JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Wednesday, December 21, 2011

KENAPA PERLU JADI BEGINI??

Hamdallah hari ini punyai sedikit kesempatan untuk mencoretkan sedikit cerita pengalaman kehidupan aku diruangan yang penuh bermakna ini.. Sebenarnya akhir-akhir ni perasaan aku agak bercampur baur.. Huhuhu entahlah apa mau jadi.. Ianya hanya disebabkan satu benda sahaja.. Apa dia?? Iaitu PERSAHABATAN.. Entahlah sebenarnya aku sangat tertanya-tanya apa salah dan silap aku dengan sorang teman aku tu.. Entahlah dia terus menyepi tanpa apa-apa perkhabaran.. Bukan aku tidak cuba memahami.. Tapi wajarkah dia menghukum begini kalau aku ada buat silap.. Dia merupakan sahabat yang paling akrab dalam hidup aku tapi entah akhir-akhir ni kenapa dia menyepi.. Ya kalau mau jauhkan diri sekalipun nyatakan apa dan dimana silapku.. Ini tidak dia sepi.. Aku cuba hubungi dia.. Kadang aku telefon dari selepas subuh jam samapailah jam 12 tengah malam.. Tapi tidak berjawab.. Aku mesej sehari berpuluh-puluh kali pun tidak berjawab.. Dimana salah silapku?? Sukarkah untuk menyatakan dimana kesalahan ku?? Ini tidak dia menyepi.. Lagi-lagi aku terkejut mesej kawan lain dia boleh reply tapi mesej aku tidak pula.. Apa salahku?? Dia akan balas mesejku jam 12.50 keatas.. Kenapa?? Sebab mungkin dia agak masa itu aku sudah tidur.. Dia mahu mengelakkan diri dari aku.. Itu yang aku rasakan.. Entahlah aku masih tertanya-tanya sehingga kini.. Apa salahku?? Ya ALLAH kenapalah perlu jadi begini?? Dimana silapku?? Apapun semoga engkau sentiasa bergembira wahai sahabatku.. Mungkin selepas ini kehidupan kita akan pada haluan masing-masing.. Cuma aku tertanya-tanya kenapa terlalu cepat dia berubah dalam masa sekelip mata?? Cepatnya dia melupakan aku sebagai insan yang pernah paling rapat dengan dia.. Ya ALLAH adili hati ku ini.. Engkau yang berhak berkuasa atas sesuatu.. Semoga selepas ini akupun mudah untuk melupakan segalanya.. Aminn..

No comments: