JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Monday, September 26, 2011

ALLAH TENGAH MEROTAN HATIKU

Hamdallah hari ini ALLAH SWT menguatkan langkah aku untuk terus melangkah mengharungi kehidupan dunia yang fana ini..Huhuh sekian lama aku menghilangkan diri daripada ruangan blog yang tercinta ini.. Hehehe sampaikan ada pihak yang bertanya kemana aku menghilang, kenapa tak update blog dan banyak lagi la.. Hehehe akhir-akhir ni penulis dah tak berbentuk ilmiah lagi.. Bukan tak nak share cuma macam tak ada masa sangat mau update.. Biasalah sekarang ni kan dah mula merasai dunia kerjaya.. Wawawa macam lucu jak.. Dunia kerjaya?? Seronok ke?? Menhiburkan hati?? Menenangkan?? Mungkin bagi setengah pihak but not me.. Bukan kata dunia kerjaya ini tidak menghiburkan tapi aku rasakan hati aku ini memberontak.. Bughah pulak macam ya?? hehehe memberontak sebab aku mahu belajar bukan berkerja.. Ya memang praktikal ni belajar juga.. Tapi belajar pengurusan.. Ianya memang sangat berbaloi tapi i don't know why my heart still not fixed here.. Apa yang boleh aku buat hanya mampu tersenyum sahaja.. Entahlah akhir-akhir ni aku rasakan seperti tiada pendirian hidup sahaja.. Hehehe sekarang ni aku seperti mula menguatkan langkahku untuk mengambil tesis.. Bagi aku tidak kira lah susah atau payah macam mana pun yang penting aku dapat ketenangan hatiku itu.. Sebenarnya aku bukan mahu ambil praktikal ini tapi disebabkan oelh pujukan kawan-kawan akhirnya aku mengagahkan langkahku juga untuk meneruskan perjuangan dilandasan praktikal ini.. Entahlah dimana silapnya.. Entah kenapa ketika itu aku membuat keputusan tanpa mempertimbangkan banyak perkara.. Erm pastinya ramai yang tertanya-tanya apa yang aku maksudkan dengan tajuk penulisan aku iaitu "ALLAH TENGAH MEROTAN HATIKU..".. Sememangnya ada kaitan.. Sebenarnya akhir-akhir ni aku rasa tidak gagah untuk ada di bumi Kajang ini.. Kan best kalau dekat Sabah ada family kita.. Entahlah.. Erm aku pun jadi pening nak ulas macam mana tajuk posting aku dengan apa yang aku katakan ni.. Tahu, kenapa aku tak tetap hati di tempat aku praktikal?? Entahlah bagi aku, aku tak boleh masuk sangat dengan cara muamalah mereka.. Bukan kata nak terbaik tapi terlalu banyak part yang aku rasa terlalu sonsang daripada prinsip kehidupan aku.. Sememangnya mereka mewar-warkan yang kehidupan disini seperti sebuah keluarga.. Ya aku tidak menafikan.. Memang perlu hidup dalam satu kelaurga bagi satu jabatan.. Tapi bagi aku itu bukan alasan untuk tidak membataskan pergaulan kita itu.. Ya ALLAH bantulah aku.. Minggu lepas hari Jumaat aku ada jumpa lecturer aku.. Aku bincang soal tesis dengan dia.. Tapi aku masih samar dengan hati aku.. Ya ALLAH dengarkan lah rintihan hatiku.. Kalau lecturer yang aku rapat dekat KDH tu masih ada kan mesti best.. Mesti dia sudi mendengar :'(.. Dimana kesudahan semester 7 aku ini?? Praktikal atau tesis?? Decide AZLAN dengan kadar segera :).. Ya ALLAH bantulah aku..

2 comments:

Ummu Ammar said...

salam...

Azlan,

jgn terlalu bergantung harap pada manusia.. nanti akan dikecewakan..

bergantung harap dan bertawakallah pada Allah Rabbul Izzati albari' al mutawakkil... insyaAllah Dia akan meletakkan hati kita di tempat yang sebaik2nya mengikut ketentuanNYA...

kadang2 ketentuan-Nya tu, tidak seperti yg kita harapkan... tidak sesuai dgn masa yg kita mohon.. tapi yakinlah itulah yg terbaik utk kita..

Ambillah ibrah dari sirah Rasulullah, bagaimana baginda diuji dgn seberat2 ujian.. kita pun tak mungkin mampu sekiranya ditimpa ujian sebegitu.. namun baginda dgn hasil didikan rabbani.. tetap bersabar dgn semua ujian.. dan kesabaran baginda itu menjadi contoh tauladan buat kita umat baginda.

sabarlah... teruskan menadah tangan padaNYA... moga Allah curahkan hati kita dgn nurNYA yg melimpah ruah.. insyaAllah..

Pencetus Generasi Gemilang said...

syukran ustazah :)