JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Tuesday, June 7, 2011

PEMBUKTIAN DAN KETERANGAN


4.0.PEMBUKTIAN DAN KETERANGAN

4.1.KETERANGAN
Apabila seseorang pendakwa atau yang menuntut sesuatu hak mengemukakan dakwaannya, maka hakim akan meminta supaya dia membuat penjelasan dakwaannya kemudian barulah hakim tersebut bertanya kepada yang kena tuduh tetntang perkara yang didakwa oleh pendakwa tersebut keatasnya.Sekiranya yang tertuduh mengaku dengan dakwaan tersebut, maka sabitlah hak yang didakwa oleh pendakwa tersebut dengan pengakuan pihak yang kena dakwa.Keputusan akan dikeluarkan berdasarkan kepada pengakuan yang kena dakwa tersebut.tetapi jika yang kena dakwa tersebut menafikan apa yang didakwa oleh pendakwa, maka barulah hakim meminta orang yang mendakwa mengemukakan keterangannya bagi membuktikan apa yang didakwanya itu benar.


4.2.BEBAN BUKTI
Beban bukti bermaksud tanggungan membuktikan sesuatu fakta.Seksyen 101 Akta Keterangan,1950 (disemak 1971) memperuntukkan seperti berikut :
  • Sesiapa yang ingin mana-mana mahkamah memberikan keputusan tentang apa-apa hak atau tanggungan undang-undang,bergantung pada kewujudan fakta yang dituntutnya.Seseorang itu hendaklah menunjukkan fakta tersebut wujud.
  • Apabila seseorang terikat untuk membuktikan wujudnya sesuatu fakta,ini adalah dimaksudkan bahawa beban bukti adalah dibawah tanggungan orang tersebut.
Di dalam perbicaraan atau pengadilan,ada terdapat anggapan tidak bersalah apabila beban umum membuktikan bahawa seseorang yang dituduh itu bersalah melakukan jenayah yang dituduhkan itu adalah diatas pihak pendakwah,sungguhpun ada terdapat pengecualian terhadap peraturan umum ini.Oleh yang demikian,pihak pendakwah berhak untuk memulakan perbicaraan. Misalnya,jika pihak pendakwah ingin meminta mahkamah memberikan keputusan bahawa X patut dihukum bagi sesuatu jenayah yang dituduh dilakukan oleh X,ia mestilah membuktikan bahawa X telah membuktikan jenayah itu.Walaubagaimanapun,ada terdapat kejadian apabila beban ini terserah kepada pihak pembela,iaitu apabila terdapat sesuatu anggapan fakta.Misalnya,mengikut  seksyen 114 Akta Keterangan,1950,mahkamag boleh membuat anggapan adanya sesuatu fakta  setelah mempertimbangkan peristiwa-peristiwa biasa semula jadi,kelakuan manusia dan perniagaan awam dan sendirian,di dalamnya kaitannya dengan sesuatu kes tertentu.Oleh itu,sekiranya seseorang itu mempunyai barangan curi selepas sahaja kecurian berlaku,mahkamah boleh membuat anggapan bahawa sama ada dialah pencurinya ataupun telah menerima barangan curi dengan mengetahunya sebagai barangan curi dan bebannya adalah terserah kepadanya untuk membuktikan dia tidak bersalah.


4.3.HIKMAH PEMBUKTIAN DAN KETERANGAN
  • Menuntut keadilan yang saksama.
  • Mengelakkan berlakunya kezaliman.
  • Menjatuhkan hukuman berdasarkan kesalahan yang dilakukan.
  • Mengelakkan berlakunya penindasan.
  • Melaksanakan “procedure” mahkamah.

4.5.ALAT BUKTI
  • Alat bukti tertulis atau surat-surat.
  • Alat bukti saksi.
  • Alat bukti persangkaan.
  • Alat bukti pengakuan.
  • Alat bukti sumpah.
  • Alat bukti pemeriksaan setempat (discente).
  • Alat bukti keterangan ahli (expertise).


4.6.BERSUMPAH DAN KEENGGANAN BERSUMPAH

4.6.1.TAKRIF AL-YAMIN (SUMPAH)
Al-Yamin” ialah “al-Yamin al-Syari’iyah” bermaksud sumpah “syar’iy” yang mana ia ditawarkan keatas yang kena dakwa,iaitu ialah bersumpah dengan nama Allah,sebagaimana yang ditegaskan oleh kebanyakan ulama-ulama kerana tidak harus bersumpah selain dengan nama Allash SWT.Sumpah ini adalah sumpah syari’i dan diwajibkan keatas setiap orang yang kena dakwa yang mengingkari dakwaan pendakwa pada apa saja hak,sama ada ia seorang muslim atau tidak,adil atau fasik,lelaki atau wanita.Demikian juga yang mendakwa akan bersumpah dengan nama Allah bila mana dikembalikan sumpah orang yang kena dakwa kepadanya.


4.6.2.SESEORANG TIDAK BOLEH BERSUMPAH BAGI PIHAK ORANG LAIN
Sumpah tidak boleh diwakili atau diganti.Sesiapapun tidak dibenarkan bersumpah untuk menggantikan orang lain dan kerana inilah kalau yang kena dakwa itu adalah kanak-kanak atau orang gila maka walinya yang dihadapkan dakwaan keatasnya bagi pihak kanak-kanak yang tidak boleh bersumpah dan perkara itu hendaklah ditangguhkan atau dihentikan sehinggalah kanak-kanak itu baligh dan orang gila itu siuman.Demikian juga wali terhadap golongan tersebut.Mereka tidak boleh bersumpah apabila dia mendakwa sesuatu hak bagi pihak mereka yang kena dakwa mengingkari hak yang didakwa itu,sedangkan wali yang mendakwa itu tidak mempunyai sebarang keterangan dan orang yang kena dakwa enggan bersumpah lalu dipulangkan sumpah kepada pendakwa (wali) supaya dia bersumpah.Maka wali tidak boleh bersumpah tetapi sumpah hendaklah dihentikan atau ditangguhkan hingga cukup sempurna kelayakan mereka yang dibawah penjagaannya dan berakhirlah penjagaan tersebut.



4.6.3.JENIS-JENIS HAK YANG BOLEH DILAKUKAN SUMPAH
Hak itu ada dua bahagian,iaitu hak Allah dan hak manusia.

4.6.3.1.HAK ALLAH
Hak Allah mempunyai dua bahagian iaitu,hudud dan hak-hak berkaitan dengan harta. Pertama, “Hudud” maka disyarakkan sumpah padanya dan tidak berlaku khilaf dalam bahagian ini kerana bahawasanya kalau yang tertuduh itu berikrar kemudian dirujuk daripada ikrarnya hendaklah diterima rujukannya itu dan dilepaskan ia tanpa bersumpah.Maka tidak diminta dia bersumpah disamping tidak berikrarnya itu adalah lebih utama.Tetapi apabila seseorang mendakwa hartanya dicuri oleh orang tertentu supaya dia menggantikan harta yang dicuri itu maka hendaklah didengar dakwaannya dan haruslah baginya menuntut yang kena dakwa itu bersumpah kerana hak manusia bukan kerana hak Allah iaitu “al-Hadd” yakni keseksaan.Kedua ialah hak-hak yang berkaitan dengan harta seperti dakwaan pemungut zakat keatas tuan harta bahawa haul telahpun berlalu keatas hartanya dan nisabnya telah cukup. Maka ulama mazhab Hanbali berpendapat perkataan yang akan dipercayai ialah perkataan tuan punya harta tanpa bersumpah dan tidak diminta dia bersumpah.Tetapi Imam Syafi’i,Abu Yusuf dan Muhammad mereka berkata bahawa “tuan punya harta mestilah diminta bersumpah” kerana dakwaan pemungut zakat itu didengari yang mana ia lebih menyamai hak manusia.Perkataan mereka ini ditolak atas alasan bahawa ini adalah hak Allah.Maka ia hampir sama dengan “Hadd”,dan zakat pulas adalah ibadat.Maka tidak boleh diminta bersumpah kerana ianya adalah seperti sembahyang juga.

4.6.3.2.HAK MANUSIA
Hak manusia dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
  • Hak dalam bentuk harta atau bertujuan daripadanya mendapatkan harat.Maka hak ini dituntut padanya bersumpah tanpa khilaf dalam kalangan ulama.
  • Hak yang bukan dalam bentuk harta dan tidakpun bertujuan daripadanya mendapatkan harta seperti,qisas,had qazaf,nikah,talak,rujuk,pemerdekaan,nasab dan wala’.
Dalam bahagian kedua ini terdapat dua riwayat dalam Mazhab Hanbali. Iaitu :
  • Tidak boleh diminta bersumpah yang kena dakwa itu dan tidak boleh ditawarkan bersumpah padanya.
  • Orang yang kena dakwa itu akan diminta bersumpah pada kesemua hak yang bersangkut dengan manusia.Ini merangkumi semua yang kena dakwa dan zahirnya termasuklah dakwaan yang berkaitan dengan darah kerana ianya disebut dalam dakwaan tersebut.Maka hendaklah diminta bersumpah orang yang kena dakwa pada kesemua hak-hak yang berkaitan dengan manusia tanpa dibataskan dakwaan atas harta sahaja.

4.6.4.SYARAT-SYARAT WAJIB BERSUMPAH PIHAK YANG KENA DAKWA
Pihak yang kena dakwa itu tidak wajib bersumpah kecuali apabila lengkap syarat-syarat berikut.Iaitu :
  • Orang yang kena dakwa telah mengingkari hak yang didakwa keatasnya.Maka jika dia mengaku dengan hak yang didakwa itu tidaklah wajib bersumpah keatasnya lagi.
  • Orang yang mendakwa menuntut yang kena dakwa itu bersumpah.Maka jika yang mendakwa tidak menuntut yang kena dakwa untuk bersumpah,maka tidaklah wajib keatasnya bersumpah kerana sumpah itu adalah hak pendakwa dan tidak boleh dipaksa seseorang itu menggunakan haknya atau dituntut menggunakannya.
  • Hendaklah dakwaan itu sah kerana jikalau dakwaan itu tidak sah,maka tidaklah wajib yang kena dakwa untuk bersumpah.Hatta jikalau diarahkan supaya dia bersumpah,kemudian dia tidak mahu bersumpah,maka tidaklah dianggap dia sebagai orang yang enggan bersumpah.Kerana bahawasanya keengganan bersumpah yang diambil kira ialah pada dakwaan yang sah sahaja tidak pada dakwaan yang tidak sah.
  • Hendaklah benda yang didakwa itu termasuk dalam kes-kes yang boleh dilakukan tuntutan bersumpah.

4.6.5.SUMPAH PENDAKWA
Pada prinsipnya seorang pendakwa apabila dia telah Berjaya mengemukakan keterangannya yang muktabar pada syarak,maka hakim akan menjatuhkan hukuman berdasarkan keterangan pendakwa dan dia tidak akan meminta pendakwa tersebut bersumpah disamping keterangannya yang telah ditegakkan itu.Tetapi prinsip ini terdapat beberapa pengacualian dimana hakim akan mengarahkan pendakwa supaya bersumpah setelah dia mengemukakan keterangannya diatas sesuatu yang didakwanya dan sebelum hakim mengeluarkan keputusan. Diantara pengecualian tersebut ialah :
  • Mereka yang mendakwa sesuatu hak keatas si mati.Yang mana hak itu dikaitkan dengan harta peninggalannya dalam berhadapan dengan salah seorang waris. Jika pendakwa dapat membuktikan dakwaannya itu,maka hakim hendaklah memerintahkan pendakwa itu bersumpah dengan nama Allah tanpa dipinta oleh mana-mana pemegang wasiat atau waris dengan katanya “wallahi”.
  • Seorang wanita apabila dia meminta hakim agar mewajibkan nafkah baginya daripada suaminya yang ghaib.Maka hakim akan meminta dia bersumpah menggunakan nama Allah bahawa, “suaminya tidak memberikan nafkah semenjak dia keluar dan tidak meninggalkan harta untuknya dan tidak pula menceraikannya.

4.6.6.KEENGGANAN BERSUMPAH PIHAK YANG KENA DAKWA
Apabila seseorang yang kena dakwa enggan bersumpah,maka keengganannya itu telah dianggap sebagai pengakuan secara tidak langsung.Akan tetapi pengakuannya itu mengandungi syubhah kerana pihak yang kena dakwa dengan sebab dia tidak mahu bersumpah itu memberi satu bukti bahawasanya dia telah berdusta dalam penafian dan pengingkarannya itu.Ini kerana jikalau dia berada dalam kebenaran,sudah tentu dia tidak akan enggan bersumpah benar disamping bersumpah itu dapat mengelakkan kemudharatan keatas dirinya dan hartanya.Hal ini menyebabkan orang yang enggan bersumpah yakni pihak yang kena dakwa itu merupakan pengakuan secara tidak langsung ekorang kepastian yang belum dapat ditentukan secara sepenuhnya.

4.6.7.PEMULANGAN SUMPAH KEPADA PENDAKWA
Jika pihak yang kena dakwa enggan bersumpah,kaedah penjatuhan hukuman adalah mengikut beberapa pendapat.Diantaranya iaitu :
  • Pendapat pertama mengatakan bahawa hakim hendaklah menjatuhkan hukuman keatas yang kena dakwa bersabit dengan hak yang didakwa apabila dia enggan bersumpah dan tidak perlu bagi hakim memulangkan sumpah kepada pendakwa. Syaratnya adalah benda yang didakwa itu adalah mal atau bertujuan untuk mendapatkan mal.Adapun selain daripada dakwaan berkaitan mal maka tidak boleh dilakukan hukuman sabit dakwaan tersebut bahkan hendaklah hakim memulangkan sumpah itu kepada yang mendakwa.Kemudian jika dia bersumpah maka hakim akan mensabitkan hukuman keatasnya.
  • Pendapat kedua mengatakan bahawa dalam kes mal,tidak dikembalikan sumpah itu kepada yang mendakwa apabila yang kena dakwa enggan bersumpah.Adapun dalam kes qisas maka hendaklah dihukumkan berdasarkan dakwaan sekiranya qisas tersebut berkaitan dengan selain daripada jiwa.Jika qisas berkaitan dengan jiwa,maka yang didakwa diperintahkan bersumpah bahkan ditahan yang tertuduh tersebut agar dia membuat pengakuan.
  • Pendapat ketiga mengatakan bahawa,hendaklah dipulangkan sumpah kepada yang mendakwa dalam semua kes dakwaan.Ini adalah pendapat Imam Syafi’i.Maka apabila yang kena dakwa enggan bersumpah,hakim hendaklah berkata kepadanya, “kamu dibolehkan memulangkan sumpah itu kepada yang mendakwa” dan jika dia sendiri meminta dipulangkan sumpah itu kepada yang mendakwa, hakim hendaklah membenarkan permintaan itu dan wajiblah keatas yang mendakwa bersumpah. Kemudian jika yang mendakwa bersumpah maka hakim akan menjatuhkan hukuman keatasnya tetapi jika dia enggan bersumpah,hakim hendaklah menolak dakwaannya.

4.6.8.PENERIMAAN SUMPAH SELEPAS KEPUTUSAN DIKELUARKAN
Apabila dikembalikan sumpah kepada yang mendakwa,lalu dia bersumpah dan seterusnya hakim membuat keputusan baginya,kemudian apabila yang kena dakwamehu kembali bersumpah,ianya tidak diterima lagi.Demikian juga jikakalau dia mahu bersumpah selepas dijatuhkan hukuman keatasnya, maka tidak diterima sumpahnya itu kerana keputusan telah dibuat dengan sempurna dan tidak boleh lagi dibatalkan sepertimana keputusan yang dibuat berdasarkan kepada saksi.

No comments: