JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, January 1, 2012

KENDURI CUKUR JAMBUL ANAK SAUDARA

Hamdallah hari ini ALLAH masih memberikan kesempatan buat aku untuk bercerita sedikit diruangan ini.. Hehehe sedikit perkongsian untuk mengkhabarkan perjalanan kehidupan aku diruangan bumi yang indah ini.. Hamdallah hari ini selesai juga kenduri yang dirancang-rancangkan.. Usai juga kenduri CUKUR JAMBUL anak saudara ana yang baru lahir tiga bulan lepas.. Ehehehe muda lagi dia ya.. Masih tak mengenali lagi dia bumi yang penuh permainan ini.. Erm penat tu agak penat sikit.. Sebab dari semalam pagi ana tolong dorang buat keja kan?? Hehehe terasa perbezaan antara kehidupan aku yang kecil dulu dan yang besar ini.. Kalau dulu setiap apa-apa event keluarga, aku hanya duduk sahaja tengok and tunggu makan.. Sekarang kena kerah tenaga sikit untuk bantu mereka.. Hamdallah kerja-kerja yang dilakukan ikhlas ilallah.. Erm rasa keseronokan jika kita dapat menghulurkan bantuan itu.. Erm tadi join juga majlis tu.. Masa nak gunting jambul anak saudara tu, ana pegang dia.. Terasa sebak pula nya.. Entah tengok anak saudara tu terus terfikir apala dia akan jadi satu hari nanti?? Baik ke atau buruk?? Aku sempat juga mohon semoga dia jadi benih yang baik.. AMINN.. Moga ALLAH mendengarkan nya.. Ya ALLAH jadikan dia antara abid-MU yang baik dalam menlaksanakan agama-MU.. Erm sedih rasanya tengok generasi baru.. Sedih sebab terfikir macam mana corak hidup yang mereka akan pilih?? Bagaimana mereka mengamalkan agama mereka?? Dan banyak lagi la.. Apa pun semoga generasi yang ada ini akan jadi generasi ULUL ALBAB.. AMINN..

NAK SHARE.. INI LAH GAMBAR ANAK SAUDARA ANA YANG CUKUR JAMBUL HARI INI TU :)
INI ANAK SAUDARA ANA.. MUHAMMAD FAKHRI ALZAM BIN MUHAMMAD SALLEH..
P/S : NASIHAT BUAT ANAK ABI, JAGA DIRIMU SEBAIK YANG MUNGKIN.. JADILAH ENGKAU SEBAIK-BAIK UMAT.. JADILAH SEORANG YANG SANGAT HEBAT DALAM BERAGAMA DAN BERILMU.. TAAT LA PADA PERINTAH ALLAH.. ABI SAYANG ALZAM :)..

No comments: