JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Monday, August 15, 2011

PANGGILAN

Hamdallah hari ini diberi sedikit kesempatan untuk berkongsi diruangan tercinta ini.. Sebenarnya keinginan untuk berkongsi semalam adalah tinggi.. Tapi disebabkan oleh halangan-halangan tertentu maka aku tidak dapat melakarkan perkongsian cerita aku.. Semalam aku sedih yang teramat sangat.. Hamdallah juga kesedihan itu telah ALLAH ambil cuma tidak tahu sama ada dalam keadaan seketika atau untuk selamanya.. Tapi harapan aku ialah ianya diambil untuk selamanya.. Hehehe manalah ada manusia yang mahu hidup didalam gelombang kesedihan.. Betul kan?? Erm hari ini juga aku merasakan lain daripada hari yang lain.. Rasanya daripada semua sudut kehidupan aku.. Hehehe.. Erm nak kongsi, biasanya kalau aku on telefon aku, ia akan kerap kali berbunyi.. Cuma sekarang ini aku menukar nombor telefon aku sama ada seketika atau selamanya?? Itu tidak pasti lagi.. At least dah tukar tiada lah ganguan anasir-anasir luar lagi  untuk seketika ini.. Biar aku mencari ketenangan dan kesegaran untuk jiwa dan hati aku.. Erm hari ini aku nak berkongsi soal ukhuwwah yang aku maksudkan pada penulisan-penulisan aku sebelum ini.. Dalam soal perhubungan, kita perlu meletakkan hati kita pada martabat yang tinggi agar kita rasa hubungan yang dilakukan itu.. Erm hari ini ALLAH berikan aku kekuatan untuk tidak mengingati seketika segala ukhuwwah yang terjalin.. Wah jahatnya juga :p.. Bukan untuk lupa selamanya tapi untuk merefresh seketika segala storage yang ada.. Hehehe.. Erm tapi hamdallah semalam aku memperolehi jawapan daripada ALLAH atas ukhuwwah yang terjalin.. Jawapan yang sangat pasti atas segala keraguan.. Cuma selebihnya kita tunggu dan lihat kemana hala tuju yang ALLAH tentukan.. Apa pun segala keputusan itu aku terima dengan redha.. Bak kata sorang teman itu, LET IT BE..

No comments: