JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Thursday, March 15, 2012

PILIHAN ANTARA AMANAH DAN PELUANG??

Hamdallah hari ini ALLAH SWT masih lagi memberikan nikmat kehidupan duniawi yang serba indah ini buat diriku.. Lama menyepi.. Kemana agaknya diriku ini menghilang di dunia penulisan ini?? Ehehehe sebenarnya masih hidup lagi cuma kurang bergiat dengan aktifnya.. Banyak benda yang dilalui jadi kurang aktiviti penulisan yang dapat dilaksanakam.. Hamdallah sekarang dengan kehidupan jiwa yang baru.. Ada sedikit ketenangan daripada yang lepas.. Erm sebenarnya tujuan menulis ni sekadar nak berkongsi pendapat.. Antara PELUANG dan AMANAH mana yang menjadi keutamaan?? Sememangnya menurut perspektif yang rasional, amanah adalah lebih utama daripada segalanya.. Memang peluang hanya datang sekali namun kita tidak akan dipersoalkan jika kita mengabaikan  ia dalam kehidupan kita.. Nama juga peluang kan.. Tapi kalau amanah, SUBHANALLAH.. Sejak didunia lagi sudah diperkirakan.. Apakan pula diakhirat kelak.. Namun sebagai kehidupan yang orang katakan normal walaupun ianya abnormal iaitu manusia lebih memilih peluang dan mengabaikan amanah.. Itulah yang berlaku buat diriku masa ini juga.. Bukan ingin melepaskan amanah cuma sebaiknya kita boleh dapatkan keduanya.. Namun jika sampai ke satu tahap untuk memilih, buat la pilihan yang terbaik.. Tapi saya sebagai insan biasa ini ingin menasihatkan agar memilih amanah.. sungguhpun berat tapi ganjarannya MASYAALLAH.. Apa yang penting kita cuba sebaik yang mungkin melaksanakannya.. Kenapa?? Memilih amanah bermakna kita memilih insan lain.. Kita memilih pada masyarakat.. Kita berani untuk cuba berbakti kepada mereka.. Namun jika kita memilih peluang pastinya bermakna kita hanya memilih diri sendiri.. Pastinya tidak akan banyak perkembangan yang berlaku dalam kehidupan kita.. Apa pun kita kena bijak memilih.. Hidup adalah peluang.. Hidup adalah untuk memilih..


No comments: