JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Friday, December 16, 2011

INDAHNYA BILA BERUKHUWWAH

Hamdallah hari ini punyai sedikit kesempatan untuk mencoretkan sedikit perkongsian di ruangan ini.. Semalam was enjoyed day for me.. Selepas beberapa kian lamanya tidak sibuk, semalam terasa semula kesibukan yang mendatang itu.. Hamdallah.. Semalam awal pagi lagi dah bangun.. Kenapa?? Kena hantar budak-budak pergi program Kursus Jati Diri di Kunak.. Seronok tengok mereka pergi bertolak tu.. Selepas itu balik rumah siap-siap.. Dalam jam 10.40 plak pergi pekan ada sesi interview.. Interview apa?? Jeng jeng jeng.. Rahsia laa.. Selepas pergi interview, pergi Tawau pula dengan dua orang teman yang paling ana rapat.. Teman Joji dan Hassan.. Dorang ni la berdua selalu mendengarkan suara hati ku kalau ada masalah.. Kamu teman-teman yang terbaik laa.. Erm sepanjang perjalanan masing-masing berkongsi cerita tersendiri.. Daripada perihal diri, akademik, keluarga dan sebagainya.. Yelah lama tak jumpa kan.. Sekali jumpa ambek lah.. Semua benda diulas termasuklah soal politik.. Hahahaha.. Seronok dengar cerita mereka.. Diawal perbualan penuh semangat ana menyusun bicara dan kata-kata ana.. Namun selepas mereka membicarakan soal ukhuwwah, ana hanya mampu menjadi pendengar sahaja.. Kenapa?? Ana ni tidak berukhuwwah ka?? Urm bukan tidak berukhuwwah cumanya ukhuwwah mereka itu yang terbaik dalam hidup mereka.. Setiap insan ini akan membicarakan persahabatan terbaik dalam kehidupan mereka.. Begitu lah juga yang berlaku semalam.. Ana rasa hiba mendengar cerita-cerita mereka.. Itulah keindahan berukhuwwah itu.. Semua benda dikongsikan, semua benda bersama dan banyak lagi..Ketika mereka sedang rancak berbual soal persahabatan, aku tergamam dan minda sahaja yang mampu untuk berfikir.. Sebenarnya akhir-akhir ni aku rasa hairan sangat dengan seorang sahabat yang paling aku hidup dalam seluruh kehidupan aku.. Walaupun apa berlaku, bagi aku dia tetap sahabat yang terbaik.. Everyone mesti pelik kenapa aku hairan kan?? Cerita nya macam ni..,

Dia merupakan sahabat yang paling rapat dengan aku.. Mungkin ada tindakan aku yang menyebabkan dia terasa atau marah.. Tapi aku tidak tahu apa.. Entahlah selama ni memang boleh katakan kami kerap contact la.. Sekarang ni sudah lebih kurang seminggu tiada khabaran.. Walaupun apa berlaku, aku berusaha untuk menghubungi dia bertanya khabaran.. Alasan mungkin macam ni kenapa tidak contact..,

  1. Sebab ketiadaan kredit.. Tapi aku bukan nak bersangka buruk.. Hari itu aku turun pekan top up telefon aku.. Aku terus teringat untuk ambil tahu.. Aku top up sekali telefon dia.. So selepas top up itu mungkin satu reason da aku dapat.. Mustahil tak ada kredit.. Tapi tak tahu la kalau kredit tu tak masuk..
  2. Mungkin sebab sibuk.. Entahlah tapi tak kan 24 jam sibuk kan.. Aku telefon dari awal pagi sampai lewat malam.. Tak kan sekali mesej pun untuk mengkhabarkan kerjanya tak dapat.. Tapi tidak mengapalah..
Sebenarnya aku hanya mahu tahu apa yang berlaku sekarang.. Aku risau.. Dia ok ka, ada masalah ka.. Entahlah harap-harap ALLAHm berikan aku jawapannya.. Entahlah sama ada dia mahu menjauhkan diri dari aku terus atau apa.. Cuma aku harap cakap terus terang.. Aku takut kalau-kalau aku ada buat salah yang besar dengan dia.. Aku mengaggap dia macam abang aku sendiri.. Sebagai sahabat aku.. Tu yang rasa macam tak sedap hati tu jaa.. Ya ALLAH entahlah apa yang sedang berlaku ni.. Ya ALLAH berikan dia kebaikan, kejayaan, kesejahteraan.. Pertemukan dia dengan hal-hal yang menggembirakan dirinya.. Apapun harap dapat lah jawapan kenapa dia menyepi.. Ya ALLAH ya ALLAH ya ALLAH.. Itulah sebab nya aku tergamam ketika kawan-kawan mebicarakan soal ukhuwwah.. Aku tertanya-tanya kemana hilangnya dia?? Semoga dia baik-baik sahaja.. 
PS : KALAU INSAN YANG SAYA MAKSUDKAN ITU MEMBACA RUANGAN PENULISAN SAYA INI, SAYA MOHON MAAF KALAU ADA BUAT SALAH DENGAN ANDA YA.. MINTA MAAF BANYAK-BANYAK.. CUMA YANG TERBAIK BAGITAHU SENDIRI APA YANG SEDANG BERLAKU SEKARANG INI?? MAAF.. MAAF.. MAAF..

No comments: