JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Tuesday, June 7, 2011

PERINGKAT PENDAKWAAN


3.0.9.PERINGKAT PENDAKWAAN

3.0.9.1.PENYIASATAN POLIS
Pada setiap kes yang dikemukakan,pihak Polis memainkan peranan yang penting untuk membuat dan melakukan penyiasatan bagi mendapatkan bukti dan hujah-hujah yang kukuh untuk membuktikan orang kena tuduh sememangnya bersalah ataupun tidak.

 3.0.9.2.PRA-TAHANAN
Selepas penyisatan yang dilakukan oleh pihak Polis menemukan beberapa bukti walaupun tidak kukuh,pihak Polis wajar untuk membuat tahanan kepada orang kena tuduh. Selain itu juga,seseorang individu juga boleh ditahan tanpa bukti apabila pihak mahkamah atau pihak yang berkuatkuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap individu tersebut.Pada peringkat ini,orang kena tuduh masih tidak dijatuhkan hukuman yang tetap.Orang kena tuduh menuggu masa untuk dibicarakan sehinggalah satu keputusan rasmi dikeluarkan oleh mahkamah yang terlibat.

3.0.9.3.PERBICARAAN
Peringkat ketiga dalam acara jenayah ialah,perbicaraan.Setiap kes yang dikemukakan akan mendapat ketetapan untuk melakukan persidangan di mahkamah.Sewaktu persidangan berlangsung,orang kena tuduh dan yang menuduh digalakkan untuk mengemukakan beberapa orang saksi bagi tujuan untuk membela diri mereka sendiri.Apabila bukti yang dikemukakan ketika pembicaraan berlangsung kurang memuaskan sehinggakan berlaku kesamaran,maka perbicaraan akan ditangguhkan.Sewaktu perbicaraan berlangsung,juri akan mendengar dengan teliti bagi menyabitkan kesalahan yang sebenar.

3.0.9.4.HUKUMAN
Setelah perbicaraan selesai,maka pihak mahkamah menjatuhkan hukuman kepada orang tertuduh yang bersalah.Hukuman yang dijatuhkan adalah berdasarkan kepada kegiatan jenayah yang telah dilakukan oleh si pesalah.

3.0.9.5.WANG JAMINAN
Wang jaminan adalah bertujuan untuk membebaskan diri daripada tuduhan yang dikemukakan dengan syarat membayar kompaun yang dipanggil wang jaminan.Wang jaminan yang dikenakan adalah bergantung kepada kes yang disabitkan.Wang  jaminan boleh dilakukan sebelum orang kena tuduh disabitkan bersalah.

3.0.9.6.RAYUAN
Orang kena tuduh yang telah disabitkan kesalahan namun tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah dibolehkan membuat rayuan untuk dipertimbangkan semula kes yang disabitkan kepada pesalah tersebut.

3.0.10.PENAGGUHAN PENJATUHAN HUKUMAN KEATAS YANG TERDAKWA
Jika yang tertuduh atau terdakwa didapati bersalah,hukuman keatasnya akan dikenakan berdasarkan kesalahan yang dilakukan olehnya.Namun terdapat beberapa keadaan yang mana penagguhan dilakukan terhadap pelaksanaan sesuatu hukuman keatas yang terdakwa mengikut budi bicara pihak mahkamah.Hukuman ditangguhkan keatas :
  • Perempuan yang mengandung.
  • Terdapat kesamaran dalam dakwaan.
  • Budi bicara pihak mahkamah.
  • Individu yang sedang mengalami kecederaan.

No comments: