JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Tuesday, July 19, 2011

TERIMA KASIH ATAS UKHUWWAH-MU TUHAN

Hamdallah ya ALLAH atas segala nikmat yang engkau kurniakan.. Berkat doa yang aku panjatkan engkau permudahkan juga dan engkau menunjukkan juga.. Jawapan yang aku nantikan akhirnya engkau bagi dengan jawapan yang sangat gembirakan sangat.. Jawapan pada seluruh kekeliruan pada ukhuwwah aku akhirnya ALLAH SWT berikan jawapan secara sekali gus.. Malam ini aku gembira sangat.. Dari semalam sehingga ke hari ini terlalu banyak nikmat, kegembiraan dan hiburan yang ALLAH SWT berikan dengan aku.. Hehehe aku cuba menqiyaskan dengan peristiwa RASULULLAH SAW.. Waktu tahun kesedihan tu kan?? Tahu kan?? Ketika itu ALLAH mengambil bapa saudara (tak silap) dan isteri RASULULLAH SAW.. Ketika itu RASULULLAH besedih namun tetap dengan kesabaran yang tinggi.. Itulah nikmat apabila kita sabar, maka ALLAH SWT akan berikan sesuatu yang sangat hebat yang berada diluar jangkaun pemikiran kita.. Ketika tahun kesedihan itu ALLAH SWT mengurniakan kepada RASULULLAH peristiwa isra' dan mikraj.. Untuk diri aku pula ALLAH SWT kurnia kan mahabbah dan rahmah.. Subhanallah satu benda yang sangat agung.. Akhir-akhir ini terlalu banyak benda yang menguji aku.. Terutamanya dalam bab ukhuwwah.. 

Rupanya ALLAH menguji kerana ingin melihat kesabaranku.. Ini adalah merupakan satu perkara yang aku rasakan agak besar diuji dalam diriku.. Hamdallah berkat kesabaran dan doa yang aku panjatkan, ALLAH memperkenankan doa-doa yang aku pohon.. Inilah kali pertama aku banyak bermain perasaan dengan hati disebabkan oleh ukhuwwah.. Ia adalah satu benda yang sangat menarik dan sangat nikmat buat diri aku yang lemah ini.. Kejayaan yang kita perolehi tidak akan terasa sebagai satu nikmat jika tidak mendapat sentuhan daripada ALLAH SWT.. Tapi ia menjadi sangat nikmat jika ALLAH sertakan dengan keredhaan nya.. Aku rasa kali ini aku mendapat nikmat yang kedua itu.. Hamdallah dan syukur sangat-sangat ya ALLAH :)

 

ya ALLAH aku sangat bersyukur dengan kurniaan ukhuwwah yang engkau berikan kepada aku.. Mungkin orang tertanya-tanya apa yang special sangat kan?? Sebenarnya aku mampu tahan diri jika diuji dengan pelbagai perkara.. Tapi jika diuji dengan kesabaran dan ukhuwwah aku sangat lemah.. Kesabaran itu dapat aku atasi mula aku semester empat.. Mungkin dapat gred lulus daripada ALLAH SWT maka ALLAH SWT uji benda lain pula iaitu ukhuwwah.. Sebab itu lah aku gembira sangat kerana aku rasa ia adalah satu kejayaan yang sangat besar dalam hidup aku..



Hehehe cakap punya cakap rupanya tak sampai lagi pada isi.. Baru muqaddimah.. Dan sebenarnya isi itu pun tak nak dikongsi.. Biarlah dia jadi rahsia hati sahaja.. Hehehe antara aku, ALLAH SWT, dia dan sahabat.. Hehehe pelik tu.. Tapi insyaALLAH jika hati telah terbuka untuk menyatakan segala-galanya, ana akan share dengan antum semua.. Syukran atas kesetiaan follow blog ana ni dan sudi baca catatan yang mengarut ini :).. Semoga antum juga beroleh apa yang kamu doakan dan apa yang kamu inginkan.. Aminn ya rabb.. Assalamualaikum semua :)..

MOOD : GEMBIRA SANGAT + EXCITED + TERHARU + RISAU + TAKUT

YA ALLAH PELIHARA LAH UKHUWWAH HAMBA MU INI.. JAGALAH HATI HAMBA MU INI DAN HATI-HATI YANG BERADA DISEKELILING HAMBAMU INI.. AMIINN..

No comments: