JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Friday, June 3, 2011

SECEBIS CORETAN BUAT TEMAN

Seorang teman itu sangat bermakna dalam hidup temannya yang lain.. Kita boleh hidup tanpa punyai pasangan hati.. Namun kita tidak dapat hidup tanpa teman disisi.. Persoalannya mengapa kita memerlukan teman?? Kerana teman boleh menggantikan tempat kekasih.. Teman boleh menggantikan tempat guru kita.. Teman boleh menggantikan tempat keluarga kita.. Pendek kata teman ini serba boleh.. Boleh buat transformasi.. Berfungsi dalam pelbagai tempat dan pelbagai situasi.. Namun teman itu jugalah yang banyak menyebabkan kita sakit hati dalam kehidupan.. Apa yang penting kita perlu mencari seorang teman yang mampu bersama kita.. Ketika senang tempat untuk bergembira dan ketika susah adalah tempat untuk berkongsi kesedihan.. Namun masa kini agak sukar memperolehi seorang teman yang sedemikian.. Kebanyakan teman itu hanya datang kepada kita ketika ingin mengharapkan sesuatu kepada kita dan meninggalkan kita ketika mereka tidak memerlukan kita.. Sukar agaknya memperolehi seorang teman yang ketika susah dan senangnya bersama kita.. Dalam perhubungan persahabatan kita memang perlu kepada sikap pentingkan diri.. Tetapi pentingkan diri yang bukan over.. Kita pentingkan diri untuk mendapatkan sumber kekuatan yang terdapat dalam diri seorang teman itu untuk diresapkan kedalam diri kita.. Ketika mengambil sumber kekuatan yang terdapat didalam dirinya.. Tetapi jangan melakukan sesuatu yang hanya mementingkan diri kita sendiri sahaja.. Sebab itu dalam persahabatan kita tidak boleh mengharapkan sesuatu yang tinggi pada teman yang kita tidak kenal akan kekuatan perhubungan kita dengan mereka.. Kerana apabila mereka tidak mampu untuk melakukan, kita akan berasa sangat hampa dan kecewa.. Cuba menghargai dan berfikiran positif.. Itulah kunci kepercayaan dalam hubungan persahabatan.. Semoga kita semua beroleh seorang teman yang sedemikian.. Ketika susah dan senang akan sentiasa bersama dengan kita..

No comments: