JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, December 18, 2011

SOAL REZEKI

Hamdallah hari ini punyai waktu yang panjang untuk berada dihdapan komputer ni.. Ehehehe.. Sebenarnya hari ini aku ingin mengulas sedikit soal rezeki.. Berkongsi apa yang boleh kan?? Ehehehe.. Sebenarnya da lama hajat mau membuat penulisan soal rezeki ini.. Tapi asyik tidak berkesempatan sahaja.. Namun ALHAMDULILLAH hari ini ALLAH berikan sedikit waktu untuk berkongsi.. Kenapa agaknya pilih tajuk ini?? Erm banyak sebab.. Salah satunya ianya juga berkaitan dengan diri penulis sendiri.. Setiap hari yang kita lalui seringkali dilimpahkan dengan pelbagai rezeki daripada ALLAH SWT.. Namun walaupun macam begitu manusia masih lagi sering mempertikaikan soal rezeki yang telah ditentukan ALLAH.. Buktinya?? Yelah hampir setiap hari kita akan dengan orang cakap macam ni, "ENTAHLAH REZEKI KU NI MACAM PAYAH JA.. MACAM SUSAH MAHU DAPAT".. Tahu kenapa kita boleh berkata sedemikian?? Sebab nya kita terlalu mengharap pada satu benda tanpa melihat benda lain yang telah diberikan ALLAH.. Tahu apabila kita berkata begitu seolah-olah kita macam mengatakan ALLAH itu kejam pula.. Sebenarnya ALLAH SWT itu sangat adil.. Rezeki harian kita bukan hanya tertumpu pada anak-anak, wang ringgit, harta dan yang sewaktu dengannya.. Banyak rezeki lain yang ALLAH turut berikan.. Tahu apa dia?? Setiap kebaikan yang kita perolehi dalam kehidupan itulah yang dinamakan rezeki.. Dapat kawan baru pun rezeki juga, dapat ilmu baru dan sebagainya.. So mulai hari ini kena banyak bersyukur.. Ingat tu AZLAN!!! Sebenarnya setiap hari ALLAH SWT memberikan kita rezeki namun berbeza dari konteks pemberiannya.. Kadang ALLAH bagi wang, kadang kawan, kadang ilmu dan banyak lagi laa... Ya ALLAH terlalu banyak rezeki yang engkau berikan kepada kami.. Namun ya ALLAH jangan engkau jadikan kami insan-insan yang kufur terhadap-Mu.. AMIIN.. Nikmat ALLAH berikan dalam hidup kita seharian terlalu banyak.. Bermula dengan kita membuka mata sehinggalah kedetik kita memejamkan mata.. Selepas itu?? Ya ketika memejamkan mata juga ALLAH turut berikan rezeki.. Namun saya mahu tekankan rezeki yang sepatutnya kita sedari iaitu ketika kita dalam jaga.. Erm sebenarnya saya menulis tajuk ini bersebab.. Tahu kenapa?? Sebab akhir-akhir ini aku sedar yang ALLAH itu memberikan rezeki setiap orang itu berbeza-beza.. Minggu lepas aku jalan dengan kawan-kawan yang lain pergi Tawau.. Then masing-masing berborak pengalaman masing-masing.. Namun benda yang paling hebat dibualkan iaitu soal persahabatan.. Erm kenapa aku tak punyai sahabat ka?? Hehehehe kawan tu sangat ramai tapi untuk dijadikan sahabat yang paling rapat itu belum ada lagi kot.. Kawan-kawan yang lain bebual soal sahabat yang paling akrab dengan mereka.. Aku agak tergamam dan sedikit cemburu.. Namun ALLAH itu adil.. DIA tidak berikan aku sahabat yang paling aku akrab.. Tapi dia berikan aku banyak benda.. Contohnya ketika aku punyai masalah, akan ramai kawan-kawan yang take care dengan aku.. Itupun satu rezeki juga.. Rezeki dalam persahabatan.. Namun aku juga masih ternanti-nanti untuk punyai seorang sahabat yang paling aku rapat.. Tapi segalanya akan teratur atas ketentuan ALLAH SWT.. Aku terima dengan redha.. Soal rezeki?? Kena tahu yang rezeki setiap orang itu berbeza-beza.. Jadi seringkali lah panjatkan kesyukuran pada ILLAHI..  

Ya ALLAH sungguh aku tidak punyai seorang sahabat yang paling aku akrab, namun aku memanjatkan kesyukuranku pada-Mu kerana aku masih punyai-Mu ya ALLAH, miliki agamamu untuk aku agungkan, memiliki insan-insan yang menjadi teladan dalam kehidupanku, punyai keluarga, guru-guru dan kawan-kawan.. Sungguh itu yang terbaik buatku ya ALLAH..

Hamdallah atas nikmat-Mu ya ALLAH.. Ya ALLAH engkau jadikan aku hamba yang bersyukur atas segala ketentuan-Mu.. Terima kasih ya ALLAH atas segala nikmat yang telah, sedang dan akan ENGKAU berikan..

No comments: