JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Wednesday, December 7, 2011

CORETAN TERAKHIRKU DIRUANG BILIK YANG PENUH KENANGAN..

Hamdallah di keheningan Subuh dan pagi hari ini, ALLAH memberikan aku ketenagan dan kesempatan untuk mencoretkan sedikit perkongsian ceritaku diruangan ini.. Hamdallah ini adalah Subuh terakhir aku berada di Semenanjung.. Selepas ini rezeki yang akan menentukan sama ada aku mampu lagi untuk berpijak di bumi ini ataupun tidak.. Agak berat langkah untuk mengundurkan diri.. Tapi hakikat nya sini bukan bumiku.. Ya ALLAH dikeheningan pagi ini, aku menadahkan tanganku untuk merakamkan jutaan kesyukuran atas nikmat yang ENGKAU berikan kepadaku.. Erm hari ini hari terakhir aku untut berada disamping teman-teman dan rakan-rakan KDH.. Selepas ini aku sudah punyai haluan tersendiri.. Ya ALLAH terima kasih memberikan aku nikmat teman seperti mereka.. Sebentar tadi sudah siap packed semua barang untuk dibawa.. Huhuhu begitu cepat masa berlalu.. Erm selepas ini apa pula episod cerita kehidupanku ya?? Baik ataupun buruk?? Ya ALLAH curahkan kebaikan disetiap usiaku yang mendatang.. Erm selepas ini aku akan berada jauh dari SAHABAT-SAHABAT yang aku sayangi.. Tapi bertemu dan berpisah itu adalah ketentuan daripada ALLAH SWT.. Erm ada satu kata-kata perlu dihayati untuk perpisahan iaitu :

"JANGAN DITANGISI AKAN PERPISAHAN.. NAMUN TANGISI AKAN PERTEMUAN.. KERANA TANPA PERTEMUAN, PASTINYA TIADA PERPISAHAN.."

Moral value nya sini, jangan menangis ketika berpisah.. Hehehe tapi air mata tak boleh juga nak tahan-tahan kan?? Hehehehe tak pa.. Kalau menangis, menangis je lah.. Erm sebenarnya pemergianku ini membawa beberapa perasaan risau.. Risau selepas ini SAHABAT-SAHABAT aku sudah berubah.. Tapi AZLAN yakin ukhuwwah kerana ALLAH, bertemu kerana ALLAH, berpisah kerana ALLAH.. Maka mintalah juga dengan ALLAH agar nikmat ukhuwwah itu berkekalan.. Selepas ini aku akan kembali ke pangkuan keluargaku semula.. Hamdallah.. Jadi akan jadi satu suasana baru dalam hidupmu.. Teruskan untut melakarkan cerita kehidupan mu.. Teruskan menikmati keindahan kehidupanmu.. Erm selamat tinggal segalanya.. Kalau ada rezeki, INSYAALLAH kita bertemu lagi.. Ya ALLAH terima kasih atas segala nikmat yang ENGKAU berikan.. Terima kasih ya ALLAH..

Hari ini masa untuk fly.. So don't sad AZLAN.. ALLAH tengah merancang sesuatu yang terbaik untuk hidupmu.. Semoga sang hati ini sentiasa bergembira dengan perancangan ALLAH SWT itu.. AMIN YA RABB..

P/S : Hari ini flight pukul 2.20 petang.. Sampai jam 5.10 petang.. Selamat terbang!!!


No comments: