JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, December 4, 2011

1001 KENANGAN DIRIKU DI SANA

Hamdallah hari ini ALLAH SWT berikan aku sedikit kesempatan untuk mencoretkan sedikit kisah kehidupan ku diruangan ini.. Sebenarnya hari demi hari aku hanya menamatkan sisa baki kehidupanku di Bumi Kajang ini.. After this aku akan kembali pulang ketempat kelahiranku.. Erm ini kali pertama aku rasakan tidak sabar mahu berjumpa dengan kaum keluargaku di Sabah.. Before this, I never feel something like this.. Ini kali pertama lah.. Hehehehe.. Hamdallah hari ini aku telah kemas barang-barang aku untuk bawa balik Sabah.. Hamdallah dah 90% settle.. Selebihnya tinggal gerak pergi KLIA then back to my state.. Huhuhu.. Sisa baki kehidupan aku di Kajang ni banyak mengimbau kenangan aku selama dua tahun setengan disini.. Chewah macam mau pergi buat selama-lamanya pula.. Tapi mungkin juga akan pergi selamanya.. Tapi bukan masuk grave plak ya.. Tapi mungkin selepas ini aku sudah tidak berkesempatan untuk hidup di Kajang ni kot.. Ehehehe.. Erm semestinya setelah aku berpergian, akan aku merindui kawasan-kawasan area Kajang, Bangi, Putrajaya dan Kuala Lumpur.. Why?? Kerana itulah tempat-tempat yang acap kali aku kunjungi selama aku berada di Semenanjung Malaysia ini.. Yesterday jalan dengan dua orang teman yang aku rapat.. Iaitu Nazmudin dan Nasirudin.. Kawan double N.. Ehehehe.. Kami bertiga pergi ke Tasik Cempaka.. Ala yang sebelah Kompleks PKNS Bangi tu.. Ehehehe.. Tempat itu bagi aku sangat indah.. Disitulah tempat aku berkongsi rasa dan perasaan, meleraikan segala kekusutan minda n hati dan banyak lagi.. Tempat tu memang aku selalu pergi since semester satu sampai lah aku terlebih semester ini.. Ehehe.. Banyak kenangan yang tercipta di empat kawasan yang aku ceritakan tadi..
  • Kenapa aku akan merindui Putrajaya?? Kerana apabila malam rasa bosan-bosan, aku dan abang aku akan pergi Putrajaya pusing-pusing.. Mungkin juga kami akan ke sana untuk tujuan Solat di Masjid Putra Putrajaya.. Tempat Putrajaya tu adalah tempat yang paling indah bagi aku.. Tahu kenapa?? Kerana disitulah aku banyak mengetahui cerita kehidupan insan yang aku sayang.. Ehehehe.. Erm seronok tempat tu.. Satu hari nanti aku harap dapat kerja dekat situ agar segala kenangan aku tidak akan terkubur begitu sahaja.. Itulah azam dan impian aku untuk tempat tu.. Best sangat Putrajaya ni.. Inilah juga impian yang kau kongsikan dengan abang aku iaitu mahu kerja sama-sama kelak di sini.. AMIN YA ALLAH..
  • Kenapa pula aku merindui Kuala Lumpur?? Sebabnya tempat tu pun aku selalu pergi semanjak aku semester 1.. Kalau hujung minggu aku akan lepak sana sama ada sendiri atau dengan kawan-kawan.. Tempat yang the best sana yang aku selalu pergi Masjid Jamek, KLCC, Low Yat, Pasar Seni, Mydin, Petaling Street, Central Market dan banyak lagi.. Huhuh tempat paling aku rindui pastinya la Masjid Jamek.. Tahu kenapa sebab tempat itulah aku selalu pergi dengan abang aku semenjak aku semester 6 dan 7.. Kami akan pergi situ solat dekat Masjid Jamek, makan dekat McD, beli lekor, beli buku dan round-round.. Wawa rindunya la nanti..
  • Erm kalau kawasan Bangi dan Kajang memang tak payah cakap la.. Sebab semua tempat terlalu sinonim dengan aku.. Ehehe tempat aku membesar kan selama di Kajang ni.. Kalau Kajang apa lagi sah-sah la shopping mall.. Metro Point, Metro Kajang, Tesco dan semuanya la.. Bangi pun sama seluruh nya..
Harapnya segala kenangan aku disini akan menjadi satu peristiwa yyang terindah dalam kehidupan yang aku lalui.. Ya ALLAH semoga segala ukhuwwah yang terlakar disini akan menjadi satu ingatan buatku.. After this apa pula cerita aku?? Erm kena tunggu tahun depan la.. Perancangan sudah ada cuma lihat pada rezekinya.. Adakah aku akan melangkah semula ke kawasan yang aku telah sebutkan tadi atau sebaliknya.. Harapan dan doa akan menentukan segalanya.. Salam kerinduan yang teramat sangat buat semua insan yang saya kenali selama di  Semenanjung ini.. Alhamdulillah ya ALLAH.. Terima kasih atas pelbagai nikmat-MU selama akau berada di sini..

No comments: