JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, March 18, 2012

PERANCANGAN

Hamdallah masih diberikan kesempatan untuk melakarkan cerita kehidupan ana diruangan ini.. Erm masa telah menunjukkan jam 1.26 a.m. Namun mata masih lagi tidak terpejam.. Kenapa ya?? Sedangkan penat sangat dan mengantuk sangat ni tapi macam tak dapat nak tido.. Mungkin terbayang-bayang benda yang diinginkan kot.. Ehehehe insyaALLAH akan dapat juga tu AZLAN.. Erm susah nak lelapkan mata jadi buat la pengisian yang berfaedah.. Tau apa dia pengisian tu?? Mengira jumlah akaun simpanan yang bakal diperolehi sehingga ke akhir tahun ini.. Ehehehe lucu eak tapi itulah.. Walaupun lucu tapi tersangatlah pentingnya.. Ianya benda yang akan menjamin masa depan dan kehidupan aku kelak.. Tak dapat nak tidur tetiba akal ni menerima cahaya lampu.. Maksudnya dapat idea la.. Tahu idea apa??Idea mau bercuti ke Sarawak.. Mau ajak kawan-kawan dulu pergi sana bulan lima ni.. Masa tu dorang kan cuti jadi apa lagi.. Plan punya plan sekali tengok harga penginapan peh macam berkecai harapan tu.. Ehehehe mahal sesangat la.. Tapi nak juga pergi sana.. Nak try and tengok2 tempat tu.. Banyaknya lah perancanganmu ni kan AZLAN.. Bermimpi itu biar sampai ke bulan.. Walau tidak sampai, setidaknya kita mampu mencecah awan.. Jadi kena yakin dengan perancangan itu.. Hamdallah sepanjang cuti ini banyak pengisian yang sangat bermanfaat yang dapat aku lakukan :)..

Thursday, March 15, 2012

PILIHAN ANTARA AMANAH DAN PELUANG??

Hamdallah hari ini ALLAH SWT masih lagi memberikan nikmat kehidupan duniawi yang serba indah ini buat diriku.. Lama menyepi.. Kemana agaknya diriku ini menghilang di dunia penulisan ini?? Ehehehe sebenarnya masih hidup lagi cuma kurang bergiat dengan aktifnya.. Banyak benda yang dilalui jadi kurang aktiviti penulisan yang dapat dilaksanakam.. Hamdallah sekarang dengan kehidupan jiwa yang baru.. Ada sedikit ketenangan daripada yang lepas.. Erm sebenarnya tujuan menulis ni sekadar nak berkongsi pendapat.. Antara PELUANG dan AMANAH mana yang menjadi keutamaan?? Sememangnya menurut perspektif yang rasional, amanah adalah lebih utama daripada segalanya.. Memang peluang hanya datang sekali namun kita tidak akan dipersoalkan jika kita mengabaikan  ia dalam kehidupan kita.. Nama juga peluang kan.. Tapi kalau amanah, SUBHANALLAH.. Sejak didunia lagi sudah diperkirakan.. Apakan pula diakhirat kelak.. Namun sebagai kehidupan yang orang katakan normal walaupun ianya abnormal iaitu manusia lebih memilih peluang dan mengabaikan amanah.. Itulah yang berlaku buat diriku masa ini juga.. Bukan ingin melepaskan amanah cuma sebaiknya kita boleh dapatkan keduanya.. Namun jika sampai ke satu tahap untuk memilih, buat la pilihan yang terbaik.. Tapi saya sebagai insan biasa ini ingin menasihatkan agar memilih amanah.. sungguhpun berat tapi ganjarannya MASYAALLAH.. Apa yang penting kita cuba sebaik yang mungkin melaksanakannya.. Kenapa?? Memilih amanah bermakna kita memilih insan lain.. Kita memilih pada masyarakat.. Kita berani untuk cuba berbakti kepada mereka.. Namun jika kita memilih peluang pastinya bermakna kita hanya memilih diri sendiri.. Pastinya tidak akan banyak perkembangan yang berlaku dalam kehidupan kita.. Apa pun kita kena bijak memilih.. Hidup adalah peluang.. Hidup adalah untuk memilih..