JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, December 31, 2011

BYE 2011 AND WELCOME 2012


Hamdallah hari ini ada sedikit kesempatan untuk melakarkan sedikit perkongsian kehidupan aku diruangan yang sangat indah ini.. Erm akhir-akhir ni banyak sangat kerja kena dilangsaikan.. Esok pula kena siap sedia bantu kakak.. Anak saudara aku cukur jambul esok.. Ehehehe apalagi ayuh kita botakkan dia.. Ehehehe tapi nanti ndak comel plak macam aku kan?? Hehehehe gurau saja.. Saja ingin berceloteh untuk menghiburkan hati yang lara.. Ya ALLAH terima kasih atas nikmat usia yang engaku berikan.. Nikmat hembusan nafas, nikmat dalam beragama dan sebagainya.. Pejam celip esok sudah mula melangkah ketahun baru 2012.. Kalau pertukaran tahun baru dalam Hijrah tak terasa sangat peralihan usia ini.. Tapi tahun Masihi pula peh terasa sesangat.. Ya ALLAH semoga penghujung usia 20 tahunku ini berakhir dengan kebaikan.. Esok usiaku sudah menjejak ke 21.. Terlalu banyak benda yang aku perlu mula untuk memikirkannya.. Entahlah terasa sayu dan sedih sangat peralihan usia ini.. Terlalu banyak yang aku akan tinggalkan.. Sekarang aku perlukan perancangan yang lebih halus untuk usia baruku ini.. Entahlah bukan takut untuk jadi tua.. Tapi keidupan aku sekarang sering berdampingan dengan masyarakat.. Kalau kehidupan mereka baik, ianya menjadikan aku untuk terdorong menjadi baik.. Tapi kalau sebaliknya, itu yang membuatkan aku kuatir akan kehidupan ku dimasa depan kelak.. Ya ALLAH engkau berkati usia ku.. Engkau limpahkan usiaku dengan pelbagai kebaikan daripada-MU.. Entahlah usia semakin meningkat tapi bagaimana dengan kebaikan didalam diriku?? Ya ALLAH.. Ya ALLAH.. Ya ALLAH.. Usia meningkat pastinya aku perlu merancang untuk kerjaya dan kehidupanku kelak.. Masa meningkat akan mengurangkan masaku untuk bersama-sama dengan kedua orang tuaku yang tercinta.. Masa meningkat akan mengurangkan masaku untuk melanjutkan pelajaran.. Ya ALLAH aku mohon agar ENGKAU tidak menyibukkan aku dengan hal duniawi semata-mata.. Sibukkan kehidupanku dengan urusan ukhrawi-MU kelak.. Ya ALLAH sedihnya aku meninggalkan usia mudaku ini.. Apapun semogan ALLAH sering mempermudahkannya.. Ya ALLAH bimbinglah aku untuk menjadi insan yang hebat dalam agama-MU.. AMIN YA RABB..

Tuesday, December 27, 2011

REZEKI KU??

Hamdallah hari ini aku punyai kesempatan untuk berceloteh sedikit diruangan yang indah ini.. Ruangan yang penuh dengan makna dalam kehidupanku :).. Hari ini aku ingin berkongsi soal rezeki ku sementara ini.. Tahu apa yang aku maksudkan??  Maksud aku, rezeki atau peluang sementara menantikan peluang sambung belajar ni.. Hehehehehe ada faham?? Entahlah sebenarnya aku agak bingung perlu buat apa?? Perlu pilih mana satu?? Sebenarnya ada dua pilihan besar sahaja iaitu kerja atau study?? Kalau study mungkin aku ambil kursus-kursus singkat gitulah.. Kerja pula cari lah dekat mana-mana.. Sebenarnya sekarang ini aku sudah punyai peluang.. Erm aku dapat peluang belajar dan bekerja.. Belajar di mana?? Erm belajar kemahiran je la.. Aku dapat tawaran untuk belajar kursus singkat.. Tapi memang jauh lari dari bidang pengajian aku yang utama la.. Hehehe.. Peluang kerja pula?? Erm dapat peluang kerja untuk mengajar.. Confius la perlu pilih yang mana.. Tu satu perkara yang aku rasa membebankan dalam mnda ini.. Yang kedua pula tempat untuk aku stay sepanjang cuti ini.. Ikutkan hati memang nak sangat menjejak kaki ke Kota Kinabalu.. Namun nasib.. Ehehehe entahlah sebenarnya bukan tak nak pergi.. Tapi peluang aku sudah ada di Semporna ni.. Satu lagi hati ni terlalu berat mau tinggalkan parent pula.. Huhuhuh banyak benda perlu berperang dengan diri sendiri sekarang ni.. Entah di mana kesudahannya.. Erm pening aku memikirkannya..Ikutkan hati aku nak saja tolak semua benda itu ketepi sebab mahu terus sambung pengajian didalam Ijazah Sarjana Muda.. Cewah nampak gah ja sebut.. Erm tapi banyak faktor yang menegah sekarang ni.. Ramai orang kata lan tunggu kemasukan ke U dulu.. Kalau tak fikir peluang mungkin da lama aku sambung Ijazah ja.. Satu lagi kenapa aku perlu kuatkan langkah untuk tunggu kemasukan ke U.. Tahu kenapa?? Sebab insyaALLAH kalau murah rezeki, Ijazah nanti tak perlu buat pinjaman.. Hehehehe ada orang mahu bayarkan.. Apalagi itu lah peluang yang sangat aku nantikan.. Erm soal rezeki, nasib dan masa depan aku hanya serahkan pada-NYA disamping aku letakkan usaha aku.. InsyaALLAH.. 

YA ALLAH BERIKAN AKU YANG TERBAIK DALAM KEHIDUPANKU.. PANDU KEHIDUPANKU MENUJU REDHA-MU YA ALLAH.. AMINN YA RABB..

PEMANDANGAN DARI PUNCAK BUKIT TENGKORAK..


ALLAHU ALLAH.. CANTIKNYA :)


MENDAKI BUKIT TENGKORAK





Hamdallah semalam ALLAH berikan aku kesempatan untuk bersama dua orang teman yang dicintai mendaki Bukit Tengkorak.. Sekian lama berkeinginan untuk pergi akhirnya tercapai juga semalam.. Hehehe pergi naik sana dalam jam dua petang gitu.. Memang eksplorasi sangat laa.. Heheheh tahu kenapa?? Sebabnya at the beginning, semua still have the highest of energy bah.. Sekali tengah-tengah pendakian, dua orang teman tu give up sudah.. Hahahha as usual kan sikap ku ni mendesak.. Aku ajak juga mereka naik sampai ke puncak.. Hamdallah berkat keizinan ALLAH SWT akhirnya menjejak kaki juga dilapangan pondok yang tertinggi.. Dipuncak sana :).. Sewaktu dipuncak duduk seketika berborak ilmiah dan pengalaman lepas.. Memang lucu dan menarik mengimbau masa lepas.. Zaman-zaman ketika masih dibangku sekolah menengah.. Ehehehe.. Masing-masing berkongsi pengalaman yang ada sekarang ini.. Eventhought tak banyak yang berubah, but i'm so proud both of my friend.. Banyak perubahan juga dalam diri mereka.. Kata tak banyak lepas tu banyak pula.. Adoii pening.. Ehehehe means dalam persahabatan itu mereka tidak banyak berubah tapi dari minda, akhlak dan tingkah laku mereka semakin matang.. Apapun sekadar hanya ingin berkongsi keseronokan dapat mendaki Bukit Tengkorak kemarin.. Semoga dapat berulang lagi peluang seperti itu..
SYUKRAN BUAT DUA TEMAN YANG MENDAKI SAMA.. SYUKRAN JOJI AND AMIN..


Wednesday, December 21, 2011

KENAPA PERLU JADI BEGINI??

Hamdallah hari ini punyai sedikit kesempatan untuk mencoretkan sedikit cerita pengalaman kehidupan aku diruangan yang penuh bermakna ini.. Sebenarnya akhir-akhir ni perasaan aku agak bercampur baur.. Huhuhu entahlah apa mau jadi.. Ianya hanya disebabkan satu benda sahaja.. Apa dia?? Iaitu PERSAHABATAN.. Entahlah sebenarnya aku sangat tertanya-tanya apa salah dan silap aku dengan sorang teman aku tu.. Entahlah dia terus menyepi tanpa apa-apa perkhabaran.. Bukan aku tidak cuba memahami.. Tapi wajarkah dia menghukum begini kalau aku ada buat silap.. Dia merupakan sahabat yang paling akrab dalam hidup aku tapi entah akhir-akhir ni kenapa dia menyepi.. Ya kalau mau jauhkan diri sekalipun nyatakan apa dan dimana silapku.. Ini tidak dia sepi.. Aku cuba hubungi dia.. Kadang aku telefon dari selepas subuh jam samapailah jam 12 tengah malam.. Tapi tidak berjawab.. Aku mesej sehari berpuluh-puluh kali pun tidak berjawab.. Dimana salah silapku?? Sukarkah untuk menyatakan dimana kesalahan ku?? Ini tidak dia menyepi.. Lagi-lagi aku terkejut mesej kawan lain dia boleh reply tapi mesej aku tidak pula.. Apa salahku?? Dia akan balas mesejku jam 12.50 keatas.. Kenapa?? Sebab mungkin dia agak masa itu aku sudah tidur.. Dia mahu mengelakkan diri dari aku.. Itu yang aku rasakan.. Entahlah aku masih tertanya-tanya sehingga kini.. Apa salahku?? Ya ALLAH kenapalah perlu jadi begini?? Dimana silapku?? Apapun semoga engkau sentiasa bergembira wahai sahabatku.. Mungkin selepas ini kehidupan kita akan pada haluan masing-masing.. Cuma aku tertanya-tanya kenapa terlalu cepat dia berubah dalam masa sekelip mata?? Cepatnya dia melupakan aku sebagai insan yang pernah paling rapat dengan dia.. Ya ALLAH adili hati ku ini.. Engkau yang berhak berkuasa atas sesuatu.. Semoga selepas ini akupun mudah untuk melupakan segalanya.. Aminn..

Sunday, December 18, 2011

SOAL REZEKI

Hamdallah hari ini punyai waktu yang panjang untuk berada dihdapan komputer ni.. Ehehehe.. Sebenarnya hari ini aku ingin mengulas sedikit soal rezeki.. Berkongsi apa yang boleh kan?? Ehehehe.. Sebenarnya da lama hajat mau membuat penulisan soal rezeki ini.. Tapi asyik tidak berkesempatan sahaja.. Namun ALHAMDULILLAH hari ini ALLAH berikan sedikit waktu untuk berkongsi.. Kenapa agaknya pilih tajuk ini?? Erm banyak sebab.. Salah satunya ianya juga berkaitan dengan diri penulis sendiri.. Setiap hari yang kita lalui seringkali dilimpahkan dengan pelbagai rezeki daripada ALLAH SWT.. Namun walaupun macam begitu manusia masih lagi sering mempertikaikan soal rezeki yang telah ditentukan ALLAH.. Buktinya?? Yelah hampir setiap hari kita akan dengan orang cakap macam ni, "ENTAHLAH REZEKI KU NI MACAM PAYAH JA.. MACAM SUSAH MAHU DAPAT".. Tahu kenapa kita boleh berkata sedemikian?? Sebab nya kita terlalu mengharap pada satu benda tanpa melihat benda lain yang telah diberikan ALLAH.. Tahu apabila kita berkata begitu seolah-olah kita macam mengatakan ALLAH itu kejam pula.. Sebenarnya ALLAH SWT itu sangat adil.. Rezeki harian kita bukan hanya tertumpu pada anak-anak, wang ringgit, harta dan yang sewaktu dengannya.. Banyak rezeki lain yang ALLAH turut berikan.. Tahu apa dia?? Setiap kebaikan yang kita perolehi dalam kehidupan itulah yang dinamakan rezeki.. Dapat kawan baru pun rezeki juga, dapat ilmu baru dan sebagainya.. So mulai hari ini kena banyak bersyukur.. Ingat tu AZLAN!!! Sebenarnya setiap hari ALLAH SWT memberikan kita rezeki namun berbeza dari konteks pemberiannya.. Kadang ALLAH bagi wang, kadang kawan, kadang ilmu dan banyak lagi laa... Ya ALLAH terlalu banyak rezeki yang engkau berikan kepada kami.. Namun ya ALLAH jangan engkau jadikan kami insan-insan yang kufur terhadap-Mu.. AMIIN.. Nikmat ALLAH berikan dalam hidup kita seharian terlalu banyak.. Bermula dengan kita membuka mata sehinggalah kedetik kita memejamkan mata.. Selepas itu?? Ya ketika memejamkan mata juga ALLAH turut berikan rezeki.. Namun saya mahu tekankan rezeki yang sepatutnya kita sedari iaitu ketika kita dalam jaga.. Erm sebenarnya saya menulis tajuk ini bersebab.. Tahu kenapa?? Sebab akhir-akhir ini aku sedar yang ALLAH itu memberikan rezeki setiap orang itu berbeza-beza.. Minggu lepas aku jalan dengan kawan-kawan yang lain pergi Tawau.. Then masing-masing berborak pengalaman masing-masing.. Namun benda yang paling hebat dibualkan iaitu soal persahabatan.. Erm kenapa aku tak punyai sahabat ka?? Hehehehe kawan tu sangat ramai tapi untuk dijadikan sahabat yang paling rapat itu belum ada lagi kot.. Kawan-kawan yang lain bebual soal sahabat yang paling akrab dengan mereka.. Aku agak tergamam dan sedikit cemburu.. Namun ALLAH itu adil.. DIA tidak berikan aku sahabat yang paling aku akrab.. Tapi dia berikan aku banyak benda.. Contohnya ketika aku punyai masalah, akan ramai kawan-kawan yang take care dengan aku.. Itupun satu rezeki juga.. Rezeki dalam persahabatan.. Namun aku juga masih ternanti-nanti untuk punyai seorang sahabat yang paling aku rapat.. Tapi segalanya akan teratur atas ketentuan ALLAH SWT.. Aku terima dengan redha.. Soal rezeki?? Kena tahu yang rezeki setiap orang itu berbeza-beza.. Jadi seringkali lah panjatkan kesyukuran pada ILLAHI..  

Ya ALLAH sungguh aku tidak punyai seorang sahabat yang paling aku akrab, namun aku memanjatkan kesyukuranku pada-Mu kerana aku masih punyai-Mu ya ALLAH, miliki agamamu untuk aku agungkan, memiliki insan-insan yang menjadi teladan dalam kehidupanku, punyai keluarga, guru-guru dan kawan-kawan.. Sungguh itu yang terbaik buatku ya ALLAH..

Hamdallah atas nikmat-Mu ya ALLAH.. Ya ALLAH engkau jadikan aku hamba yang bersyukur atas segala ketentuan-Mu.. Terima kasih ya ALLAH atas segala nikmat yang telah, sedang dan akan ENGKAU berikan..

Saturday, December 17, 2011

INDAHNYA CIPTAAN YANG ESA




YA ALLAH RINDUNYA DENGAN TEMPAT-TEMPAT NI..

MASJID PUTRA, PUTRAJAYA (TEMPAT KERAMAT NI NGAN BEST FRIEND AKU :)


MASJID BESI, PUTRAJAYA (TEMPAT YANG BANYAK KENANGAN)


 
 TASIK CEMPAKA, BANGI (TEMPAT YANG BANYAK MEMBERI ILHAM PADAKU)


PUTRAJAYA (THE BEST PLACE FOR ME.. TEMPAT YANG MENJADI TUMPUAN AKU DENGAN BEST FRIEND AKU)

ZIARAH SEKOLAH LAMA

Hamdallah hari ini punyai sedikit kesempatan untuk mencoretkan sedikit perkongsian kehidupan aku diruangan ini.. Ya ALLAH terima kasih atas nikmatmu.. Akhir-akhir ini ALLAH banyak menghiburkan hati ku dengan pelbagai cara.. Hehehe as usual beberapa hari kebelakangan ni asyik melepak dengan kawan-kawan lama je laa.. Seronok sangat dapat jumpa mereka, makan sama-sama, lepak sampai petang dan sebagainya.. Erm dapat juga melupakan segala-galanya.. Hehehe hari ini seronok sangat..Dapat lepak masjid, tampi-tampi, dan paling penting dapat jalan sekolah lama aku.. Hehehe yang best nya aku dah tinggalkan sekolah tu lebih kurang empat tahun dah tapi pak cik guard tu masih kenal aku lagi.. Siap tadi dia buka pagar asrama bagi kami masuk sana melawat-lawat.. Wah seronok gila tau.. Kami pun apa lagi ronda la.. Ronda dari depan asrama sampai kebelakang asrama.. Kami ronda-ronda lagi tadi surau sekolah.. Malangnya sekolah tak sempat pula mau round.. Tapi tak mengapa at least dapat juga jalan sana.. Dapat release rindu sikit-sikit.. Datang sana terus teringat kisah waktu mula-mula masuk sekolah.. Yang paling lucu nya, tadi kami pergi berempat.. Waktu masuk simpang sekolah tu ana cerita lah dengan kawan yang lain.. Aku kata macam ni, "eh kamu tau dulu waktu sekolah menengah, lau tengok sign board sekolah ni rasa ya ALLAH berat sangat hati mau masuk".. Hahaha dorang semua gelak dan cakap ish kita ni punyai perasaan yang sama semua.. Then imbau kenangan di surau pula.. Sorang kawan cakap macam ni, "eh ingatdulu kalau keluar pekan then balik lewat mesti kena rotan disurau ni.. terus mau pindah sekolah jaa..".. Lucu tapi akhirnya tamat juga disekolah tu.. Sebelum balik tadi sempat juga ambil gambar kenangan.. Seronok sangat hari ini.. Tapi tak mau la kongsi keseluruhannya..Nak juga letak sebahagian daripada kenangan itu dalam minda sahaja.. Erm nak share juga gambar kenangan tadi :)..





Friday, December 16, 2011

INDAHNYA BILA BERUKHUWWAH

Hamdallah hari ini punyai sedikit kesempatan untuk mencoretkan sedikit perkongsian di ruangan ini.. Semalam was enjoyed day for me.. Selepas beberapa kian lamanya tidak sibuk, semalam terasa semula kesibukan yang mendatang itu.. Hamdallah.. Semalam awal pagi lagi dah bangun.. Kenapa?? Kena hantar budak-budak pergi program Kursus Jati Diri di Kunak.. Seronok tengok mereka pergi bertolak tu.. Selepas itu balik rumah siap-siap.. Dalam jam 10.40 plak pergi pekan ada sesi interview.. Interview apa?? Jeng jeng jeng.. Rahsia laa.. Selepas pergi interview, pergi Tawau pula dengan dua orang teman yang paling ana rapat.. Teman Joji dan Hassan.. Dorang ni la berdua selalu mendengarkan suara hati ku kalau ada masalah.. Kamu teman-teman yang terbaik laa.. Erm sepanjang perjalanan masing-masing berkongsi cerita tersendiri.. Daripada perihal diri, akademik, keluarga dan sebagainya.. Yelah lama tak jumpa kan.. Sekali jumpa ambek lah.. Semua benda diulas termasuklah soal politik.. Hahahaha.. Seronok dengar cerita mereka.. Diawal perbualan penuh semangat ana menyusun bicara dan kata-kata ana.. Namun selepas mereka membicarakan soal ukhuwwah, ana hanya mampu menjadi pendengar sahaja.. Kenapa?? Ana ni tidak berukhuwwah ka?? Urm bukan tidak berukhuwwah cumanya ukhuwwah mereka itu yang terbaik dalam hidup mereka.. Setiap insan ini akan membicarakan persahabatan terbaik dalam kehidupan mereka.. Begitu lah juga yang berlaku semalam.. Ana rasa hiba mendengar cerita-cerita mereka.. Itulah keindahan berukhuwwah itu.. Semua benda dikongsikan, semua benda bersama dan banyak lagi..Ketika mereka sedang rancak berbual soal persahabatan, aku tergamam dan minda sahaja yang mampu untuk berfikir.. Sebenarnya akhir-akhir ni aku rasa hairan sangat dengan seorang sahabat yang paling aku hidup dalam seluruh kehidupan aku.. Walaupun apa berlaku, bagi aku dia tetap sahabat yang terbaik.. Everyone mesti pelik kenapa aku hairan kan?? Cerita nya macam ni..,

Dia merupakan sahabat yang paling rapat dengan aku.. Mungkin ada tindakan aku yang menyebabkan dia terasa atau marah.. Tapi aku tidak tahu apa.. Entahlah selama ni memang boleh katakan kami kerap contact la.. Sekarang ni sudah lebih kurang seminggu tiada khabaran.. Walaupun apa berlaku, aku berusaha untuk menghubungi dia bertanya khabaran.. Alasan mungkin macam ni kenapa tidak contact..,

  1. Sebab ketiadaan kredit.. Tapi aku bukan nak bersangka buruk.. Hari itu aku turun pekan top up telefon aku.. Aku terus teringat untuk ambil tahu.. Aku top up sekali telefon dia.. So selepas top up itu mungkin satu reason da aku dapat.. Mustahil tak ada kredit.. Tapi tak tahu la kalau kredit tu tak masuk..
  2. Mungkin sebab sibuk.. Entahlah tapi tak kan 24 jam sibuk kan.. Aku telefon dari awal pagi sampai lewat malam.. Tak kan sekali mesej pun untuk mengkhabarkan kerjanya tak dapat.. Tapi tidak mengapalah..
Sebenarnya aku hanya mahu tahu apa yang berlaku sekarang.. Aku risau.. Dia ok ka, ada masalah ka.. Entahlah harap-harap ALLAHm berikan aku jawapannya.. Entahlah sama ada dia mahu menjauhkan diri dari aku terus atau apa.. Cuma aku harap cakap terus terang.. Aku takut kalau-kalau aku ada buat salah yang besar dengan dia.. Aku mengaggap dia macam abang aku sendiri.. Sebagai sahabat aku.. Tu yang rasa macam tak sedap hati tu jaa.. Ya ALLAH entahlah apa yang sedang berlaku ni.. Ya ALLAH berikan dia kebaikan, kejayaan, kesejahteraan.. Pertemukan dia dengan hal-hal yang menggembirakan dirinya.. Apapun harap dapat lah jawapan kenapa dia menyepi.. Ya ALLAH ya ALLAH ya ALLAH.. Itulah sebab nya aku tergamam ketika kawan-kawan mebicarakan soal ukhuwwah.. Aku tertanya-tanya kemana hilangnya dia?? Semoga dia baik-baik sahaja.. 
PS : KALAU INSAN YANG SAYA MAKSUDKAN ITU MEMBACA RUANGAN PENULISAN SAYA INI, SAYA MOHON MAAF KALAU ADA BUAT SALAH DENGAN ANDA YA.. MINTA MAAF BANYAK-BANYAK.. CUMA YANG TERBAIK BAGITAHU SENDIRI APA YANG SEDANG BERLAKU SEKARANG INI?? MAAF.. MAAF.. MAAF..

Wednesday, December 14, 2011

MY HOLIDAY TIME

Hamdallah hari ini ada sedikit kesempatan untuk update blog yang sekian lama terkubur ini.. Ehehehe bukan tak mau update cumanya line kat Sabah ni something wrong.. Payah bebenar mau dapat lorh.. Hehehehe sekarang?? Erm aku dengan cerita aku sendiri.. Aku menyibukkan diri untuk urus diri sendiri.. Sekarang sibuk nak pergi daftar mana-mana NGO ke atau kursus ke atau apply kerja untuk pengisian sementara ini.. Erm harapnya adalah pengisian yang aku perolehi sepajang cuti ini.. Huhuhuh at least selepas cuti ni aku tak la sama semacam sebelum cuti.. Diri aku ni pun kena update sikit-sikit la.. Baru la urmph orang kata.. Apapun mohon doa kawan-kawan sekalian yaa... Selepas ini mungkin aku akan berhijrah pula untuk menimba satu pengalaman yang baru.. Hamdallah moga ALLAH memperkenankannya dan memakbulkan segala apa yang aku hajati..

Wednesday, December 7, 2011

CORETAN TERAKHIRKU DIRUANG BILIK YANG PENUH KENANGAN..

Hamdallah di keheningan Subuh dan pagi hari ini, ALLAH memberikan aku ketenagan dan kesempatan untuk mencoretkan sedikit perkongsian ceritaku diruangan ini.. Hamdallah ini adalah Subuh terakhir aku berada di Semenanjung.. Selepas ini rezeki yang akan menentukan sama ada aku mampu lagi untuk berpijak di bumi ini ataupun tidak.. Agak berat langkah untuk mengundurkan diri.. Tapi hakikat nya sini bukan bumiku.. Ya ALLAH dikeheningan pagi ini, aku menadahkan tanganku untuk merakamkan jutaan kesyukuran atas nikmat yang ENGKAU berikan kepadaku.. Erm hari ini hari terakhir aku untut berada disamping teman-teman dan rakan-rakan KDH.. Selepas ini aku sudah punyai haluan tersendiri.. Ya ALLAH terima kasih memberikan aku nikmat teman seperti mereka.. Sebentar tadi sudah siap packed semua barang untuk dibawa.. Huhuhu begitu cepat masa berlalu.. Erm selepas ini apa pula episod cerita kehidupanku ya?? Baik ataupun buruk?? Ya ALLAH curahkan kebaikan disetiap usiaku yang mendatang.. Erm selepas ini aku akan berada jauh dari SAHABAT-SAHABAT yang aku sayangi.. Tapi bertemu dan berpisah itu adalah ketentuan daripada ALLAH SWT.. Erm ada satu kata-kata perlu dihayati untuk perpisahan iaitu :

"JANGAN DITANGISI AKAN PERPISAHAN.. NAMUN TANGISI AKAN PERTEMUAN.. KERANA TANPA PERTEMUAN, PASTINYA TIADA PERPISAHAN.."

Moral value nya sini, jangan menangis ketika berpisah.. Hehehe tapi air mata tak boleh juga nak tahan-tahan kan?? Hehehehe tak pa.. Kalau menangis, menangis je lah.. Erm sebenarnya pemergianku ini membawa beberapa perasaan risau.. Risau selepas ini SAHABAT-SAHABAT aku sudah berubah.. Tapi AZLAN yakin ukhuwwah kerana ALLAH, bertemu kerana ALLAH, berpisah kerana ALLAH.. Maka mintalah juga dengan ALLAH agar nikmat ukhuwwah itu berkekalan.. Selepas ini aku akan kembali ke pangkuan keluargaku semula.. Hamdallah.. Jadi akan jadi satu suasana baru dalam hidupmu.. Teruskan untut melakarkan cerita kehidupan mu.. Teruskan menikmati keindahan kehidupanmu.. Erm selamat tinggal segalanya.. Kalau ada rezeki, INSYAALLAH kita bertemu lagi.. Ya ALLAH terima kasih atas segala nikmat yang ENGKAU berikan.. Terima kasih ya ALLAH..

Hari ini masa untuk fly.. So don't sad AZLAN.. ALLAH tengah merancang sesuatu yang terbaik untuk hidupmu.. Semoga sang hati ini sentiasa bergembira dengan perancangan ALLAH SWT itu.. AMIN YA RABB..

P/S : Hari ini flight pukul 2.20 petang.. Sampai jam 5.10 petang.. Selamat terbang!!!


Sunday, December 4, 2011

BINGKISAN DOA BUAT SAHABAT


Ya Allah
panjangkanlah umur temanku
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatknlah hatinya
kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat

Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu?
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu


Ya Allah
Jangan biarkan temanku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui temanku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah…
kurniakanlah temanku kesenangan, ketenangan,
kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak.

1001 KENANGAN DIRIKU DI SANA

Hamdallah hari ini ALLAH SWT berikan aku sedikit kesempatan untuk mencoretkan sedikit kisah kehidupan ku diruangan ini.. Sebenarnya hari demi hari aku hanya menamatkan sisa baki kehidupanku di Bumi Kajang ini.. After this aku akan kembali pulang ketempat kelahiranku.. Erm ini kali pertama aku rasakan tidak sabar mahu berjumpa dengan kaum keluargaku di Sabah.. Before this, I never feel something like this.. Ini kali pertama lah.. Hehehehe.. Hamdallah hari ini aku telah kemas barang-barang aku untuk bawa balik Sabah.. Hamdallah dah 90% settle.. Selebihnya tinggal gerak pergi KLIA then back to my state.. Huhuhu.. Sisa baki kehidupan aku di Kajang ni banyak mengimbau kenangan aku selama dua tahun setengan disini.. Chewah macam mau pergi buat selama-lamanya pula.. Tapi mungkin juga akan pergi selamanya.. Tapi bukan masuk grave plak ya.. Tapi mungkin selepas ini aku sudah tidak berkesempatan untuk hidup di Kajang ni kot.. Ehehehe.. Erm semestinya setelah aku berpergian, akan aku merindui kawasan-kawasan area Kajang, Bangi, Putrajaya dan Kuala Lumpur.. Why?? Kerana itulah tempat-tempat yang acap kali aku kunjungi selama aku berada di Semenanjung Malaysia ini.. Yesterday jalan dengan dua orang teman yang aku rapat.. Iaitu Nazmudin dan Nasirudin.. Kawan double N.. Ehehehe.. Kami bertiga pergi ke Tasik Cempaka.. Ala yang sebelah Kompleks PKNS Bangi tu.. Ehehehe.. Tempat itu bagi aku sangat indah.. Disitulah tempat aku berkongsi rasa dan perasaan, meleraikan segala kekusutan minda n hati dan banyak lagi.. Tempat tu memang aku selalu pergi since semester satu sampai lah aku terlebih semester ini.. Ehehe.. Banyak kenangan yang tercipta di empat kawasan yang aku ceritakan tadi..
  • Kenapa aku akan merindui Putrajaya?? Kerana apabila malam rasa bosan-bosan, aku dan abang aku akan pergi Putrajaya pusing-pusing.. Mungkin juga kami akan ke sana untuk tujuan Solat di Masjid Putra Putrajaya.. Tempat Putrajaya tu adalah tempat yang paling indah bagi aku.. Tahu kenapa?? Kerana disitulah aku banyak mengetahui cerita kehidupan insan yang aku sayang.. Ehehehe.. Erm seronok tempat tu.. Satu hari nanti aku harap dapat kerja dekat situ agar segala kenangan aku tidak akan terkubur begitu sahaja.. Itulah azam dan impian aku untuk tempat tu.. Best sangat Putrajaya ni.. Inilah juga impian yang kau kongsikan dengan abang aku iaitu mahu kerja sama-sama kelak di sini.. AMIN YA ALLAH..
  • Kenapa pula aku merindui Kuala Lumpur?? Sebabnya tempat tu pun aku selalu pergi semanjak aku semester 1.. Kalau hujung minggu aku akan lepak sana sama ada sendiri atau dengan kawan-kawan.. Tempat yang the best sana yang aku selalu pergi Masjid Jamek, KLCC, Low Yat, Pasar Seni, Mydin, Petaling Street, Central Market dan banyak lagi.. Huhuh tempat paling aku rindui pastinya la Masjid Jamek.. Tahu kenapa sebab tempat itulah aku selalu pergi dengan abang aku semenjak aku semester 6 dan 7.. Kami akan pergi situ solat dekat Masjid Jamek, makan dekat McD, beli lekor, beli buku dan round-round.. Wawa rindunya la nanti..
  • Erm kalau kawasan Bangi dan Kajang memang tak payah cakap la.. Sebab semua tempat terlalu sinonim dengan aku.. Ehehe tempat aku membesar kan selama di Kajang ni.. Kalau Kajang apa lagi sah-sah la shopping mall.. Metro Point, Metro Kajang, Tesco dan semuanya la.. Bangi pun sama seluruh nya..
Harapnya segala kenangan aku disini akan menjadi satu peristiwa yyang terindah dalam kehidupan yang aku lalui.. Ya ALLAH semoga segala ukhuwwah yang terlakar disini akan menjadi satu ingatan buatku.. After this apa pula cerita aku?? Erm kena tunggu tahun depan la.. Perancangan sudah ada cuma lihat pada rezekinya.. Adakah aku akan melangkah semula ke kawasan yang aku telah sebutkan tadi atau sebaliknya.. Harapan dan doa akan menentukan segalanya.. Salam kerinduan yang teramat sangat buat semua insan yang saya kenali selama di  Semenanjung ini.. Alhamdulillah ya ALLAH.. Terima kasih atas pelbagai nikmat-MU selama akau berada di sini..

Friday, December 2, 2011

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN

SANAH HELWAH YANG KE-23 TAHUN BUAT ABANG FAIZUL..
SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, MENDAPAT KEBAIKAN DALAH KEHIDUPAN, BEROLEH KEJAYAAN, USIA YANG BERKAH DAN SEBAGAINYA..
SEMOGA BERGEMBIRA SOKMO DI HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN INI..


NYANYI SAMA YUK :
ALLAH SELAMATKAN ABANG FAIZUL..
ALLAH SELAMATKAN ABANG FAIZUL..
ALLAH SELAMATKAN ABANG FAIZUL..
ALLAH SELAMATKAN ABANG FAIZUL..

SANAH HELWAH :)..

Thursday, December 1, 2011

YA ALLAH


YA ALLAH JANGAN ENGKAU JADIKAN AKU INSAN YANG BERGANTUNG HARAP PADA MANUSIA..

YA ALLAH JADIKANLAH AKU INSAN YANG HANYA BERGANTUNG HARAP HANYA KEPADA-MU..

TERIMA KASIH SAHABAT-SAHABAT KU

Teruja aku pada kata-kata Imam Al-Ghazali yang mulia:

"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan ,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya" 
Ku harap mekar di hati agar persahabatan suci ini kan terus mantap, menjadi syafaat, terukir indah di pintu Jannah.~..

Ukhwah yang dibina antara kita biarlah seperti seutas tasbih. Ada awal tapi tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, dibahagi untuk cintaNYA, diratib demi redhaNYA..

~KETIKA SATU PINTU KEBAHAGIAAN TERTUTUP, PINTU LAIN DIBUKAKAN.TAPI SERINGKALI KITA TERPAKU TERLALU LAMA PADA PINTU YANG TERTUTUP SEHINGGA TIDAK MELIHAT PINTU LAIN YANG DIBUKAKAN BAGI KITA~

"selemah-lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yang telah dicari" -Saidina Ali-
SYUKRAN ALA UKHUWWAH TEMAN-TEMAN SEKALIAN..
SYUKRAN PADA KAWAN SERUMAH : ABANG RAIHAN, SYAFIQ, SHAHRIN, HAZWAN DAN HUSAINI..
SYUKRAN PADA KAWAN YANG SETIA BERSAMA : NAZMUDDIN DAN NASIRUDDIN..
SYUKRAN PADA KAWAN YANG SELALU MEMBERIKAN NASIHAT : KAK SYAFIAH, AMNAH, NORIJAN, NURHIDAYAT, KAK ANIS, HASSAN UNUS..
SYUKRAN KEPADA : SEMUA TENAGA PENGAJAR SAYA MAINLY USTAZAH SYILA YANG BANYAK MEMBERIKAN BANTUAN..

SYUKRAN YANG TIDAK TERHINGGA BUAT SAHABAT DAN ABANG YANG BANYAK MEMBANTU SAYA :
ABANG FAIZ