JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Thursday, February 16, 2012

TERIMA KASIH MASA

Hamdallah hari ini punyai sedikit kelapangan untuk bersua semula dihalaman blog yang sering menemani ini.. Sekian lama ia terkubur tanpa entri-entri terbaru.. Banyak sangat kerja yang perlu dilangsaikan akhir-akhir ni.. Terlalu banyak komitmen dalam kehidupan aku sekarang ini.. Disamping dibentuk, perlu membentuk juga buat masa kini.. Sedikit selitan majazi dalam penulisan di hari ini.. ehehehe.. Hamdallah tercapai juga keinginan aku.. Pengisian masa yang padat sepanjang cuti tanpa membazirkan masa dengan hanya duduk goyang kaki.. Dapat pengisian yang cukup-cukup bermakna buat diriku.. Semoga perisian itu mampu untuk aku jadikan sebagai bekalan diriku buat masa yang akan datang.. Seketika sibuk ini, rasa sepanjang hari yang dilalui itu seperti mood mengantuk ja.. Ehehehe ye lah banyak kerja.. Bukan macam dulu.. Banyak kerja atas katil ja.. Tido je la jawabnya.. Sekarang ni kerja banyak melibatkan pergerakan, minda dan ketahanan.. Ehehehe jadi kena mantap-mantap semua nya.. Semoga ianya jadi bekalan dan mendapat ganjaran yang sepatutnya disisi ALLAH.. Ya ALLAH ikhlaskan segala perbuatanku.. Ikhlaskan segala amalanku dan baktiku.. AMIN YA RABB.. Next time cerita lagi.. Sekarang nak pergi makan dulu.. Lepas ni kena membentuk anak bangsa pula.. Semoga kita semua menjadi KHAIRU UMMAH :)..

Wednesday, February 1, 2012

LIFE OH LIFE

Hamdallah hari ini ALLAH masih berikan aku nikmat kehidupan yang tidak ternilai harganya ini.. Keheningan pagi hari ini menyebabkan aku banyak terfikirkan akan benda-benda yang mendatang dan benda-benda yang dah lepas berlaku.. Lepas solat Subuh je pagi tadi minda terus menimbulkan pelbagai tanda soal.. Mula lah pula mata hati terbuka untuk mengarahkan otak untuk memikirkannya.. Hamdallah dapatlah juga sedikit intipati daripada sidang pemikiran dipagi hari itu.. Ehehehe.. Entahlah akhir-akhir ni molekul-molekul minda ni asyik berjalan lancar ja memikirkan soal kehidupan aku ni.. Erm sekadar ingin dikongsikan diruangan yang penuh keindahan ini.. Kehidupanku hari-hari adalah impian dalam hidupku.. Tahu kenapa?? Sebab setiap hembusan nafas yang berlalu itu aku akan menanam keazaman dan impian didalam kehidupanku.. Selain itu juga hembusan nafas yang berlalu itu adalah detik aku memperolehi pelbagai impian hidupku.. Tanpa hayat, mustahil bagiku untuk menciptakan impian dan cita-citaku.. Main qiuestionnya sini, apa reason aku untuk mengatakan sedemikian kan?? Erm sebenarnya akhir-akhir ini aku sendiri sangat confius dengan keinginan diriku..



Aku agak samar dalam menilai mana impian ku, mana cita-citaku, mana angan-anganku dan mana perkara yang sia-sia.. Seketika aku terpekur, aku ni betul-betul ke mau sambung study lepas ni?? Entah kehendakku seakan berbeza.. Adakalanya aku mahu merasakan suasana kerja.. Adakalanya aku merasakan aku perlu memperbanyakkan ilmu didada secara formal.. Entahlah aku agak confius.. Kehidupan yang terumbang-ambing seakan sekarang ini membuatkan aku sangat bosan dengan pelbagai perkara.. Jika mampu bagiku untuk membuat putaran masa, nescaya aku akan memilih kehidupanku sebelum sekarang ini.. Ketika kehidupan yang lepas aku terasa amat membosankan.. Kelak aku meninggalkannya membuatkan aku merindui detik-detik sedemikian.. Sebenarnya aku ingin berkongsi banyak benda.. Namun tidak dapat untuk diungkapkan segalanya diruangan ini.. Kerana ada sebahagian benda dalam kehidupanku ini yang perlu aku rahsiakan juga.. Dahulunya aku punyai sahabat untuk berkongsi pelbagai perkara.. Namun kini, aku mungkin kehilangan sahabat tersebut :).. Tapi syukur ya ALLAH setidaknya engkau memberikan aku kesempatan untuk merasa indahnya bersahabat itu..