JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Tuesday, June 14, 2011

NILAI SEORANG TEMAN

Seorang teman itu terllau bernilai untuk diri teman nya yang lain.. Kekuatan dalam diri kita dapat diperkukuhkan lagi dengan kekuatan yang terdapat di dalam diri seorang teman yang lain.. Tapi konteksnya sejauh mana perlunya kepada konsep teman itu?? Sedangkan ia masih terlalu jauh daripada konsep sahabat.. Perlu dipersoalkan juga kenapa penulis memilih tajuk atau konsep teman?? Kerana didalam konteks seharian kita ini kita terlalu kerap dan banyak bertemu dengan teman berbanding dengan kawan, rakan dan sahabat.. Sememangnya dalam kehidupan ini  seorang teman itu memainkan peranan yang penting.. Walau kita terluka atau sakit hati terhadap teman itu tetapi itulah hakikatnya.. Dalam mana-mana perhubungan kita akan merasa pelbagai jenis perasaan..Ada suka duka, ada riang gembira, dan banyak lagi.. Namun perlukah kita menghukum seseorang teman atas kesalahan yang dia lakukan?? Ya sememangnya tidak.. Namun wajarkah kita menjauhkan diri daripada teman tersebut.. Bagi saya la yang kurang arif ini wajar.. Ianya bertujuan untuk mengelakkan perbalahan.. Tapi tak tegur jangan bermasam muka pula.. Cuma perlu rengang sedikit agar ketegangan yang dirasakan itu berkurangan.. Em mungkin ada yang tidak setuju dengan kenyataan perlu direnggangkan.. Tapi bagi ana untuk mengelakkan kekusutan dalam ukhuwwah itu bertambah, maka lebih elok jika merenggangkan sedikit ukhuwwah tersebut untuk sedikit masa yang tertentu agar kedua belah pihak itu mampu untuk memperbaiki diri masing-masing.. Namun perlu diingat jangan sampai ada perbalahan.. Ukhuwwah itu adalah satu nikmat ALLAH SWT yang tidak terhingga.. Jadi hargai lah selagi teman itu disisi kita.. Walaupun banyak terluka dan sakit hati dengan teman tersebut.. Tetapi mereka jugalah yang mengajar kita erti kesabaran dalam ukhuwwah.. Jadi bersyukurlah dengan ukhuwwah disekeliling kita.. Begitu lah juga dengan diriku.. Walaupun semester akhir ini perlu merenggangkan hubungan seketika dengan seorang teman itu.. Mungkin ada silap yang aku lakukan.. Aku perlu mencari dimana silapku itu.. Kadangkala aku terlalu cepat terasa dengan seorang teman itu.. Tapi mungkin itu hanya perasaan aku.. Aku perlu memperbaiki diri dalam ukhuwwah persahabatan ini.. Moga ALLAH permudahkan..  
YA ALLAH TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA ATAS NIKMAT MU MENGURNIAKAN AKU PERASAAN DALAM UKHUWWAH KERANA MU..

No comments: