JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Wednesday, August 10, 2011

MUSIBAH MENJADI MUHIBAH

Hari ini nak buat sedikit perkongsian berkaitan dengan musibah.. Apa itu musibah ya?? Ya jawapan nya ujian.. Ujian apa yang saya nak kongsikan hari ini?? Ujian macam exam tu ke?? Yalah jelas sekali bukan.. Kalau ujian itu semua manusia dimuka bumi ini sedia maklum akannya.. Ujian yang nak kongsikan hari ini adalah ujian hidup.. Dalam kehidupan, kita tidak akan lari daripada diuji.. Tapi agaknya kenapa ALLAH SWT menguji kita?? Adalah tu sebabnya.. Sebab itu yang perlu dicari..Erm nak kongsi kelebihan umat Islam banding umat lain.. Umat Islam ini adalah umat yang sentiasa ALLAH SWT uji banding dengan umat agama lain.. Agaknya kenapa?? ALLAH SWT itu tidak adilkah?? Ya sememangnya lah tidak.. ALLAH SWT sentiasa bersikap adil terhadap umatnya.. Cuma kita yang selalu salah tanggapan.. Apabila diuji, maka ianya adalah salah satu daripada sebab berikut :
  1. ALLAH SWT ingin menguji kekuatan iman kita. Sama ada kita setia dengan keimanan terhadapnya atau tidak.
  2. ALLAH SWT ingin menjadikan insan pilihannya agar kita tidak leka dalam kehidupan duniawi.
  3. Ujian yang diberikan sebagai kaffarah terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan.
  4. lastly, kalau ujian yang kita terima itu adalah berulang kali maka maknanya ALLAH SWT tidak berpuasa hati dengan cara kita menerima musibah yang kita timpa itu..
Apabila kita ditimpa musibah, maka anggaplah ia sebagai special request daripada ALLAH SWT.. ALLAH SWT tidak akan meminta terhadap kita kerana dia lah pemberi nikmat keatas kita.. Tetapi DIA ingin menjadikan kita insan luar biasa.. Special request disini bermaksud ALLAH SWT meminta beberapa perkara jika kita memperolehi musibah.. Perkara tersebut ialah :
  1. Tabah.
  2. Sabar.
  3. Bersangka baik..
Jika sudah beroleh musibah, pertama sekali kenalah bersangka baik.. Kerana apabila kita bersangka baik, maka sang tabah dan sabar itu akan hadir dalam diri tanpa dipinta.. Setiap kejadian yang ditempuhi dengan kesabaran itu akan diredhai atas kejadiannya.. Tidak akan berlaku sebarang keluhan dan rungutan.. SUBHANALLAH INDAHNYA ALLAH UJI KITA.. Itu juga lah tips untuk menghadapi musibah..
Sekarang nak kongsi pula konsep ujian daripada ALLAH SWT dengan konsep ujian daripada manusia..
Manusia itu kita khususkan kepada pensyarah lah ye.. Hehehe..
  1. Konsep ujian daripada ALLAH SWT, ALLAH SWT akan memberikan satu ujian.. Melalui itu dia menguji keimanan kita sebagai praktikal.. Apabila cara yang dilakukan adalah menepati jalannya, maka akan mendapat gred yang cemerlang.. Jika beroleh kejayaan maka ALLAH akan berikan kita kelepasan.. Tetapi jika gagal, maka akan diuji pada benda yang sama semula.. Lalu balasannya secara langsung didunia dan secara tidak langsung diakhirat kelak..
  2. Konsep ujian daripada PENSYARAH.. PENSAYARAH akan ajar dalam kelas seketika lamanya.. Selepas itu dia akan menguji melalui peperiksaan akhir.. Jika berjaya maka akan lepas tetapi jika tidak maka perlu mengulangi ujian tersebut lagi..
Jika kita menginginkan ujian itu bertukar kepada muhibah, maka hendaklah menempuhinya dengan sabar dan sangka baik.. Nescaya kasih ALLAH SWT pada kita akan bertambah-tambah :)..

SEMOGA DENGAN UJIAN YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH SWT MAMPU UNTUK KITA MENDEKATKAN DIRI KITA PADA NYA, MENDAPAT GANJARAN YANG SETIMPAL DAN MENJADIKAN KITA SEBAGAI MUKMIN YANG HIDUP DAN MATI DALAM IMAN.. AMIINN..

No comments: