JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Wednesday, June 22, 2011

KHILAF + KRITIKAN

Hidup sebagai seorang manusia memang tidak akan lari daripada kesilapan dan kritikan.. Setiap apa yang kita lakukan itu kebiasaannya tidak akan berganjak daripada khilaf.. Khilaf tersebut juga tidak akan lepas daripada kritikan orang lain.. Khilaf dan kritikan lah itu yang selalu melahirkan insan-insan yang luar biasa.. Mereka merupakan insan yang mampu memberikan sesuatu yang luar biasa daripada yang lainnya.. Adakah kritikan itu bermaksud apa yang kita lakukan itu sesuatu yang buruk?? Jawapannya ialah ianya bergantung pada suasana kritikan tersebut dilontarkan.. Kadangkala apa yang dikritik oleh insan lain itu sememangnya kita salah.. Maka apabila jelas kesalahan yang dilakukan itu perlulah dilakukan pembaikan dalam diri.. Kadangkala juga orang kritik sebab tidak puas hati dengan pencapaian kita.. Sememangnya jika perkara yang kita lakukan itu adalah baik maka usah dipeduli atas kata-kata mereka.. Lumrah dalam kehidupan manusia sentiasa menginginkan yang terbaik sehinggakan kecacatan yang kecil itu dianggap sebagai kesalahan yang terlalu besar.. Namun daripada kritikan itu kita akan mampu untuk menjadikan diri kita jauh lebih baik daripada apa adanya kita sekarang.. Menjadi persoalan disini, ada sesetengah orang itu terlalu sukar menerima kritikan yang membina.. Tapi kenapa ya agaknya?? Ada satu kata-kata tu tapi tak ingat siapa yang megatakannya.. Bunyinya macam ini, "JIKA KITA TIDAK INGIN DIKRITIK, MAKA JANGAN LAKUKAN APA-APA.. TAPI ADAKAH KITA PASTI DENGAN TIDAK MELAKUKAN APA-APA ITU AKAN MENYEBABKAN ORANG TIDAK MENGKRITIK KITA?" Sebenarnya, kalau ada insan yang mengkritik kita itu, kita patut bersyukur kerana ada insan yang mengambil berat perihal diri kita.. Manusia ini selagi hayat dikandung badan, mereka akan sentiasa mencari kesalahan insan lain.. Namun apabila kita menerima kritikan itu jangan disambut dengan nafsu amarah.. Perlu dipekur secara mendalam sebab kritikan itu dilontarkan.. Apa pun perlu bertindak rasional bukan emosional.. SALAM MUHASABAH..

No comments: