JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Monday, June 13, 2011

KEM IBADAH DAN EKSPLORASI DIRI DI BANDAR TASIK SELATAN

Hamdallah ala kulli hal.. Terima kasih ya ALLAH atas segala nikmat yang engkau berikan terhadap ku.. First of all ana rasa bersyukur sangat dapat join program KEM IBADAH DAN EKSPLORASI DIRI bermula pada 10 JUN 2011 - 12 JUN 2011.. Program ni diadakan under ERA EDAR bertempat di BANDAR TASIK SELATAN.. Subhanallah satu ilmu dan pengalaman yang aku tidak akan lupakan sampai bila-bila.. Terasa sangat keseronokan program tu.. Ukhuwwah yang terjalin, ilmu yang dikongsi dan sebagainya.. Syukur yang tidak terhingga kerana ALLAH SWT memberikan aku kudrat untuk pergi ke sana.. Rupanya ada sesuatu kebaikan yang ingin DIA berikan kepadaku di program tersebut.. Sungguh indah apa yang aku perolehi.. Sesuatu yang tidak dapat diperolehi jika aku tidak menyertai program itu.. Ianya akan menjadi satu kenangan yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila..

Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

MAKAN BERAMAI-RAMAI



PEMBENTANGAN KUMPULAN
 



RIADAH


AMALI WUDHU DAN SOLAT



LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)


SESI PENUTUPAN PROGRAM BERSAMA IBU BAPA
 

Hamdallah walaupun program ini singkat tetapi banyak input yang diberikan.. Walaupun aku sebagai fasilitator yang mana berkongsi ilmu dengan para peserta, aku juga memperolehi banyak ilmu yang baru.. Jika aku buat evaluation bagi semua program yang pernah aku sertai sama ada sebagai fasilitator atau peserta, maka aku akan meletakkan program ini di tangga pertama.. Ianya merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin aku lupakan.. Terlalu indah suasana, ilmu pengetahuan, ukhuwwah dan sebagainya yang terbina di sana.. Semoga lepas dari ini aku dapat mempraktikkan apa yang aku kongsikan dan pelajari di sana.. Satu benda yang terlalu besar aku pelajari walaupun nampak macam ringan ialah melalui perkataan ini :
"BERSYUKURLAH!! NESCAYA ALLAH SWT AKAN TAMBAH LAGI NIKMATNYA KEPADA KITA"
Satu perkataan yang selalu aku alpa dalam kehidupanku selama ini.. Hamdallah yang ALLAH kerana engkau memberikan aku kesempatan untuk menyertai program ini.. Jutaan terima kasih juga buat semua para peserta, Ustaz Hamzah, Abg. Syahir, Abg. Hazwan dan Affendy atas bantuan dan sokongan :)

No comments: