JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Thursday, November 14, 2013

HAMDALLAH ATAS NIKMAT UMUR INI

Hamdallah atas segala nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita pada hari ini..
Pejam celik pejam celik wah now i'm officially 22 years old.. Buat semua yang wish birthday ana, ucapan jutaan terima kasih atas ingatan kalian buat saya dan syukran jazilan atas kiriman doa daripada antum semua.. Hamdallah hari ini aku lalui dengan mudah.. Sedar tak sedar sekarang merupakan hari pertama aku untuk menjangkau usia 23 tahun (14 November 2013).. 

Sekadar nak kongsi cerita gembira aku pada hari ini.. Perasaan dan pengalaman yang tak mungkin aku akan lupakan sampai bila2 kelak..

Hari ini aku puasa sunat Tasu'a.. Yelah nak cari keberkatan kan lagi2 ketika ulang tahun kelahiran aku ini.. Terasa sedih jer usia dah meningkat ni.. Yelah banyak benda yang aku perlu fikir dah.. Bertindak pun kena menjadi seorang yang matang.. Tadi siap2 nak pergi berbuka puasa then kawan mesej.. Dia tanya buka mana.. Then dia kata dia nak temankan.. Memusykilkan aku ialah kawan ni dari siang lagi asyik mesej ajak makan sama la.. Macam semacam jer.. Tapi layan je laa.. Pastu tadi aku berbuka puasa, aku gitau dia la yang aku buka dekat MMA Santai Corner Bandar Baru Nilai (tempat aku dan kawan2 selalu lepak kalau hujung minggu).. Dia kata dia nak datang lah.. Aku pun kata okey je.. Hamdallah kawan tu datang jugak walaupun aku usai makan.. Ehehehe.. Nak kenal sapa kawan tu?? Ha ni dia Muhammad Farith Syafifudin atau lebih dikenali dengan Paksu :



Dan juga Muhammad Firdaus Joeffrey atau lebih dikenali dengan Daus



Dorang ni lah kawan yang selalu bersama aku untuk masa study, masa suka duka, masa gila2, masa ronda2, masa dobi2 n masa makan2.. Kawan dengan dia ni best sangat.. Pendapat peribadi aku, aku rasakan dia ni antara kawan terbaik dengat USIM.. Selalu ada masa untuk kawan..

Ha nak sambung cerita.. Lepas Maghrib tu dia dan sorang kawan lagi sampai dekat tempat yang kami janjikan.. Ehehehe.. Tau apa mereka buat?? Ha konon lah mereka buat surprise.. Tau surprise apa dia??

Firstly memang terharu sangat2.. Yelah selama dekat USIM ni, ini first time dapat kejutan.. Terharu sampai air mata mengalir.. Ehehehe tacing pulak dah.. Btw memang syukur dapat kawan macam mereka berdua.. Kalian anugerah terbaik buat saya di bumi USIM ini.. Tak mampu kata apa2 buat kalian cuma mampu nak kata terima kasih banyak2.. Sesungguhnya hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasa segala kebaikan antuma..

Apa yang jelas,
Malam ini aku memahami apa yang dimaksudkan dengan :

"Lebih baik memiliki seorang sahabat sejati daripada memiliki beribu-ribu teman yang mementingkan diri sendiri"
P/S : Para readers, jangan lupa puasa sunat as-syura esok.. InsyaALLAH banyak fadhilatnya =)..


No comments: