JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Friday, August 12, 2011

JAWAPAN HATI VS JAWAPAN FIKIRAN

Hari ini ana ingin membuat sedikit perkongsian buat semua para pembaca blog ana.. Sebenarnya ana nak tulis tajuk artikel ini ialah, "KEIKHLASAN DALAM MEMBERIKAN JAWAPAN".. Tapi ana rasakan ianya kurang menarik.. Sebab tu pilih tajuk yang di atas.. Agak-agaknya apa beza antara jawapan daripada hati atau fikiran?? Macam sama ja kan?? Dua-dua pun jawapan juga.. Ya ke?? Tapi bagi ana jawapan kedua nya itu datang daripada sudut yang berbeza.. 

Dalam kehidupan seharian ana ini, ana sering kali bertanya kepada rakan-rakan.. Ana juga seringkali menegaskan yang ana mahukan jawpaan daripada hati bukan jawapan daripada fikiran.. Agaknya kenapa ya?? Sebab bagi aku keikhlasan dalam jawapan bagi kedua-dua pusat jawapan itu adalah berbeza.. Itu yang ana ingin kongsikan pada hari ini..

Jawapan daripada hati adalah jawapan yang sentiasa telus dan jujur.. Ianya dibandingkan dengan jawapan yang datang daripada fikiran yang banyak untuk menjaga perasaan sahaja..

Contoh situasi nya macam ini, hati ini adalah sesuatu yang tidak boleh ditipu.. Jika seseorang betanya kepada kita akan dirinya, jika hati yang menjawab dia akan berikan jawapan yang jujur.. Tapi jika jawapan daripada fikiran dia akan banyak terhalang disebabkan benda lain.. Jika fikiran ingin menyatakan kebenaran, akan ada penghalang menyatakan contohnya, "kalau berkata jujur, ukhuwwah akan rosak", "kalau berkata jujur nanti dia terasa hati plak".. Tapi kalau jawapan hati tidak akan ada bisikan sedemikian kecuali jika syaitan datang untuk menghasut :).. Jadi banyakkan menjaga hati supaya tidak dihasut syaitan..

Ana rasa perkongsian ini tidak lah berapa sangat cuma ingin berkongsi pandangan ana dalam memberikan jawapan..

No comments: