JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Tuesday, June 7, 2011

ISTILAH DALAM PENDAKWAAN

3.0.6.ISTILAH LAZIM DIGUNAKAN DALAM PENDAKWAAN

3.0.6.1.PENDAKWARAYA (PROSECUTOR)
Pendakwaraya adalah seseorang individu yang memulakan prosiding terhadap orang yang kena tuduh yang disyaki melakukan sesuatu kesalahan jenayah.Seseorang pendakwaraya adalah bertanggungjawab untuk membela anak buahnya bagi beroleh kejayaan dalam satu-satu kes yang dibicarakan.Pendakwaraya juga adalah pemula kepada sesuatu tindakan dibawah undang-undang jenayah.


3.0.6.2.ORANG KENA TUDUH (ACCUSED)
Pihak atau individu yang dituduh atau didakwa melakukan sesuatu kesalahan jenayah dan percubaan melakukan jenayah.
                   

3.0.6.3.BERSALAH (GUILTY)
Fatwa dan keterangan yang mencukupi bahawa orang kena tuduh sememangnya melakukan sesuatu perbuatan jenayah,maka orang kena tuduh dianggap sebagai bersalah dan disabitkan kesalahan jenayah tersebut.


3.0.6.4.HUKUMAN (SENTENCE)
Orang kena tuduh yang bersalah dan disabitkan kesalahan maka,akan menerima hukuman yang berpatutan.Antara hukuman yang kerap kali dijatuhkan kepada pesalah jenayah ialah :
  • Hukuman mati
  • Penjara
  • Rotan dan denda.

3.0.7.CARA PENDAKWAAN DIMULAKAN DI MAHKAMAH
Akta Mahkamah Keadilan,1964 disemak pada 1972 dan Akta Mahkamah-Mahkamah Rendah,1948 disemak pada 1972.Perbicaraan lazimnya dimulakan di mahkamah Majistret yang boleh menjalankan salah satu perbicaraan jenayah yang berikut :
  • Pemeriksaan pengaduan
  • Perbicaraan ringkas
  • Penyiasatan permulaan tentang kes-kes yang hendak dibicarakan di Mahkamah Tinggi
  • Membuat penyiasatan tentang sebab dan keadaan-keadaan yang berkaitan dengan kematian.
Perbicaraan bagi kes-kes jenayah biasanya terbuka kepada orang ramai dan lebih dikenali sebagai cara “terbuka” kecuali kes-kes tertentu dibuat secara “in camera” jika mahkamah berpendapat ia perlu bagi menjaga kepentingan awam dan keadilan. Prosedur melaksanakan acara jenayah di mahkamah ialah :
1.      Apabila orang kena tuduh dating ke mahkamah,nama individu tersebut akan dipanggil
2.      Pertuduhan akan dibacakan dan diterangkan kepada orang kena tuduh dalam bahasa yang difahamnya.Tujuan pertuduhan dibacakan adalah bagi membolehkan orang kena tuduh memahami dengan jelas tentang tuduhan dan kesalahan yang dihadapkan kepadanya agar dia boleh menjawab pertuduhan dan membela diri dengan sebaiknya. Antara kandungan pertuduhan adalah seperti berikut :
·         Masa dan tempat kesalahan itu telah dilakukan
·         Nama kesalahan
·         Peruntukkan undang-undang bagi kesalahan tersebut
·         Nama orang yang menjadi mangsa jika ada orang tercedera,dirogol dan lain-lain.
·         Butir-butir dan cara kesalahan itu dilakukan.
3.      Orang kena tuduh akan ditanya sama ada dia faham tentang pertuduhan atau tidak.
4.      Orang kena tuduh akan ditanya sama ada dia mengaku bersalah atau tidak,dan mahkamah akan menerangkan kesan dan akibat daripada pengakuan yang akan di buatnya.
5.      Jika orang kena tuduh mengaku bersalah,prosedur berikut perlu di ikuti :
·     Mahkamah mencatatkan pengakuan bersalah individu tersebut selepas berpuashati dan telah memahami jenis dan akibat pengakuannya.
·         Perbicaraan tidak akan dibuat
·         Pendakwa akan bentangkan fakta kes dan eksibit yang berkaitan dengan pertuduhan
·         Fakta kes akan diterangkan kepada orang kena tuduh.
·       Mahkamah akan bertanya pada orang kena tuduh sama ada dia faham dan mengakui fakta kes
·         Mahkamah akan membuat keputusan sama ada orang kena tuduh bersalah ataupun tidak.
6.      Jika orang kena tuduh tidak mengaku bersalah,perbicaraan akan ditangguhkan dan pihak mahkamah akan menetapkan satu tarikh untuk melangsungkan perbicaraan orang kena tuduh yang berkaitan.

3.0.8.KEHADIRAN YANG TERDAKWA DI MAHKAMAH
Seseorang yang tertuduh atau yang disyaki melakukan kesalahan boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut mana-mana daripada cara berikut :
  • Secara saman oleh mahkamah
  • Secara waran tangkap
  • Secara penangkapan tanpa waran bagi kesalahan yang boleh ditangkap.
Dua cara terawal itu adalah proses memaksa menghadirkan diri.



3.0.8.1.SAMAN OLEH MAHKAMAH
Saman bermaksud satu dokumen yang menentukan tuduhan dan menghendaki orang yang diberi atau dihantarkan saman itu hadir di mahkamah pada masa yang ditentukan untuk menjawab tuduhan.Setiap saman yang dikeluarkan mestilah bertulis dan ditandatangani oleh Majistret serta bermeteri mahkamah tersebut.Seboleh-bolehnya saman tersebut disersahkan sendiri kepada orang yang terlibat.



3.0.8.2.WARAN TANGKAP
Ianya lebih dikenali dengan warrant of arrest.Waran adalah perintah kepada polis atau penguatkuasa untuk menangkap orang dinamakan didalam waran itu dan menghadapkannya ke mahkamah.Ianya dalam bentuk bertulis dan hendaklah ditandatangani oleh Majistret serta ada meterai mahkamah.Ia berkuatkuasa sehingga dibatalkan oleh mahkamah.Polis yang bertugas menjalankan penangkapan hendaklah :
  • Memaklumkan orang itu tentang pertuduhan yang dibuat terhadapnya
  • Menunjukkan waran tersebut kepada yang dituduh
  • Membawa orang itu ke mahkamah dengan segera.

3.0.8.3.PENANGKAPAN TANPA WARAN
Dalam acara sivil,ianya lebih dikenali dengan arrest without warrant.Penangkapan tanpa waran adalah dilakukan dalam beberapa kes tertentu sahaja.Terdapat empat golongan yang dibenarkan untuk membuat penangkapan tanpa waran seperti,Mahkamah,Polis,Penghulu dan Peguam Keamanan.Penangkapan tanpa waran adalah tangkapan yang dilakukan secara terus.

No comments: