JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, August 27, 2011

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI..



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EDIULFIRTI BUAT SEMUA INSAN YANG BERMAKNA DALAM HIDUP SAYA. MOHON AMPUN DAN MAAF ATAS SEGALA KHILAF YANG PERNAH DILAKUKAN, YANG SEDANG DI LAKUKAN DAN YANG AKAN DILAKUKAN.. UCAPAN BUAT :
  • FAMILY TERCINTA (MY BELOVE DAD, MUM, SIBLINGS, ANAK SAUDARA, KAK AND ABG2 IPAR).
  • PARA PENSYARAH DAN TENAGA PENGAJAR ANA.
  • UNTUK ABANG FAIZUL, KAK SYAHAADAH, HAIKUNAFSI, ANA AMNAH DAN YANG RAPAT DALAM IDUP ANA NI.
  • BUAT KAWAN2 TERCINTA (KAWAN SMKATS, PLKN, KDH, KIPSAS AND SEMUA NYA).
  • BUAT PEMBACA BLOG ANA.
  • JUGA BUAT SEMUA UMAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

Thursday, August 25, 2011

KISAH DONGENG AZLAN!!

 
Hamdallah hari ini diberi kesempatan oleh ALLAH SWT untuk aku melakarkan perkongsian diri ini.. Tetiba ja dikeheningan malam ini merindui.. Rindu yang amat sangat tahu tak?? Agaknya rindu sapa lah tu yaa?? Hehehe.. Rindu pada seseorang yang sangat memberi makna dalam hidup aku.. Yang banyak mengajar aku dalam kehidupan aku ini.. Juga yang banyak menjadi peneman dalam apa keadaan sekalipun yang aku harungi.. Siapa kah dia??
 

 
Ya rindu siapa?? Hehehe rindu sama BLOG aku yang tercinta ini.. Hehehe malam ni ada baur-baur perasaan dalam penulisan kan?? Hehehe ada lah tu sedikit perkongsian.. Kalau stacy punya lagu kisah dongeng ni aku pula punya kisah.. KISAH DONGENG AZLAN!! Erm seharian ni layan gila lah lagu stacy tu.. Peh best gila lagu tu penuh dengan makna.. Hari ini juga lah lagu tu merasakan aku temui semula diri aku.. Hehehe seolah-olah dapat motivasi kan?? Buat apa kita meyayangi seseorang yang sukar untuk menerima sayang kita apa adanya kan?? Hehehe betul tak??


Alahai lah jiwag pulak si AZLAN ni malam-malam gini.. Lama tak ada mood jiwang-jiwang dekat blog ini udah kan?? Jadi tidak salah sekali sekala.. Hehehe sebenarnya ana mahu kongsi berkaitan lagu kisah dongeng tu.. Hehehe itulah rasanya rintihan hati aku kot.. Best gila part chours nya tu.. Liriknya ;

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja 


Itulah aku mahu katakan itu juga kisah dongeng aku.. Hehehehe.. Kisah dongeng yang akan jadi realiti :).. INSYAALLAH.. Pengajaran daripada lagu itu ialah, kita sayangi orang itu berpada-pada.. Itulah yang aku buat mulai hari ini.. Sebenarnya banyak benda yang mau share soal perasaan ni.. Cuma untuk masa sekarang ni akan kongsi tapi bukan dekat blog ini lagi.. Agaknya kenapa?? Da lupa ker dengan blog ini?? Hehehe biasalah kan macam ana ni terlalu popular jadi ramai yang selalu follow up dengan blog ini  untuk mengetahui isi hatiku ini terutamanya someone itu.. Kalau kata lupa dengan blog ni INSYAALLAH mustahil lah :)

P/S : 

BUKAN TIDAK INGIN BERKONGSI SOAL KEHIDUPAN ANA DI RUANGAN INI.. TAPI SEKARANG INI RASANYA BUKAN MASANYA.. HEHEHE ADA INSAN YANG RAJIN BERKUNJUNG KE BLOG ANA NI.. ITU YANG KENA ELAK PENULISAN BERBENTUK PERASAAN NI.. KENA BETUK ILMIAH JAK.. HEHEHE..

KEPADA INSAN-INSAN YANG RASANYA MAHU TAHU CERITA ANA TU NANTI CONTACT2 LA..JANGAN SOMBONG2.. TIDAK RUGI JUGA LAU CONTACT ITU.. MAINLY KEPADA INSAN YANG SELALU BERKUNJUNG KALAU ADA KRISIS DENGAN ANA ITU.. KALAU MAHU TAHU PERASAAN ANA, TIDAK PERLU LIHAT PADA BLOG INI TAPI TERUS TANYA PADA TUAN PUNYA BADAN SENDIRI YA.. HEHEHE.. MOOD SEDIH SIKIT JA...

MOOD = GEMBIRA SANGAT KERANA HAMDALLAH HARI INI ALLAH BAGI KETENANGAN :)

KISAH DONGENG - STACY -

 

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

SEKADAR CORETAN HATI

carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN..
supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran..
setiap yang payah itu, pastinya ada KESENANGAN..
setiap kesabaran itu, pastinya ada GANJARAN..
jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh MENGHALANGNYA..
namun jika sesuatu itu tidak ditakdrikan buat kita, pasti kita tidak akan memperolehi nya walaupun ia berada didalam GENGGAMAN kita...

Wednesday, August 24, 2011

PENULISAN YANG TIDAK BERMAYA

Hamdallah dikeheningan malam ini ALLAH SWT berikan kekuatan untuk berkongsi sedikit cerita diruangan ini.. Sekian lama mendiamkan diri kan.. Hehehe jangan risau saya masih hidup lagi.. Entah la sekarang ni mood penulisan itu belum datang lagi.. Banyak betula masalah hati dan perasaan yag melanda.. Hehehe insyaALLAH selepas raya nanti akan giat semula dalam penulisan..

Saturday, August 20, 2011

PERTARUNGAN IMAN DAN NAFSU

Ketika membahagiakan diri sendiri, pernahkah kita terfikir untuk membahagiakan orang lain?

Perlu kita renung dalam-dalam dan muhasabah diri.
 
Di dalam kehidupan kita seharian, berapa ramai orang yang telah kita bahagiakan?
 
Telah kita penuhi hak mereka dengan menolong ketika mereka perlukan bantuan?
 
Adakah kita telah memberi nasihat, ketika mereka membutuhkannya?
 
Adakah kita telah meminjamkan wang ketika mereka benar-benar di dalam kesempitan?

Tidak kiralah siapa mereka itu, keluarga sendiri, jiran, sahabat-sahabat, pengawal keselamatan di kawasan perumahan kita, penyapu sampah di pasar, ataupun orang yang tidak pernah kita kenal atau berjumpa sebelum ini.

Kehidupan bukan sekadar untuk makan, minum, bekerja, berumah tangga, melancong dan berseronok, tetapi lebih daripada itu iaitu, memanfaatkan kehidupan untuk mendapat keredhaan al-Haqq 'Azza wajjalla selain mengecapi kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. 

Sabda Rasulullah S.A.W :
"Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain, berakhlak mulia, mempelajari al-Quran dan mengajarkannya, serta orang yang umurnya panjang tapi banyak amal kebajikannya."
 
Dalam apa jua kerja dan ibadah yang dilakukan, semua di antara kita mahukan yang terbaik, sekurang-kurangnya dapat memuaskan hati sebagai laluan awal untuk mengecapi nikmat kebahagiaan; suatu fitrah yang dikurniakan Allah S.W.T kepada kita.

Namun, kadang-kala kayu ukur yang kita gunakan dalam menilai apa yang sedang kita lakukan kurang sesuai. 

Yang halal itu jelas, dan yang haram juga begitu, namun bila berada di pertengahan halal dan haram, kadang-kala kita cenderung untuk menghalalkannya.

Dalam kehidupan ini, kita selalu berperang dengan diri sendiri untuk menggapai kebahagiaan.



Pertarungan antara Iman dan nafsu!

Sebaik-baik manusia, sudah pasti pernah melakari sejarah hidup yang terbina di atas kekalahan Iman dalam pertarungan. Nuasa berdengung seketika, dalam keluar naik nafas kita, ke manakah pilihan yang harus dipilih.

Namun selagi nafas belum berhenti dan menyedari pertarungan belum berakhir, jangan sesekali kita berputus asa untuk memilih dan melakukan yang terbaik mengikut kayu ukur keimanan kita. Teruslah berjuang untuk kebahagiaan dunia dan Akhirat.

Walau sesekali kita rebah, bangkitlah segera kerana rahmat-Nya cukup luas. Sewaktu menjalani hidup ini, tiada yang lebih baik daripada dua kebajikan. Beriman kepada Allah S.W.T, itu yang pasti dan memberi manfaat kepada orang lain.

Manusia yang paling baik, adalah seorang yang dermawan dan bersyukur dalam kelapangan dan kesenangan, yang sering mendahulukan orang lain serta selalu bersabar ketika di dalam kesulitan..

Hadis Rasulullah S.A.W:
"Tidaklah seorang penzina itu berzina tatkala dia sedang beriman, tidaklah seorang pencuri itu mencuri tatkala dia sedang beriman dan tidaklah seorang peminum arak itu meminum arak tatkala dia sedang beriman." (Riwayat Bukhari).

Selagi Iman bertapak kukuh di hati, selagi Iman tidak tercabut selama itu manusia akan tetap menolak ajakan nafsu.

JIWA TERASA KOSONG?

"... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)

Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
 


Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
 
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
 
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!

Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.

Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
 
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
 
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.

Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
 
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.
Isi hatimu...
 
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
 
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.

Bertawakkallah kepada-Nya
 
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...

Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!

TIPS 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.

Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!
Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.

Tips
 
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.



4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.

BERSABARLAH

Ketika al-Syibli melalui satu jalan yang bernama Marastani, tiba-tiba dia dihalang oleh sekelompok orang yang datang kepadanya. Lalu al-Syibli bertanya, "Siapakah kamu?"
Jawab mereka, "Kami ialah kekasihmu yang datang menziarahimu."

Kemudian al-Syibli melemparkan mereka dengan batu-batu kecil sehingga mereka lari meninggalkannya. Pada saat itu al-Syibli berkata, "Jika benar engkau menyintaiku, tentu kamu sabar menerima ujianku ini."



Saya akui saya tertekan sekarang dengan pelbagai perkara yang sememangnya sangat mengganggu aturan seharian saya. Namun, saya cuba untuk tidak mengeluh kerana saya tahu semua ini Allah turunkan kepada saya kerana saya layak dan mampu untuk menanggung.

Saya terkadang letih untuk terus menahan perasaan tanpa membuka mulut bercerita. Terasa membengkak di dalam dada ini dan hanya tunggu masa untuk meletup tetapi apakan daya, saya masih ada Tuhan yang Maha Mendengar. Saya tahu, akan ada pahala buat saya selagi mulut tidak mengeluh dengan ujian yang diberikan.
 
Al-Jurjani berkata, "Sabar ialah perbuatan meninggalkan segala keluh kesah tentang pedihnya cubaan dan musibah yang menimpa kepada selain Allah."

Saya mengurut dada sendiri petang tadi sambil melafazkan zikir. Meredakan berat beban yang tersimpan. Memerhatikan gerakan air di tasik dan ditemani tupai-tupai yang melompat dari satu dahan ke dahan. Hanya saya dan Allah sebenarnya yang tahu apa yang saya rasai dan alami. Kawan-kawan mungkin ada yang tahu tetapi berapa kerat sangat daripada berkeping-keping papan perasaan yang saya tanggung. Tidak cukup papan-papan itu untuk membina sebuah arca pengertian!

Namun saya bersyukur kerana meskipun saya sedih dan tertekan, Allah masih meminjamkan kewarasan kepada saya untuk mencari jalan ketenangan meskipun penyelesaiannya masih kabur, namun pasti ada!
Al-Junaid juga pernah berkata, "Sabar adalah perbuatan menelan kepahitan tanpa bermasam muka."
Biarpun begitu, mungkin ada ketikanya saya terbabas dalam memaniskan riak. Ampunkan diriku yang lemah wahai Tuhan yang Maha Menguasai Alam.

Saya bukan seorang yang gagah perkasa perasaannya namun saya pula tidaklah mudah dikecewakan. Kerana hanya Iman yang akan meredhakan setiap yang berlaku. Walau apa yang terjadi, pastikan kita menyebut dan memohon pertolongan daripada Allah S.W.T, dari DIA ujian ini datang, hanya DIA punyai jalan penyelesaiannya.

Ulama' sufi pernah menyebut, "Makhluk yang meminta pertolongan kepada makhluk samalah seperti banduan yang terpenjara meminta bantuan daripada banduan yang juga terpenjara."
Kembalilah pada Allah, pasti kita akan bertemu ketenangan. Semoga Allah membalas kesabaran ini dengan ganjaran yang sewajarnya.

Thursday, August 18, 2011

POSTING YANG BERBEZA??

Hamdallah dikeheningan malam ini ALLAH SWT berikan aku kesempatan untuk berceloteh sedikit diruangan ini.. Bertemankan udara malam yang dingin dan milo ais yang enak menyebabkan mood penulisan begitu tinggi.. Kwang3.. Padahal kongsi biasa-biasa jak bah.. Hahahaha lucu.. Firstly nak ucap jutaan terima kasih pada insan-insan yang mengenali diri ini.. Hehehe ramai yang kata posting ana akhir-akhir ni lain macam jak.. Hehehe memang soal hati kot.. Tapi berkaitan apa ya?? Mungkin persahabatan, mungkin perhubungan angkat, mungkin soal jodoh (kui3x) dan sebagainya.. Apa pun terima kasih atas perhatian daripada UMMI KDH, KAK SYAHAADAH, HAIKUNAFSI, FAIZUL dan SAPA2 LAGI la atas keberkesanan perubahan posting ana (buat ayat yang agak lucu sedikit).. Tapi itu lah hati kadangkala ALLAH turunkan sedikit tapi bolak balik nya banyak.. Tapi don't take easy about that thing!! Kena tadabbur juga.. Hehehe akhir-akhir ja ni banyak penulisan soal hati.. INSYAALLAH sekarang sudah mula seimbang semula.. Hehehe nanti posting akan seperti biasa lah tu.. Gimik jak mungkin cakap soal hati itu..

P/S :
  1. Buat UMMI KDH : Hehehe of course la akan ingat pada UMMI.. Centre of sharing.. Hehehe juga merangkap penasihat yang baik.. Thanks ya UMMI sudi berkunjung di blog yang tidak setanding dengan blog UMMI.. Biasalah luahan hati budak2 baru mahu capai tahap pra-matang kan..?? Hahahahaha.. UMMI da dekat tempat baru jangan lupa kami pula.. Hehehe tak ada orang yang bagi big support kalau mau buat program :(..
  2. Buat KAK SYAHAADAH : Thanks ya banyak bagi nasihat.. Insan yang saya cakap itu biarlah jadi tanya tanda.. Kenali lah dia melalui akhlaknya sahaja kak.. Tu pun da cukup.. Juga syukran jadi pendengar di saat genting.. Nasihat kak akan terus di ingat dan terima kasih banyak meluangkan masa untuk mendengar..
  3. Buat HAIKUNAFSI : Ya walaupun sudah tidak ingin berkujung di blog ini tapi terima kasih pernah juga berkunjung.. Terima kasih atas segalanya mainly atas perkongsian, nasihat dan sebagainya.. Apa pu kita tunggu ALLAH bagi jawapan atas segalanya kan?? Hehehe thanks a lot for the spiritual given!!
  4. Buat ABG FAIZUL : Thanks banyak2 atas segalanya.. Jasamu tidak akan dilupakan.. Akan sentiasa diingat sehingga ke akhir hayat.. Semoga ALLAH membalasnya.. Semoga beroleh kebahagiaan dan kebaikan di dunia ini.. Apapun setiap perkara itu tempuhi dengan gembira.. Don't be sad.
  5. Para pengunjung : Thanks atas kesudian membaca.. Hehehe tak dapat mention sapa2 sebab tak tahu sapa yang ada kunjung blog saya ni.. Tahu tempat pengunjung tu ja.. Apapun terima kasih ye semua..
Sengaja guna nama gelaran masing-masing.. Nanti saling mengetahui antara satu sama yang lain.. Wawawa nanti pecah rahsia ana.. Hehehehe.. Apa pun blog mulai hari ini akan kembali pada azalinya.. Tidak akan acap kali hanya menyentuh soal perasaan.. Sebab kalau kata nak elak terus tu memang lah mustahil kan?? Jadi elak sikit-sikit dulu.. Nanti lama-lama elak sepenuhnya la..

TENTANG PERASAANKU

aku takkan lelah menunggu
hingga waktu ajal menjemputku
takkan pernah sesalku untuk menunggumu

aku harus tetap menunggu
hingga nanti aku berbaring
sampai mati aku akan tetap menunggumu

reff:
ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
ingin ku bagikan semua hanya untukmu
agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu
ku ingin kau tahu tentang perasaanku
ku ingin kau tahu besar cinta padamu
ingin ku berikan sisa waktuku
dan sisa hidupku sampai mati
aku harus tetap menunggu
hingga nanti aku berbaring
sampai mati aku akan tetap
akan tetap menunggumu

repeat reff 

ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
ingin ku bagikan semua hanya untukmu
agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

repeat reff

Wednesday, August 17, 2011

FACEBOOK OH FACEBOOK

Hamdallah dikeheningan malam ini, aku dapat membuat sedikit perkongsian dengan antum semua.. Bayu malam yang sejuk dan dingin merasakan aku terasa sentuhan dan nikmat daripada ALLAH SWT.. Erm penulisan aku kali ini aku lakukan dihadapan rumah iaitu di berada rumah.. Rasa seronok duduk didepan rumah ni sambil dengar lagu.. Ini kali pertama aku lepak depan rumah sampai jam begini.. Hehehehe.. Sebenarnya perkogsian aku malam ini berkaitan dengan facebook.. Facebook oh facebook.. Sebenarnya keinginan aku untuk menggunakan facebook itu mulai ada tapi entahlah terasa macam berat pula.. Beberapa hari ini dah cuba active kan semula.. Tapi tak sampai sepuluh minit pun dah deactivated semula dah.. Rasa macam tak tetap hati ini nak gunakan facebook itu.. Dalam erti kata lain langsung tak berminat dah.. Hehehehe bagi aku guna blog ini more better than facebook.. Tapi setiap orang kan ada pandangan masing-masing.. Mungkin keputusan aku untuk deactivated facebook untuk sementare itu telah bertukar.. Mungkin aku aka deactivated ia untuk selama-lamanya.. Apa pun aku rasa dah cukup gembira dengan adanya blog ini.. Blog ni banyak berjasa buat aku.. Thanks ya blog :)

MOTIVATOR

THE BEST MOTIVATOR IS YOURSELF :)

OH HATI

JANGAN DISALAHKAN PADAHATI..
ANDAI HATI MEMBENCI SESUATU YANG PERNAH IA SAYANGI..

JANGAN DISALAHKAN PADA HATI..
ANDAI HATI MENJADI TAWAR UNTUK PELBAGAI PERKARA..

JANGAN DISALAHKAN PADA HATI..
ANDAI HATI SUKAR UNTUK MENERIMA SETIAP APA YANG DIBERI..

MAAF ATAS HATI INI..

Monday, August 15, 2011

DI SUDUT KAMAR HATIKU


TENTANG PERASAANKU


SEGALA CINTA


SEGALA CINTA

Cahaya itu tlh hlng,meninggalkan semua yg prnh di teranginya
Cahaya itu tlh kabur,menghapus semua yg prnh ada disekitarnya
Cahaya itu mula redup,apabila embun yg mula dtng,tetapi cahaya itu sukar dipadam walaupn di dlm kegelapn yg sedng mendtng.........:'(....^_^....​)':
Segala Cinta

Siapa lagi nak kuserahkan
Tentunya kepada-Mu Tuhanku yang kalam
Segala duka satu keindahan
Segala cinta satu kedamaian

Siapa lagi ingin kumiliki
Setelah memutih warna pelangi
Tiada kejora di langit tinggi
Telah kutahu saat dan ketika

Jikalau dapat kusempurnakan cinta
Di balik tembok usang yang terpisah dan terasing
Jikalau hadirku untuk selamanya
Tidak ada sengsara
Bersenandung... seperti di dalam istana
Oh... bergurau manja
Seolah cinta tidak pernah hilang

Siapa lagi nak kupercayakan
Di balik rindu yang tak terkira
Sengaja kusembunyikan dari mata
Berabadlah selamanya

( solo )

Jikalau dapat kusempurnakan cintamu kembali
Berseri ke akhirnya oh suci
Jikalau teruji kehadiran ini
Serahkan keindahan kedamaian
Oh... kedamaian, semua (sebuah) cinta

Siapa lagi ingin kumiliki
Setelah semua putih warna pelangi
Tiada kejora di langit yang tinggi
Syukurnya pada-Mu Tuhanku yang kalam
Aku persembahkan oh...

Segala duka satu keindahan
Semua cinta satu kedamaian

PANGGILAN

Hamdallah hari ini diberi sedikit kesempatan untuk berkongsi diruangan tercinta ini.. Sebenarnya keinginan untuk berkongsi semalam adalah tinggi.. Tapi disebabkan oleh halangan-halangan tertentu maka aku tidak dapat melakarkan perkongsian cerita aku.. Semalam aku sedih yang teramat sangat.. Hamdallah juga kesedihan itu telah ALLAH ambil cuma tidak tahu sama ada dalam keadaan seketika atau untuk selamanya.. Tapi harapan aku ialah ianya diambil untuk selamanya.. Hehehe manalah ada manusia yang mahu hidup didalam gelombang kesedihan.. Betul kan?? Erm hari ini juga aku merasakan lain daripada hari yang lain.. Rasanya daripada semua sudut kehidupan aku.. Hehehe.. Erm nak kongsi, biasanya kalau aku on telefon aku, ia akan kerap kali berbunyi.. Cuma sekarang ini aku menukar nombor telefon aku sama ada seketika atau selamanya?? Itu tidak pasti lagi.. At least dah tukar tiada lah ganguan anasir-anasir luar lagi  untuk seketika ini.. Biar aku mencari ketenangan dan kesegaran untuk jiwa dan hati aku.. Erm hari ini aku nak berkongsi soal ukhuwwah yang aku maksudkan pada penulisan-penulisan aku sebelum ini.. Dalam soal perhubungan, kita perlu meletakkan hati kita pada martabat yang tinggi agar kita rasa hubungan yang dilakukan itu.. Erm hari ini ALLAH berikan aku kekuatan untuk tidak mengingati seketika segala ukhuwwah yang terjalin.. Wah jahatnya juga :p.. Bukan untuk lupa selamanya tapi untuk merefresh seketika segala storage yang ada.. Hehehe.. Erm tapi hamdallah semalam aku memperolehi jawapan daripada ALLAH atas ukhuwwah yang terjalin.. Jawapan yang sangat pasti atas segala keraguan.. Cuma selebihnya kita tunggu dan lihat kemana hala tuju yang ALLAH tentukan.. Apa pun segala keputusan itu aku terima dengan redha.. Bak kata sorang teman itu, LET IT BE..

Friday, August 12, 2011

AKU SEDIH

Hamdallah hari ini ALLAH bagi kesempatan untuk bertemu blog tercinta.. Seperti biasalah kalau rasa sedih, gembira dan sebagainya aku akan cari blog aku ini.. Rasanya dialah sahabat aku yang paling setia.. Mesti best kalau blog ini pun boleh berkata-kata kan?? Mesti dia jadi sahabat baik buat diri aku..