JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Tuesday, June 21, 2011

KUASA KEJUJURAN


Hamdallah dikeheningan buaian antara malam dan subuh ini ALLAH beri kesempatan bagi diriku untuk berkongsi cerita diruangan ini.. Hidup ini memang tidak dapat dinafikan yang mana ianya terlalu banyak dan dipenuhi dengan hikmah.. Hakikat hikmah dalam kehidupan itu perlu dicari bukan ianya datang sendiri.. Jelasnya disini kenalah banyak berfikir.. Betul tak?? Hehehehe.. Berfikir itu kan satu cara untuk menjana ketajaman minda dan akal fikiran.. Hari ini aku rasa seronok kerana mendapat doa dari seorang pak cik tu.. Itulah yang dikatakan buat baik maka akan dibalas baik.. Tadi ada seorang pelajar tu mengadu dekat pak cik yang dompet dia hilang.. Then dompet itu aku jumpa lalu aku serahkan dengan pelajar perempuan yang lain agar pelajar tersebut dapat memulangkannya pada empunya dompet tersebut.. Then sebelum balik rumah sewa tadi, pak cik tu menjelaskan situasi tersebut dengan aku.. Aku pun menyatakan yang hak.. Aku cakap lah yang aku ada jumpa dompet tu then aku serahkan dengan seorang pelajar perempuan yang lain.. SUBHANALLAH.. Pak cik tu terus cakap, "KALAU ADIK, PAK CIK PERCAYA.. ADIK NI ORANG YANG JUJUR".. YA ALLAH bertapa hebatnya kuasa kejujuran itu.. Bagi aku, aku tidak lah memerlukan pada material dan pujian itu.. Apa yang penting kita dapat membantu insan lain yang dalam kesusahan.. Namun kata-kata pak cik tu membuatkan aku berpekur seketika.. Itu adalah salah satu penilaian orang lain terhadap diriku.. HAMDALLAH satu benda yang baik.. SEMOGA DIRIKU INI DAPAT BERUBAH KEARAH YANG LEBIH BAIK LAGI.. AMIINN.. Erm seperkara lagi tadi.. Pak cik tu pun mendoakan aku agar menjadi seorang PENSYARAH satu hari nanti.. Walaupun professional PENSYARAH itu aku kurang berkenan, tapi aku meraihkan doa seorang pak cik tu.. Ianya satu benda yang baik bukan nya jahat.. Jadi aku menerimanya.. Mungkin satu hari nanti doa itu akan termakbul kan.. AMIINN YA RABB.. Walaupun benda ini mungkin satu benda yang kecil, tapi bagi diri aku ianya adalah satu penghormatan yang terlalu tinggi.. YA ALLAH ENGKAU TARBIYAHLAH DIRIKU UNTUK MENJADI INSAN YANG TERBAIK DIKALANGAN YANG LAIN.. AMIINN..

No comments: