JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Monday, September 26, 2011

CORETAN HATI

HIDUP TIDAK SELALUNYA INDAH TETAPI CARILAH KEINDAHAN DIDALAM KEHIDUPAN ITU..
BERGEMBIRALAH WAHAI SANG HATI DENGAN TARBIYAH DARIPADA RABB MU..
UJIAN ITU ADALAH CARA UNTUK MELATIH KESABARAN DAN KEMATANGAN DALAM HIDUPMU..
JADIKAN UJIAN ITU MANIS SEPERTI MADU..
YANG KITA TIDAK AKAN MENOLAK APABILA DIBERIKANNYA..
YA ALLAH SATU PINTAKU, KURNIAKAN AKU KETABAHAN DAN KECEKALAN YANG TINGGI..
TERIMA KASIH BANYAK MENGAJAR AKU BENDA YANG BARU YA RABB..

SUBHANALLAH SEPERTI MENYINDIR AKU

COPY AND PASTE DARIPADA BLOG LECTURER TERSAYANG USTAZAH SYILA..

Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo... Ook...

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...Maknanya kita tak redha dengan Allah...Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.

P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."


YA ALLAH JADIKAN AKU REDHA ATAS SETIAP KETENTUAN MU ITU.. REDHA KAN HATIKU MENERIMA SETIAP KEJADIAN DARIPADAMU..

DILEMA HATI

WHICH ONE

PRAKTIKAL ATAU TESIS??

ALLAH TENGAH MEROTAN HATIKU

Hamdallah hari ini ALLAH SWT menguatkan langkah aku untuk terus melangkah mengharungi kehidupan dunia yang fana ini..Huhuh sekian lama aku menghilangkan diri daripada ruangan blog yang tercinta ini.. Hehehe sampaikan ada pihak yang bertanya kemana aku menghilang, kenapa tak update blog dan banyak lagi la.. Hehehe akhir-akhir ni penulis dah tak berbentuk ilmiah lagi.. Bukan tak nak share cuma macam tak ada masa sangat mau update.. Biasalah sekarang ni kan dah mula merasai dunia kerjaya.. Wawawa macam lucu jak.. Dunia kerjaya?? Seronok ke?? Menhiburkan hati?? Menenangkan?? Mungkin bagi setengah pihak but not me.. Bukan kata dunia kerjaya ini tidak menghiburkan tapi aku rasakan hati aku ini memberontak.. Bughah pulak macam ya?? hehehe memberontak sebab aku mahu belajar bukan berkerja.. Ya memang praktikal ni belajar juga.. Tapi belajar pengurusan.. Ianya memang sangat berbaloi tapi i don't know why my heart still not fixed here.. Apa yang boleh aku buat hanya mampu tersenyum sahaja.. Entahlah akhir-akhir ni aku rasakan seperti tiada pendirian hidup sahaja.. Hehehe sekarang ni aku seperti mula menguatkan langkahku untuk mengambil tesis.. Bagi aku tidak kira lah susah atau payah macam mana pun yang penting aku dapat ketenangan hatiku itu.. Sebenarnya aku bukan mahu ambil praktikal ini tapi disebabkan oelh pujukan kawan-kawan akhirnya aku mengagahkan langkahku juga untuk meneruskan perjuangan dilandasan praktikal ini.. Entahlah dimana silapnya.. Entah kenapa ketika itu aku membuat keputusan tanpa mempertimbangkan banyak perkara.. Erm pastinya ramai yang tertanya-tanya apa yang aku maksudkan dengan tajuk penulisan aku iaitu "ALLAH TENGAH MEROTAN HATIKU..".. Sememangnya ada kaitan.. Sebenarnya akhir-akhir ni aku rasa tidak gagah untuk ada di bumi Kajang ini.. Kan best kalau dekat Sabah ada family kita.. Entahlah.. Erm aku pun jadi pening nak ulas macam mana tajuk posting aku dengan apa yang aku katakan ni.. Tahu, kenapa aku tak tetap hati di tempat aku praktikal?? Entahlah bagi aku, aku tak boleh masuk sangat dengan cara muamalah mereka.. Bukan kata nak terbaik tapi terlalu banyak part yang aku rasa terlalu sonsang daripada prinsip kehidupan aku.. Sememangnya mereka mewar-warkan yang kehidupan disini seperti sebuah keluarga.. Ya aku tidak menafikan.. Memang perlu hidup dalam satu kelaurga bagi satu jabatan.. Tapi bagi aku itu bukan alasan untuk tidak membataskan pergaulan kita itu.. Ya ALLAH bantulah aku.. Minggu lepas hari Jumaat aku ada jumpa lecturer aku.. Aku bincang soal tesis dengan dia.. Tapi aku masih samar dengan hati aku.. Ya ALLAH dengarkan lah rintihan hatiku.. Kalau lecturer yang aku rapat dekat KDH tu masih ada kan mesti best.. Mesti dia sudi mendengar :'(.. Dimana kesudahan semester 7 aku ini?? Praktikal atau tesis?? Decide AZLAN dengan kadar segera :).. Ya ALLAH bantulah aku..

Tuesday, September 13, 2011

CERITA HARI PERTAMA PRAKTIKAL KU

Hamdallah hari ini ALLAH SWT memudahkan juga langkah aku untuk menuju ke tempat praktikal aku.. Habislah juga hari ini.. Sekian lama kebingungan melanda diriku ini.. Praktikal atau tesis?? Finally pergi la juga ke praktikal.. Tapi sebenarnya hati masih lekat lagi mahu ambil tesis.. Entahlah sampai sekarang ini hati masih lagi berat untuk melakukan tesis.. Kalau praktikal pergi INDONESIA tu sah-sah la aku tolak.. Entahlah rasa macam bukan dunia aku dunia kerjaya ni.. Aku rasa mahu belajar ja sepanjang masa.. Lagi-lagi setelah aku rasakan bagaimana aku melalui hari ini sebagai seorang pekerja sementara.. Tapi until when kan?? Erm kenalah juga telan benda ini.. Walaupun hari ini aku sudah mula praktikal, tapi esok aku mahu putuskan lagi sama ada mahu teruskan praktikal ini ataupun ambil tesis.. Macam bau-baunya ni ambil tesis tapi ada kawan yang halang.. Huhuhuh.. Perlu ka kita fikir soal kawan itu?? Sedangkan dia dengan diri dia juga kan?? Kenapa perlu korbankan diri untuk dirinya.. Hahahaha.. Alahai la kawan-kawan.. Erm nak kongsi sikit cerita praktikal aku hari ini.. Hari ini kami datang lewat sikit dalam 10 minit.. Tapi tak lah kena blame teruk apa.. Setakat diberi pengenalan ja hari ini.. Huhuh lepas pengenalan kami pi jumpa BOSS la konon.. Hahaha then kami dipecah-pecahkan.. Paling teruk aku rasakan.. Semua kena dalam pejabat dengan kerja mudah saja.. Aku?? Aku hari pertama sudah kena dekat bahagian kaunter utama.. Bukan nak merungut cuma sedikit terkejut.. Huhuhuh tapi tak mengapalah.. I know I can do it.. So believe with your self AZLAN!! Sebelah pagi aku rasa macam sakit jiwa jak.. Tahu kenapa?? Apa tidak nya aku kena update fail start dari jam 9 pagi sehingga jam 1 petang tu.. Huhuhu stress aku rasa.. Benda yang aku tidak pernah buat tapi buat juga akhirnya.. Then waktu rehat tu kami blek umah.. Aku dah pasang niat dah tak nak turun petang nanti.. Tapi itulah ALLAH SWT mudahkan langkah untuk tujuan kebaikan kan?? DIA bagi juga aku keringanan untuk pergi walaupun lewat.. Patutnya masuk kerja jam 2 tapi kami masuk jam 3.. Hebat kan?? Hahahaha.. Inilah kali pertama aku buat kerja terpaksa secara mutlak.. Then belah petang baru lah aku rasa ok sikit.. Banyak benda yang aku diajar secara terus.. Then petang pun aku memberanikan diri untuk duduk didepan dekat meja kaunter itu.. Tu pun banyak dapat bantuan dan tunjuk ajar daripada ada dua orang staff dekat PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH HULU LANGAT itu.. Hahaha tapi tak tahu nama la.. Kwang kwang kwang.. Hehehe petang tadi aku mula beri khidmat dengan orang lain.. Tolong mereka.. Hehehehe aku pun banyak tahu belah petang tu.. Macam mana cari sijil nikah, prosedur nikah, surat kebenaran nikah, cerai, rujuk dan banyak lagi lah.. Esok INSYAALLAH aku akan pergi ke kuliah aku.. Jumpa beberapa orang pensyarah aku lagi.. Kalau aku dapat keyakinan dengan mereka untuk buat tesis itu, maka langkah ku untuk praktikal itu INSYAALLAH akan terhenti dan langkah untuk tesis itu akan bermula.. Ya ALLAH permudahkan urusan hamba MU ini.. Berikan aku kepastian dan jawapan yang tepat dripada MU.. Amiiin..

MOOD = SEDIH, KECEWA, HAMPA, EXCITED, GEMBIRA, TERHARU N ETC..

Sunday, September 4, 2011

Saturday, September 3, 2011

LATIHAN INDUSTRI @ PRAKTIKAL

Hamdallah di tengah hari ini ALLAH SWT berikan aku kesempatan untuk mencoretkan sedikit perkongsian hidupku diruangan ini.. Hehehe sebenarnya aku dalam dilema sekarang.. Hahaha bukan dilema cinta ka, angau ka dan sebagainya.. Sebenarnya aku tengah pusing pasal tempat praktikal aku.. Mana yang patut ya INDONESIA atau MALAYSIA?? Sememangnya negara sendiri itu adalah jauh lebih baik tapi untuk mendapatkan pengalaman baru itu ditempat orang adalah jauh lebih baik.. Tapi tempat praktikal yang bakal aku dihantar itu agak jauh aku rasa.. Dekat JAWA TENGAH.. Grrrr.. Seram and takut rasanya.. Tapi hamdallah juga ALLAH bantu aku dalam membuat keputusan untuk menentukan perjuangan terakhir aku dalam menempuhi lulusan diploma aku.. Hehehe.. InsyaALLAH dengan berkat doa dan bantuan ALLAH SWT, dia telah meringankan hati aku.. Dia memberikan aku jawapan yang tidak langsung.. Rakan-rakan blog sekalian, hari ini aku ingin berkongsi yang mana aku akan memilih INDONESIA sebagai tempat untuk aku praktikal kelak.. Hehehe sememangnya agak berat hati aku untuk membuat keputusan tersebut tetapi aku kena yakin dengan ketentuan ALLAH SWT.. Pelbagai perasaan yang aku rasakan sekarang.. Harapnya disana kelak akan banyak lah benda baru dan bermanfaat yang aku perolehi.. Ameen.. Hehehe semoga banyak kebaikan aku perolehi.. Sebenarnya aku rasa berat hati untuk ke sana sebab fikirkan rakan-rakan yang ada d bumi DAR AL-HIKMAH.. Sedih la pulak.. Mainly mau berpisah dengan sorang sahabat yang paling aku rapat disana tu kan?? Hehehe tapi betul juga kata sorang rakan aku tadi.. Kalau sebab orang kita rasa berat hati, akan sampai ke mana kan?? Tidak akan menjamin apa-apa dalam kehidupan.. Hehehe pergi INDONESIA itu pun bukan semua orang yang dapat.. Lagi-lagi tengah ada sponsor ini.. Hehehe apa lagi.. Aku harap, tepatlah pilihan dan keputusan aku untuk kali ini ni.. Semoga ALLAH memberikan aku sesuatu yang sangat bermanfaat disana kelak.. JAWA TENGAH, i'm coming :).. Selamat tinggal kawan-kawan ku di DAR AL-HIKMAH..

SELAMAT TINGGAL KAWAN KU..,