JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Tuesday, September 13, 2011

CERITA HARI PERTAMA PRAKTIKAL KU

Hamdallah hari ini ALLAH SWT memudahkan juga langkah aku untuk menuju ke tempat praktikal aku.. Habislah juga hari ini.. Sekian lama kebingungan melanda diriku ini.. Praktikal atau tesis?? Finally pergi la juga ke praktikal.. Tapi sebenarnya hati masih lekat lagi mahu ambil tesis.. Entahlah sampai sekarang ini hati masih lagi berat untuk melakukan tesis.. Kalau praktikal pergi INDONESIA tu sah-sah la aku tolak.. Entahlah rasa macam bukan dunia aku dunia kerjaya ni.. Aku rasa mahu belajar ja sepanjang masa.. Lagi-lagi setelah aku rasakan bagaimana aku melalui hari ini sebagai seorang pekerja sementara.. Tapi until when kan?? Erm kenalah juga telan benda ini.. Walaupun hari ini aku sudah mula praktikal, tapi esok aku mahu putuskan lagi sama ada mahu teruskan praktikal ini ataupun ambil tesis.. Macam bau-baunya ni ambil tesis tapi ada kawan yang halang.. Huhuhuh.. Perlu ka kita fikir soal kawan itu?? Sedangkan dia dengan diri dia juga kan?? Kenapa perlu korbankan diri untuk dirinya.. Hahahaha.. Alahai la kawan-kawan.. Erm nak kongsi sikit cerita praktikal aku hari ini.. Hari ini kami datang lewat sikit dalam 10 minit.. Tapi tak lah kena blame teruk apa.. Setakat diberi pengenalan ja hari ini.. Huhuh lepas pengenalan kami pi jumpa BOSS la konon.. Hahaha then kami dipecah-pecahkan.. Paling teruk aku rasakan.. Semua kena dalam pejabat dengan kerja mudah saja.. Aku?? Aku hari pertama sudah kena dekat bahagian kaunter utama.. Bukan nak merungut cuma sedikit terkejut.. Huhuhuh tapi tak mengapalah.. I know I can do it.. So believe with your self AZLAN!! Sebelah pagi aku rasa macam sakit jiwa jak.. Tahu kenapa?? Apa tidak nya aku kena update fail start dari jam 9 pagi sehingga jam 1 petang tu.. Huhuhu stress aku rasa.. Benda yang aku tidak pernah buat tapi buat juga akhirnya.. Then waktu rehat tu kami blek umah.. Aku dah pasang niat dah tak nak turun petang nanti.. Tapi itulah ALLAH SWT mudahkan langkah untuk tujuan kebaikan kan?? DIA bagi juga aku keringanan untuk pergi walaupun lewat.. Patutnya masuk kerja jam 2 tapi kami masuk jam 3.. Hebat kan?? Hahahaha.. Inilah kali pertama aku buat kerja terpaksa secara mutlak.. Then belah petang baru lah aku rasa ok sikit.. Banyak benda yang aku diajar secara terus.. Then petang pun aku memberanikan diri untuk duduk didepan dekat meja kaunter itu.. Tu pun banyak dapat bantuan dan tunjuk ajar daripada ada dua orang staff dekat PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH HULU LANGAT itu.. Hahaha tapi tak tahu nama la.. Kwang kwang kwang.. Hehehe petang tadi aku mula beri khidmat dengan orang lain.. Tolong mereka.. Hehehehe aku pun banyak tahu belah petang tu.. Macam mana cari sijil nikah, prosedur nikah, surat kebenaran nikah, cerai, rujuk dan banyak lagi lah.. Esok INSYAALLAH aku akan pergi ke kuliah aku.. Jumpa beberapa orang pensyarah aku lagi.. Kalau aku dapat keyakinan dengan mereka untuk buat tesis itu, maka langkah ku untuk praktikal itu INSYAALLAH akan terhenti dan langkah untuk tesis itu akan bermula.. Ya ALLAH permudahkan urusan hamba MU ini.. Berikan aku kepastian dan jawapan yang tepat dripada MU.. Amiiin..

MOOD = SEDIH, KECEWA, HAMPA, EXCITED, GEMBIRA, TERHARU N ETC..

No comments: