JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Wednesday, November 30, 2011

CORETAN SANG HATIKU

Hamdallah hari ini ALLAH SWT berikan sedikit kesempatan untuk mencoretkan serba sedikit perkongsian cerita kehidupan aku diruangan ini.. Persoalan, "MENGAPA KITA PERLU MENYESALI SESUATU BENDA YANG HILANG DARIPADA KITA"?? Dalam kehidupan kita ini, seringkali kita akan tercicirkan banyak perkara-perkara yang indah.. Namun keindahan sesuatu perkara itu tidak mampu kita rasai seketika kita masih memiliki hal tersebut.. Mengapa?? Sebab kita leka?? Lalai?? Dan sebagainya?? Sebenarnya kita leka sebab kita masih tidak merasa gusar dan risau kehilangan perkara tersebut.. Namun jika perkara tersebut hampir hilang daripada gengaman kita, kita baru menyedari bertapa bernilai nya perkara tersebut.. Allah ya Allah.. Setiap hari yang kita lalui diselitkan dengan pelbagai nikmat sama ada kita sedar atau tidak.. Sebenarnya coretan hari ini nak cerita juga soal diri ini.. Hehehe.. Kita akan merasa sedih apabila kita kehilangan sesuatu.. Hari ini saya kehilangan sesuatu yang saya rasakan bermakna buat diri saya.. Mungkin ia tidak sesuai dikatakan kehilangan sesuatu.. Tapi bagi saya, walaupun ianya berulang semula pasti sukar untuk menjadi seperti asalnya.. Hari ini saya mula merasakan kehilangan "SAHABAT".. Persahabatan itu semakin saya rasakan jauh dari hati.. Bukan bermaksud bergaduh atau berbalah.. Namun selepas ini, saya akan berpisah dengan sahabat-sahabat saya yang menuntut sama dengan saya.. Walaupun selepas ini bertemu semula, saya tidak menjamin kemesraan seperti sekarang ini.. Itulah yang saya maksudkan dengan kehilangan.. Sebak rasanya hari ini.. Erm selepas ini saya pun akan mula mengorak langkah yang baru untuk kehidupan saya dimasa hadapan kelak.. Saya akan balik Sabah dan akan mencoretkan sendiri kisah kehidupan selepas ini.. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain.. Hari ini saya sudah mula rasa kehilangan  seorang sahabat yang sangat saya rapat ketika saya bergelar pelajar diploma ini.. Allah terima kasih atas nikmat mu memberikan saya seorang sahabat seperti dia, memberikan saya seorang abang seperti dia dan memberikan saya teman seperti dia.. Berikan dia kebaikan disetiap langkahnya.. Sedih rasanya berpisah dengan kawan yang sangat kita rapat kan?? This is my first experience have someone that really close with me.. But now, I will feel something different.. Sebabnya masing-masing akan ada haluan masing-masing.. Semoga semua teman-teman ku di KDH sentiasa memperolehi segala kebaikan dan kejayaan dalam kehidupan mereka.. Lastly setiap permulaan akan menemui pengakhirnya.. Setiap yang berjumpa akan berpisah jua akhirnya.. Semoga segala ukhuwwah yang telah dilakarkan akan mampu memberikan saya seribu pengertian didalam kehidupan ini.. Ya ALLAH, terima kasih atas nikmat kasih sayang dari-Mu dan daripada insan-insan yang Engkau hadirkan didalam kehidupan hamba yang kerdil ini.. (-_-)


No comments: