JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Friday, June 3, 2011

KITAB SUNAN IMAM ABU DAUD


7.0.KITAB SUNAN ABU DAUD
7.1.PENGERTIAN KITAB SUNAN ABU DAUD
Kitab Sunan Abu Daud menurut ahli hadis adalah kitab hadis yang disusun berdasarkan bab-bab fiqih. Kitab sunan ini hanya memuat hadis marfu’ dan tidak memuat hadis mauquf atau hadis maqtu’, sebab yang kedua-duanya ini tidak termasuk sunnah ianya termasuk didalam hal-hal yang berkaitan dengan moral, sejarah dan zuhud. Sebagaimana pernyataan Al-Khattani dalam kitab al-Risalah al-Mustatrafah: “Diantara kitab-kitab hadis adalah kitab-kitab sunan yaitu kitab hadis yang disusun menurut bab-bab fiqih yang bermula dari bab taharah, solat, zakat, dan sebagainya dan di dalamnya tidak tedapat hadis mauquf, kerana hadis tersebut tidak disebut sebagai sunnah, namun hanya disebut sebagai hadis.


7.2.METODE PENULISAN SUNAN IMAM ABU DAUD
Abu Daud sempurnakan dan menyiapkan kitab sunannya ketika beliau berada di Baghdad. Kemudian beliau mengemukakan kitab tulisannya itu kepada guru beliau iaitu Imam Ahmad bin Hanbal serta Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Abu Daud menyusun kitabnya mengikut susunan fiqh. Dimana beliau menyusun bermula dengan topik-topik yang terpenting bagi seorang mukallaf antaranya adalah berkaitan dengan bab kecil yang merangkumi penjelasan kitab berkaitan. Abu Daud memberitahu bahawa beliau mengambil masa selama 20 tahun untuk menyiapkan susunan kitab sunannya. Ia adalah hasil tapisan daripada 500 000 hadis. Hasilnya beliau telah memasukkan sebanyak 4800 buah hadis didalam kitab sunannya. Dimana 600 buah hadis adalah bertaraf sahih dan selebihnya adalah menyamai sahih dan menghampiri sahih. Abu Daud ada menyebut bahawa beliau juga tinggalkan hadis yang sepakat jumhur tidak menerimanya. Beliau telah menyusun kitab sunannya it kepada 40 kitab. Setiap tajuk kitab telah dibahagi kepada bab kecil sebanyak 1871 bab. Abu Daud menjelaskan kedudukan sesebuah hadis yang terdapat didalam sunannya itu seperti hadis dha’if, munkar serta mu’dal. Antara lainnya, beliau juga menerangkan tentang kedudukan perawi seperti sama ada thiqah, waham atau majhul dan lainnya. Abu Daud telah menetapkan ciri dan syarat tertentu dalam menyusun kitab sunannya iaitu :
  • Didalam kitab sunan tersebut Imam Abu Daud menerangkan hadis dha’if atau terlalu dha’if. Beliau menerangkan kedudukan sesebuah hadis.
  • Manakala hadis yang tidak diterangkan adalah hadis maqbul.
Justeru didalam Sunan Abu Daud dikumpulkan pelbagai hadis yang terdiri daripada hadis sahih, hasan dan juga dha’if.


7.3.TINGKATAN HADIS DALAM SUNAN ABU DAUD
Abu Daud dalam menyusun kitab sunannya tidak hanya memfokuskan hadis-hadis sahih, tetapi juga memasukkan hadis dha’if. Tingkatan hadis dalam kitab Sunan Abu Daud tersebut dapat diketahui melalui surat beliau kepada penduduk Makkah ketika menjelaskan isi kitab sunannya. Penjelasan Abu Daud di dalam kitab sunannya secara garis besar membahagi hadis kedalam lima tingkatan, iaitu :
  • Hadis Sahih, adalah hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang adil, sempurna ingatannya, sanadnya bersambung, tidak berillat dan tidak pula janggal. Hadis ini disebut hadis sahih lizatihi, kerana tingkat kesahihannya tidak memerlukan hadis lain untuk mengukuhkannya.
  • Ma Yusyabbihahu (yang menyerupai sahih). Para ulama muhadditsin mengutarakan perbandingan istilah yang digunakan Abu Daud tersebut dengan istilah yang berlaku bagi para ulama muhadditsin. Maksud Imam Abu Daud dengan istilah ma yusyabbahahu adalah hadis sahih lighairihi, kerana hadis tersebut menyerupai hadis sahih lizatihi, tetapi martabatnya di bawah sahih lizatihi.
  • Ma Yuqoribuhu (yang mendekati sahih). Istilah yang digunakan oleh Abu Daud tersebut menurut sebahagian ulama muhadditsin adalah hadis hasan lizatihi, kerana hadis hasan lizatihi boleh dinaik taraf menjadi hadis sahih li ghairihi apabila disokong oleh hadis yang lain. Ibnu Sollah dan Imam al-Nawawi memberikan definisi hadis hasan menurut istilah Abu Daud sebagai “ Hadis yang disebutkan secara mutlak dan tidak ada dalam salah satu kitab sahih (Bukhari dan Muslim) dan tidak ada di antara ulama yang menetapkan kesahihannya, bagi yang membezakan antara hadis sahih dan hasan, maka hadis tersebut adalah hadis hasan menurut Abu Daud”. Ibnu Sollah menyatakan bahwa dalam kitab Sunan Abu Daud tersebut mengandungi banyak hadis hasan. Sebagaimana penjelasan yang diberikan Abu Daud sendiri ketika menjelaskan isi kitabnya.
  • Wahnun Syadidun (sangat lemah). Istilah hadis tersebut menurut istilah yang berlaku bagi para ulama muhadditsin bererti hadis yang sangat dha’if. Namun pada tahap hadis dha’if ini, Imam Abu Daud memberikan sejumlah penjelasan mengenai taraf kedha’ifannya dan menurut beliau hadis dha’if tersebut lebih kuat bila dibandingkan dengan pendapat ulama. Pencantuman hadis dha’if yang disertai keterangan tahap kedha’ifannya dibolehkan.
  • Shalih (yang tidak dijelaskan). Para ulama berbeza pendapat dalam mengkategorikan istilah yang dipakai Abu Daud. Imam al-Nawawi dan Ibnu Sollah menjelaskan bahawa jika hadis tersebut diriwayatkan dalam salah satu kitab sahih (Bukhari dan Muslim) maka hadis tersebut adalah sahih, dan jika tidak diriwayatkan dalam salah satu kitab sahih dan tidak ada ulama yang menerangkan tentang darjat hadis tersebut, maka hadis tersebut adalah hadis hasan menurut Imam Abu Daud. Pendapat tersebut menunjukkan sikap berhati-hati agar tidak menetapkan kesahihan sesuatu hadis tersebut kerana tidak terdapat di dalam salah satu kitab sahih dan tidak ada seorang pun di antara para imam hadis yang menetapkan kesahihannya.


7.4.KELEBIHAN DAN KEKURANGAN SUNAN IMAM ABU DAUD
Di antara pandangan positif para ulama terhadap Sunan Abu Daud tersebut adalah seperti berikut :
  • Al-Khattabi berkata : “Ketahuilah, kitab Sunan Abu Daud adalah sebuah kitab yang mulia yang belum pernah disusun oleh sesuatu kitab yang lain yang menerangkan hadis-hadis hukum sepertinya. Para ulama menerima baik kitab sunan tersebut, kerana ianya menjadi hakim antara ulama dan para fuqaha’ yang berlainan mazhab. Kitab itu menjadi pegangan ulama Irak, Mesir, Moroko, dan negeri lain”.
  • Ibnu Qayyim al-Jauziyah, menyatakan bahawa : “Kitab Sunan Abu Daud memiliki kedudukan tinggi dalam dunia Islam dan pemberi keputusan bagi perselisihan pendapat. Kepada kitab itulah oarang-orang jujur mengharapkan keputusan. Mereka merasa puas atas keputusan dari kitab itu. Abu Daud telah menghimpun segala macam hadis hukum dan menyusunnya dengan sistematik yang baik dan indah, serta membuang hadis yang lemah”.
  • Ibnu al-‘Arabi, mengatakan: “Apabila seseorang sudah memiliki kitabullah dan kitab Sunan Abu Daud, maka tidak lagi memerlukan kitab yang lain”.
  • Imam al-Ghazali berkata: “Kitab Sunan Abu Daud sudah cukup bagi para mujtahid untuk mengetahui hadis-hadis hukum”.
Di samping ulama-ulama tersebut yang memberikan penilaian baik atas kelebihan kitab Sunan Abu Daud, ada juga ulama hadis yang mengkritik kelemahan yang terdapat di dalam kitab Sunan Abu Daud tesebut. Di antara para ulama yang mengkritik itu adalah seperti Ibnu Hajar al-Asqalani, Imam al-Nawawi dan Ibnu Taimiyah. Kritikan tersebut meliputi:
  • Tidak adanya penjelasan tentang kualiti sesuatu hadis dan kualiti sanad (sumber, silsilah dalam hadisnya). Sementara yang lainnya disertai dengan penjelasan.
  • Adanya kemiripan Abu Daud dengan Imam Hambali dalam hal bertoleransi terhadap hadis yang dha’if yang mana sebilangan kalangan ulama yang lain menilai hadis tersebut sebagai dha’if. 
  • Kritik juga dilakukan oleh Ibnu al-Jauzi, seorang tokoh ahli hadis bermazhab Hambali yang telah melakukan penelitian terhadap kitab Sunan Abu Daud, dan beliau menemukan hadis yang maudhu’ (palsu) sebanyak sembilan hadis. Namun kritikan tesebut telah dibahas kembali oleh Jalaluddin al-Suyuti dalam kitabnya al-la’ali al-Masnu’ah fi Ahadis al-Maudhu’ah dan Ali bin Muhammad bin Iraq al-Kunani di dalam kitabnya Tanjih al-Syari’ah al-Maudhu’ah. Dalam kitab tersebut dijelaskan kembali hadis-hadis yang dikritik oleh Ibnu al-Jauzi.


7.5.SYARAH-SYARAH KITAB SUNAN ABU DAUD
Beberapa kitab syarah telah ditulis untuk menerangkan dan menafsirkan atau menjelaskan kitab Sunan Abu Daud. Kitab-kitab tersebut adalah sebagaimana berikut:
  • Ma’alim al-Sunan - Kitab ini ditulis oleh Imam Abu Sulaiman Ahmad bin Ibrahim bin Khattab al-Bisri al-Khattabi (w. 388 H). Kitab ini merupakan kitab syarah yang sederhana, yang mengupas masalah bahasa, meneliti riwayah, menggali hukum dan membahas adab.
  • ‘Aun al-Ma’bud Syarah Sunan Abu Dawud - Kitab ini ditulis oleh Syaikh Syafaratul Haq Muhammad Asyraf bin Haidar al-shiddiqi al-Azim Abadi (w. abad 14 H). Kitab ini menjelaskan kata-kata sulit. Ia menguatkan hadis satu atas hadis yang lainnya secara ringkas, dan dengan menjelaskan dalil yang ditunjuk oleh mazhab-mazhab secara menyeluruh.
  • Mukhtasar Sunan Abu Dawud - Kitab ini ditulis oleh al-Hafid Abdul Azhim bin Abdul Qawi al-Munziri (w. 656 H). Dalam kitab ini al-Munziri menyebutkan ulama lain dari lima hadis yang juga meriwayatkan hadis tersebut dan menunjukkan kelemahan sebagian hadis. 
  • Syarah Ibnu Qayyim al-Jauziyah - Kitab ini ditulis oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyah (w. 751 H). Ibnu Qayyim memberikan tambahan penjelasan mengenai kelemahan hadis yang dijelaskan oleh al-Munziri, menegaskan kesahihan hadis yang belum di sahihkan, serta membahas matan hadis yang musykil. Kitab ini diterbitkan dalam kitab ‘Aunul Ma’bud karya Syamsul Haq Azin Abadi.
  • Sunan Abu Dawud yang di tahqiq oleh Syaikh Muhammad Muhyidin Abdul Hamid. Dia telah menghitung hadis yang terdapat dalam kitab Sunan Abu Dawud.
  • Sunan Abu Dawud yang di tahqiq oleh Sidqi Muhammad Jamil. Kitab ini mencantumakan surat Abu Dawud kepada penduduk Mekah dalam muqaddimah-nya. Dan juga mencantumkan takhrij atas hadis-hadis Abu Dawud yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, al-Turmudzi, al-Nasa’i, Ibnu Majah, Malik, Ahmad bin Hambal dan al-Baihaqi. Kitab ini juga mencantumkan penjelasan yang diberikan oleh al-Khattabi. 
  • Dha’if Sunan Abu Dawud yang ditulis oleh Nashiruddin al-Albani. Dalam kitab tersebut berisi hadis-hadis yang diriwaytkan oleh Abu Dawud yang dianggap sebagai hadis dha’if oleh Nashiruddin al-Albani.


7.6.CARA PENYUSUNAN KITAB SUNAN ABU DAUD
Sebagaimana telah dijelaskan diatas, bahwa Abu Daud dalam menyusun kitabnya mengikut cara atau urutan bab-bab fikih yang dapat memudahkan pembaca ketika mencari hadis-hadis yang berkaitan dengan masalah tertentu.
NO
NAMA KITAB
JUMLAH BAB
JUMLAH HADIS
1.
Kitab al-Taharah
143
390
2.
Kitab al-Shalat
367
1165
3.
Kitab al-Zakat
47
145
4.
Kitab al-Luqatah
_
20
5.
Kitab al-Manasik
98
325
6.
Kitab al-Nikah
50
129
7
Kitab al-Talaq
50
138
8.
Kitab al-Shaum
81
164
9.
Kitab al-Jihad
182
311
10.
Kitab al-Dahaya
20
56
11.
Kitab al-Said
4
18
12.
Kitab al-Wasaya
17
23
13.
Kitab al-Fara’id
17
43
14.
Kitab al-Kharaj al-Imarah
40
161
15.
Kitab al-Janaiz
84
153
16.
Kitab al-Aiman wa al-Nuzur
32
84
17.
Kitab al-Buyu’ wa al-Ijarah
92
245
18.
Kitab al-Aqdiyah
30
70
19.
Kitab al-‘Ilm
13
28
20.
Kitab al-Asyribah
22
67
21.
Kitab al-At’imah
55
119
22.
Kitab al-Tib
24
71
23.
Kitab al-‘Atqu
15
43
24.
Kitab al-Huruf wa al-Qira’
_
40
25.
Kitab al-Hammam
3
11
26.
Kitab al-Libas
47
139
27.
Kitab al-Tarajjul
21
55
28.
Kitab al-Khatam
8
26
29.
Kitab al-Fitan
7
39
30.
Kitab al-Mahdi
_
12
31.
Kitab al-Malahim
18
60
32.
Kitab al-Hudud
40
143
33.
Kitab al-Diyat
32
102
34.
Kitab al-Sunnah
32
177
35.
Kitab al-Adab
108
502
Dari pembahagian-pembahagian kitab tersebut jelas bahawa sunan Abu Daud hanya mengumpul hadis-hadis hukum kecuali pada beberapa hadis seperti yang terdapat pada kitab ilmu dan adab. Beliau juga menghindari khabar-khabar, kisah-kisah, dan mau’idah.



7.7.SIFAT KITAB SUNAN ABU DAUD
Imam Abu Daud menyusun kitabnya di Baghdad. Keutamaan penyusunan kitabnya adalah berkaitan dengan masalah hukum, jadi kumpulan hadisnya lebih berfokuskan kepada hadis yang berkaitan hukum. Sebagaimana yang di ungkapkan oleh as Suyuthi bahawasannya Abu Daud hanya menghadkan di dalam bukunya pada hadis-hadis yang berkaitan dengan hukum sahaja. Abu Bakar bin Dasah mengatakan bahawa “aku mendengar Abu Daud berkata : Aku menulis dari Rasulullah SAW sebanyak lima ratus ribu hadis, kemudian aku pilih daripada hadis-hadis tersebut dan aku kumpulkan serta aku letakkan dalam kitabku ini sebanyak empat ribu dan beberapa ratus hadis. Aku sebutkan yang sahih, yang serupa dengannya dan yang mendekati sahih”.

 

7.8.JUMLAH HADIS DI DALAM KITAB SUNAN IMAM ABU DAUD

Di atas telah disebutkan bahawa isi Sunan Abu Daud itu memuat hadis sebanyak 4,800 buah hadih. Namun sebahagian ulama ada yang menghitungnya sebanyak 5,274 buah hadis. Perbezaan jumlah ini disebabkan oleh sebahagian orang yang menghitungnya memandang sebuah hadis yang diulang-ulang sebagai satu hadis, namun yang lain menganggapnya sebagai dua hadis atau lebih. Dua jalan periwayatan hadis atau lebih ini telah dikenali di kalangan ahli hadis. Abu Daud membahagi kitab sunannya kepada beberapa kitab, dan tiap-tiap kitab dibahagi pula ke dalam beberapa bab. Jumlah kitab sebanyak 40 buah. Di antaranya ada 3 kitab yang tidak dibahagi ke dalam bab-bab. Sedangkan jumlah bab sebanyak 1,871 buah bab. Syaikh Abdul Muhsin al-Abbad al-Badr hafizhahullahu dalam Kaifa Nastafiidu minal Kutubil Hadisiyah (hal. 18) berkata : “Kitab sunan karya Abu Daud ini adalah kitab yang sangat agung, yang diperkaya oleh penulisnya di dalamnya hadis-hadis ahkam dan menyusun serta memaparkannya berdasarkan urutan bab-bab yang menunjukkan atas kefakihan dan kedalamannya terhadap ilmu riwayah dan dirayah.”


7.9.SIFAT SUNAN ABU DAUD
Naskah Abu Daud yang berbeza mengikut anak murid (melalui proses imla’ yang mana guru baca dan anak murid mencatat jika ada kesalahan pada catatan dan hafalan, ada yang berkesempatan hadir semua proses ada pula yang ketinggalan) – menyebabkan tulisan (manuskrip) sedikit berbeza seperti nombor hadis, terjemahan dan lain-lain. Imam Abu Daud memfokuskan kepada hadis-hadis hukum dan hadis yang marfu (datang terus daripada Nabi) sahaja.


7.10.METOD MENUKILKAN HADIS
Sama dengan Bukhari dalam memberikan maksud perkataan-perkataan yang tidak digunakan, dan sama dengan ketelitian Muslim dalam membezakan percakapan guru-guru seperti contoh, akhbarana atau ahdasana bagi membezakan sanad dan periwayat (dengan membezakan bukan sekerat-sekerat). Wujud juga hadis yang disalin hanya apa yang pasti dan diakhiri dengan “kemudian tidak aku dengar”, “diambil daripada..” menunjukkan betapa jujurnya beliau dalam nukilan-nukilan hadis. Wujud perawi yang terlalu ketat dan beliau tidak berjaya masuk dan mendengar, beliau mencatat “dibaca hadis itu di hadapan dan aku menjadi saksi” kerana beliau hanya mendengar di sebalik dinding sahaja.”



7.12.KEDUDUKAN SUNAN ABU DAUD
Kitab Sunan Abu Daud asalnya daripada kumpulan 500 000 hadis yang kemudiannya ditapis satu-persatu untuk menjadi sebuah kitab sunan. Sunan Abu Daud ialah sebuah kitab hadis yang sangat penting kepada umat Islam khususnya para mujtahidin. Abu Daud hanya menumpukan kepada persoalan-persoalan fiqh sahaja. Oleh itu sunan Abu Daud merupakan kitab sunan yang banyak meriwayatkan berkaiatan dengan hukum hakam. Bagi menentukan kesahihan hadis didalam sunan Abu Daud, para ulama berpendapat sebagaimana berikut :
  • Jika hadis tersebut terdapat didalam riwayat Bukhari atau Muslim maka hadis tersebut adalah dianggap sahih.
  • Jika tidak terdapat didalam kedua-dua atau salah satu daripada kedua syeikh itu tetapi ada ulama yang mengatakan darjat hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud adalah sahih beserta dengan syarat-syarat yang boleh diterima, ia juga dikatakan hadis sahih. Manakala menurut Ibnu Sollah dan Imam Nawawi jika hadis tidak terdapat didalam mana-mana kitab sahih maka ia dianggap hadis hasan.

No comments: