JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, July 17, 2011

LUAHAN HATI YANG KERDIL

Hamdallah hari ini ALLAH SWT masih lagi memberikan aku kesempatan untuk berdiri di bumi yang fana ini.. Syukur yang tidak terhingga atas segala nikmat dan kurniaan yang ALLAH SWT berikan kepada diriku.. Sebenarnya hari ini aku ingin membuat sedikit perkongsian dengan antum semua.. Tajuk luahan yang aku nak buat ialah LUAHAN HATI YANG KERDIL.. Terasa pedih dan sakit hati ini menerima pelbagai kenyataan yang diberikan dan yang disalurkan oleh akal.. Jika boleh dihalang akal daripada menghantar berita kepada hati, nescaya itu yang aku lakukan.. Jika aku diberi peluang oleh ALLAH SWT, aku ingi berada di suatu tempat yang mana aku hanya bersendirian tetapi disaluti dengan elemen kegembiraan dalam hari yang aku lalui.. Namun hakikat hidup ianya adalah perkara yang agak mustahil.. Hari demi hari, waktu demi waktu silih berganti.. Setiap kehidupan kearah perubahan sama ada kearah yang baik mahupun tidak.. Ya ALLAH berikan aku kekuatan.. Semakin hari, kawan-kawan semakin jauh mengorak langkah meninggalkan ku.. Namun aku masih lagi tetap pada langkah ku yang asal.. Bukan aku tidak mencuba.. Aku mencuba dan mungkin ini adalah jalan yang terbaik yang menjadi pilihan aku.. Jiwa terasa kosong namun ianya tetap terisi dengan khayalan kemabukan cinta daripada ALLAH SWT.. Ya ALLAH kurniakan lah aku kebaikan di dunia dan kejayaan di akhirat kelak :(.. Sebenarnya banyak benda yang membuatkan aku terasa sedih sangat hari ini namun aku rasakan ruangan ini bukanlah tempat untuk aku menyatakan segala-galanya.. Cukup dengan hanya aku menyatakan sedikit agar bebanan yang ditampung oleh minda dan hati berkurangan,, Terima kasih pada sesiap yang sudi memabacanya..

No comments: