JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Wednesday, June 8, 2011

KEMBARA ILMU


Hamdallah hari ini ALLAH SWT masih memberikan aku kekuatan untuk masih menulis diruangan ini.. Hamdallah juga atas nikmat dan segala kurnianya.. Tajuk penulisan aku hari ini berkaitan dengan "KEMBARA ILMU".. Agak-agaknya kenapa ya tajuk tu aku pilih?? Ya sebab hari ini aku memulakan kembara ilmuku.. Hamdallah hari ini ALLAH SWT berikan aku kesempatan untuk berada di sekolah pondok kawan aku.. Memang tidak bersedia tetapi perlu diharungi jika ada keinginan.. Hari ini hatiku terlalu berat untuk melangkah pergi ke sekolah pondok kawan aku dekat MENTAKAB, PAHANG.. Banyak ujian yang ditempuhi tetapi akhirnya dapat ditepis sehingga aku berjaya menjejakkan kaki ke bumi sekolah pondok ini.. Semoga aku beroleh sesuatu yang baru yang dapat aku manfaatkan dimasa yang akan datang.. Suasana disini sangat seronok.. Jauh daripada kesibukan bandar.. Suasan yang agak tenang.. InsyaALLAH akan jauh daripada perkara-perkara yang lagho.. Amin.. Moga aku dapat kawan-kawan baru yang dapat membantuku dan memberi manfaat buatku.. Juga harapanku agar dapat ilmu yang sangat bermanfaat.. AMINNN..

No comments: