JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Friday, June 3, 2011

SUMPAH DAN KAFFARAH SUMPAH

2.0.BERSUMPAH
2.1.PENGERTIAN BERSUMPAH
Perkataan “aiman” adalah jama bagi perkataan “yamin”. Dari segi bahasa, sumpah bermaksud kekuasaan. Perkataan “yamin” juga bermaksud tangan kanan kerana terdapat kekuatan pada tangan tersebut. Manakala mengikut pengertian istilah pula, yamin diertikan sebagai menguatkan maksud kata-kata yang tidak thabit dengan menyebut salah satu daripada sifat Allah dalam lafaz yang tertentu. Lafaz yang menguatkan kata-kata yang thabit seperti “demi Allah”.


2.2.KAFFARAH SUMPAH
Surah al-Ma’idah ayat 89 mafhumnya:
89. kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu Yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya Dengan sebab sumpah Yang sengaja kamu buat Dengan bersungguh-sungguh. maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan Yang sederhana Yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. kemudian sesiapa Yang tidak dapat (menunaikan denda Yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamanya) supaya kamu bersyukur.


2.3.MUNASABAH AYAT
2.3.1.MUNASABAH AYAT SEBELUMNYA
Munasabah ayat sebelumnya adalah berkaitan dengan larangan mengharamkan makanan yang halal. Ayat 88 surah al-Ma’idah menceritakan bahawa makanan yang halal adalah lebih baik daripada apa yang Allah telah rezekikan. Ayat ini juga menyeru manusia agar bertaqwa kepada Allah dengan mengimaninya serta beriman kepada Allah SWT.
2.3.2.MUNASABAH AYAT SELEPASNYA
Munasabah ayat selepasnya adalah berkaitan dengan larangan meminum arak atau khamar, berjudi, berkorban untuk berhala dan mengundi nasib. Ayat 90 surah al-Ma’idah ini menceritakan bahawa perbuatan tersebut adalah diharamkan dan merupakan perbuatan yang keji. Ianya merupakan perbuatan yang termasuk dalam amalan syaitan. Ayat ini juga menyeru agar menjauhi perbuatan-perbuatan ini supaya mendapat keberuntungan.


2.4.HURAIAN AYAT
Ayat tersebut (surah al-Ma’idah ayat 89) dimulai dengan menyatakan hukum bersumpah tanpa niat. Hukuman tidak dikenakan kepada orang yang melakukan sumpah tanpa niat. Tetapi hukuman dikenakan jika sumpah yang dilakukan dengan niat. Kandungan ayat tersebut juga turut menyatakan hukuman terhadap sumpah. Maka bagi orang yang melanggar sumpah dikenakan kaffarah sumpah iaitu member makan kepada sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu. Selain itu memberi pakaiana kepada sepuluh orang miskin atau memerdekakan seseorang seorang hamba. Turut ditegaskan bahawa, sesiapa yang tidak mampu melaksanakan kaffarah yang telah dinyatakan tadi, maka kaffarahnya lain adalah berpuasa selama tiga hari. Jelas dinyatakan kaffarah sumpah yang perlu dilaksanakan oleh seorang yang bersumpah. Disamping itu, ayat ini juga melarang setiap individu daripada bersumpah. Jika sumpah dilakukan juga, pesumpah tersebut kena menjaga sumpah yang telah dilakukan. Diakhir ayat turut diselitkan peringatan yang mana Allah SWT menerangkan hukum-hukumnya kepada makhluknya agar makhluknya tahu bersyukur.


2.5.HUKUM BERSUMPAH
·         Pada umumnya hukum bersumpah adalah makruh. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 224 yang mafhumnya berbunyi :
224. (dan janganlah kamu jadikan nama) Allah Dalam sumpah kamu sebagai benteng Yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa mengetahui.
  • Hukum haram pula apabila bersumpah pada sesuatu yang haram yang mana meninggalkannya adalah wajib atau sumpah bohong yang tidak berasas sama sekali.
  • Hukum wajib dalam bersumpah pula adalah apabila ia merupakan satu-satunya cara untuk menyelamatkan orang yang teraniaya atau untuk membuktikan kebenaran. 
  • Manakala hukum bersumpah harus apabila tujuan bersumpah untuk kebaikan, menjauhi maksiat, membimbing kepada kebenaran atau menghindari kebenaran. Sebagai contoh dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi :Maksdunya : Sabda Nabi Muhammad SAW, “Demi Allah, Allah tidak jemu membalas amalan kamu dengan pahala sehinggalah kamu jemu melakukannya.
  • Bersumpah juga jatuh hukum sunat apabila untuk meyakini seseorang terhadap nasihat yang diberikan dan jika diyakini ianya adalah satu-satu jalan yang dapat meyakinkan.


2.6.SYARAT-SYARAT BERSUMPAH
  • Sesuatu lafaz dianggap sumpah atau sah sebagai sumpah dengan syarat-syarat berikut :
  • Orang yang bersumpah waras dan baligh.
  • Sumpah yang tidak sesia.
  • Bersumpah dengan menggunakan nama atau sifat Allah SWT.


2.7.JENIS SUMPAH
Terdapat dua jenis sumpah iaitu :
  • Nyata. Setiap sumpah yang dilakukan dengan menyebut khusus nama Allah. Seperti “aku bersumpah dengan nama Allah”. Sumpah nyata ini dianggap sah sebaik-baik sahaja ia dilafazkan walaupun tanpa niat.
  • Tidak nyata. Bersumpah secara umum dengan menjurus kepada maksud Allah SWT. Seperti “aku bersumpah dengan pencipta”. Sumpah tidak nyata ini dianggap tidak sah kecuali dengan niat dan tujuan bersumpah.


2.8.HUKUM MELANGGAR SUMPAH
Hukum melanggar sumpah dapat dilihat dalam dua situasi yang berbeza iaitu :
  • Melanggar sumpah dengan tidak melaksanakannya pada masa yang telah ditetapkan. Contohnya seseorang yang bersumpah akan bersedekah pada hari tertentu tetapi dia tidak melakukan sumpah pada hari yang telah ditetapakannya maka golongan ini wajib dikenakan denda.
  • Melanggar sumpah disebabkan pernyataan yang tidak benar yang cuba diyakinkan dengan bersumpah. Contohnya, seseorang yang bersumpah bahawa dia adalah pemilik kepada sesuatu barang tersebut sedangkan dia sendiri menyedari barang tersebut bukan miliknya. Sumpah ini dinamakan sumpah bohong dan pelakunya akan menerima azab yang berat dari Allah SWT dan dikenakan denda kerana sumpah tersebut tidak sah.


2.9.DENDA MELANGGAR SUMPAH
Sesiapa yang mendustai sumpah, maka wajib membayar denda satu daripada empat perkara yang berikut :
  • Memerdekakan seseorang hamba lelaki atau perempuan yang mu’min jika ada.
  • Memberi makan kepada sepuluh orang miskin mengikut makanan asasi sebuah Negara tersebut dengan kadar secupak. Member makanan disini bermaksud wajib memberi makanan kepada orang miskin dan tidak memadai jika hanya menjemput mereka menikmati jamuan makan dirumah.
  • Memberi pakaian yang biasa dipakai kepada sepuluh orang miskin.
  • Jika tidak mampu melaksanakn ketiga-tiga hukuman diatas disebabkan halangan kesusahan, maka wajiblah berpuasa selama tiga hari tanpa putus. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah ayat 89 yang mafhumnya berbunyi : 
89. kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu Yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya Dengan sebab sumpah Yang sengaja kamu buat Dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan Yang sederhana Yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa Yang tidak dapat (menunaikan denda Yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamanya) supaya kamu bersyukur.

No comments: