 'amal tiada hisab, dan di akhirat hari hisab tiada 'amal."

"SEMOGA DENGAN PENINGKATAN USIA INI AKAN MAMPU UNTUK MENAMBAHKAN KEBAIKAN DALAM KEHIDUPAN KITA JUGA. INSYAALLAH"

Sedikit perkara yang perlu kita pekurkan dalam menyambut ulang tahun kelahiran kita sebagai orang Islam. Mengapa pada hari ini kebanyakan umat Islam menyambut ulang tahun kelahiran mereka dengan sambutan makan2, beramai2 untuk hiburan semata2.. Mengapa kita tidak menyambutnya dengan memperbanyakkan ibadah, menginsafi dosa2 yang lepas dan cuba melakukan lebih banyak kebaikan?? Pertambahan usia itu bukanlah satu perkara yang menyeronokkan.. Ianya merupakan satu perkara kesedihan kerana usia kita yang semakin singkat untuk menghadapi kematian kelak dan kesingkatan usia dalam melakukan pelbagai kebaikan.. Semoga setiap apa yang kita lakukan itu akan di iringi dengan segala kebaikan.. Ameen..


YA ALLAH JADIKAN AKU HAMBA YANG SENTIASA PATUH PADAMU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGANMU..
YA ALLAH JADIKAN AKU ANAK YANG SOLEH DAN MAMPU UNTUK MENJAGA KEDUA ORANG TUAKU SEBAGAIMANA MEREKA MENJAGA AKU..
YA ALLAH BERIKAN AKU KECERDIKAN SEBAGAIMANA ENGKAU MEMBERIKAN KECERDIKAN KEPADA PENDIDIK2 KU..
YA ALLAH BERIKAN AKU AKHLAK YANG MULIA KETIKA MENGAULI SAHABAT2 KU..
YA ALLAH BERIKAN AKU SEGALA KEBAIKAN DISETIAP LANGKAH YANG AKU LALUI..
AMIN YA RABBAL ALAMIN..

HAPPY BIRTHDAY TO U..
HAPPY BIRTHDAY TO U..
HAPPY BIRTHDAY TO AZLAN YUSOF PUNDING..
HAPPY BIRTHDAY TO U..

ALLAH SELAMATKAN KAMU..
ALLAH SELAMATKAN KAMU..
ALLAH SELAMATKAN AZLAN YUSOF PUNDING..
ALLAH SELAMATKAN KAMU..

No comments: