JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Friday, June 3, 2011

IMAM ABU DAUD


3.0.BIODATA IMAM ABU DAUD
3.1.NAMA SEBENAR BELIAU :
  • Sulaiman bin al Asy’ats bin Syadad bin ‘Amru bin ‘Amir (Menurut Abdurrahman bin Abi Hatim).
  • Sulaiman bin al Asy'ats bin Basyar bin Syadad (Menurut Muhammad bin Abdul 'Aziz Al Hasyimi).
  • Imam Al Hafidz Al Faqih Sulaiman bin ‘Imran bin Al Asy’ats bin Ishaq  bin Basyir bin Syidad bin ‘Amr bin ‘Imran atau disebut dengan Amir Al Azdy  As Sajistaany.
  • Menurut Abdurrahman bin Abi Hatim, bahawa nama Abu Daud adalah Sulaiman bin al Asy’ats bin Syadad bin ‘Amru bin ‘Amir.
  • Menurut Muhammad bin Abdul ‘Aziz Al Hasyimi nama Imam Abu Daud ialah Sulaiman bin al Asy’ats bin Basyar bin Syadad. 
  • Ibnu Dasah dan Abu ‘Ubaid Al Ajuri berkata bahawa nama Imam Abu Daud ialah Sulaiman bin al Asy’ats bin Ishaq bin Basyir bin Syadad. Pendapat ini di perkuat oleh Abu Bakr Al Khathib di dalam Tarikhnya dan di dalam bukunya beliau menambahi dengan Ibnu ‘Amru bin ‘Imran al Imam, Syaikh as Sunnah, Muqaddimu al huffazh, Abu Daud al-azadi as-Sajastani, muhaddits Bashrah.


3.2.TARIKH LAHIR DAN TEMPAT LAHIR BELIAU:
  • Dilahirkan pada tahun 202 H di kota Sajistaan. Ianya menurut kesepakatan referensi yang memuatkan biografi beliau. Demikian juga didasarkan keterangan murid beliau yang bernama Abu Ubaid Al-Ajury ketika beliau wafat, ketika berkata:  aku telah mendengar dari Abi Daud, beliau berkata : “Aku dilahirkan  pada tahun  202 H (Siyar A`lam An Nubala` 13/204).”


3.3.UMUR BELIAU :
  • Pada tarikh kewafatan beliau iaitu 202 H tanggal 16 bulan Syawal tahun 275 H beliau telah berusia 73 tahun.

 3.4.PENERANGAN RINGKAS BERKAITAN BELIAU :
  • Imam Abu Daud belajar bertalaqqi, dan merantau mencari hadis.
  • Beliau antara imam yang paling banyak merantau bagi mencari sepotong hadis.
  • Beliau adalah Imam dan tokoh ahli hadis serta pengarang kitab sunan.


3.5.TARIKH WAFAT DAN TEMPAT WAFAT BELIAU :
  • Beliau  wafat di kota Bashrah pada 16 Syawal 275 H bersamaan hari Jumaat dan disolatkan janazahnya oleh  Abbas bin Abdul Wahid Al Haasyimy.
  • Abu ‘Ubaid al Ajuri menuturkan; ‘Imam abu daud meninggal pada hari Jumaat tanggal 16 bulan syawwal tahun 275 hijriah. Beliau meninggal di Basrah.


3.6.MAZHAB PEGANGAN BELIAU :
  • Imam Abu Daud merupakan individu yang berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah Wal Jama’ah.


3.7.ETNIK ATAU BANGSA BELIAU:
  • Etnik Imam Abu Daud ialah orang Arab dari suku kaum Adz.


4.0.LATAR BELAKANG BELIAU
Sejak kecil Abu Daud sangat mencintai ilmu dan sudah bergaul dengan para ulama untuk menimba ilmu pengetahuan. Sebelum dewasa, dia sudah mempersiapkan dirinya untuk melangkah ke pelbagai negara. Dia belajar hadis dari para ulama yang ditemuinya di Hijaz, Syam, Mesir, Iraq, Jazirah, Sagar, Khurasan dan negara lainnya. Pengembaraannya ke beberapa negara itu membawa dia untuk mendapatkan hadis sebanyak yang mungkin. Kemudian hadis itu disaring, lalu ditulis pada kitab Sunan Abu Daud. Imam Abu Daud seringkali berulang alik mengunjungi Baghdad. Di kota itu, dia mengajar hadis dan fiqih dengan menggunakan kitab sunan sebagai buku pegangan. Kitab sunan itu ditunjukkan kepada ulama hadis terkemuka sperti, Imam Ahmad bin Hanbal. Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan bahwa kitab itu sangat bagus. Ketika meneliti biografi imam Abu Daud, akan muncul paradigma bahawasanya beliau semenjak kecil memiliki keahlian untuk menimba ilmu yang bermanfaat. Semua itu ditunjang dengan adanya keutamaan yang telah di anugerahkan Allah kepadanya berupa kecerdasan, kepandaian dan kegeniusan. Dia semenjak kecil memfokuskan diri untuk belajar ilmu hadis. Maka kesempatan itu digunakan untuk mendengarkan hadis di negerinya iaitu Sijistan dan sekitarnya. Kemudian dia memulai rihlah ilmiahnya ketika menginjak umur belasan tahun. Dia merupakan antara ulama yang sering mengembara untuk mencari hadis ke pelbagai negara Islam. Beliau banyak mendengar hadis dari berbagai ulama. Maka tidak hairanlah jika dia dapat menulis dan menghafal hadis dengan jumlah yang besar iaitu sehingga setengah juta atau mungkin lebih daripada itu. Hal ini merupakan modal yang besar baginya untuk menghasilkan berbagai karya tulisan beliau sendiri yang tersebar sehingga kepelbagai pelosok negara Islam dan menjadi sandaran dalam perkembangan keilmuan baik hadis mahupun disiplin ilmu yang lain.


4.1.SIFAT DAN KEPERIBADIAN BELIAU
Abu Dawud termasuk ulama yang mencapai darjat tinggi dalam ibadah, kesucian diri (tasawuf), kesolehan dan wara’ yang patut diteladani. Sebahagian ulama berkata: "Perilaku Abu Daud, sifat dan keperibadiannya menyerupai Imam Ahmad bin Hanbal. Imam Ahmad bin Hanbal menyerupai Waki’. Waki’ pula seperti Sufyan as-Sauri, Sufyan pula seperti Mansur, Mansur menyerupai Ibrahim an-Nakha’i, Ibrahim menyerupai Alqamah. Alqamah seperti Ibnu Mas’ud, dan Ibnu Mas’ud seperti Nabi Muhammad SAW. Sifat dan keperibadian seperti ini menunjukkan kesempurnaan dalam beragama, perilaku dan akhlak Abu Daud. Abu Daud mempunyai falsafah tersendiri dalam berpakaian. Salah satu lengan bajunya lebar dan satunya lagi sempit. Bila ada yang bertanya, dia menjawab : "Lengan yang lebar ini untuk membawa kitab, sedang yang satunya tidak diperlukan. Kalau dia lebar, bererti pembaziran." 


4.2.AQIDAH BELIAU
Beliau  adalah imam dari imam-imam Ahli Sunnah Wal Jamaah yang hidup di Basrah kota  berkembangnya kelompok Qadariyah. Demikian juga berkembangnya disana pemikiran  Khawarij, Mu’tazilah, Murji’ah dan Syi’ah Rafidhoh serta Jahmiyah dan lain-lainnya. Tetapi  walaupun demikian, beliau tetap istiqomah diatas Sunnah dan beliau membantah Qadariyah didalam kitabnya Al Qadar. Demikian pula bantahan beliau atas golongan Khawarij dalam kitabnya Akhbar Al-Khawarij. Beliau juga membantah terhadap fahaman yang menyimpang dari kemurnian ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Maka berkaitan  hal tersebut dapat dilihat didalam kitabnya As-Sunan (Sunan Abu Daud) yang terdapat padanya bantahan-bantahan  beliau terhadap golongan Jahmiyah, Murji’ah dan Mu’tazilah.



4.3.MEMULIAKAN ILMU DAN ULAMA
Sikap Abu Daud ialah memuliakan ilmu dan ulama dapat dilihat melalui kisah yang diceritakan oleh Imam al-Khattabi dari Abu Bakar bin Jabir, pembantu Abu Daud. Dia berkata: "Aku bersama Abu Daud tinggal di Baghdad. Pada suatu hari, ketika kami telah selesai melakukan solat maghrib, tiba-tiba terdapat orang yang mengetuk pintu rumah. Lalu aku membuka pintu tersebut dan seorang pelayan melaporkan kepadaku bahawa Amir Abu Ahmad al-Muwaffaq meminta izin untuk masuk kedalam rumah. Kemudian aku memberitahu Abu Daud dan beliau pun mengizinkannya. Lalu Amir duduk. Kemudian Abu Daud bertanya: "Apakah yang mendorongmu Amir ke sini?" Amir pun menjawab "Ada tiga kepentingan". "Kepentingan apa?" Tanya Abu Daud. Amir mengatakan: "Sebaiknya anda tinggal di Basrah, supaya para pelajar dari seluruh dunia belajar kepadamu. Dengan demikian kota Basrah akan makmur lagi kerana Basrah telah hancur dan ditinggalkan orang ramai akibat tragedi Zenji." Abu Daud berkata: "Itu yang pertama, lalu apa yang kedua?". Amir berkata : "Hendaknya anda mahu mengajarkan sunan kepada anak-anakku". Lalu Abu Daud bertanya lagi "yang ketiga?". "Hendaklah anda membuat majlis sendiri untuk mengajarkan hadis kepada keluarga khalifah, sebab mereka enggan duduk bersama orang umum." Abu Daud menjawab: "Permintaan ketiga tidak dapat aku kabulkan sebab darjat manusia itu, baik yang terhormat mahupun rakyat jelata dalam menuntut ilmu dipandang sama." Ibnu Jabir menjelaskan: "Sejak itu putra-putra khalifah menghadiri majlis taklim, duduk bersama orang umum, dengan diberi tirai pemisah".


4.4.PERKEMBANGAN KEILMUANNYA
Tidak terdapat berita atau keterangan yang jelas mengenai masa kecil beliau kecuali keterangan  bahawa keluarganya memiliki perhatian yang sangat besar dalam hadis-hadis  Rasulullah SAW dan hal ini sangat  mempengaruhi perkembangan keilmuan beliau di masa depannya.


5.0.LATAR BELAKANG KELUARGA BELIAU
Keluarga beliau adalah keluarga yang terdidik dalam kecintaan terhadap hadis-hadis Rasulullah SAW dan ilmu-ilmunya yang lain. Bapa beliau iaitu Al Asy’ats bin Ishaq adalah seorang perawi hadis yang meriwayatkan hadis dari Hamad bin Zaid dan demikian juga saudara lelakinya Muhammad bin Al Asy’ats termasuk seorang yang mendalami dan menuntut ilmu hadis serta ilmu-ilmu yang terkandung didalam ilmu hadis yang merupakan  teman perjalanan beliau dalam menuntut hadis dari para ulama ahli hadis. Ini merupakan satu modal yang sangat yang berperanan besar dalam perkembangan beliau di masa-masa perkembangan keilmuan dan keahliannya dalam bidang hadis dan ilmu-ilmu yang terkandung di dalam hadis yang lain yang merupakan sebahagian daripada ilmu-ilmu agama. Maka berkembanglah Abu Daud dengan motivasi dan semangat yang tinggi serta kecintaan beliau sejak kecil terhadap ilmu-ilmu hadis, sehingga beliau mengadakan perjalanan (Rihlah) dalam mencari ilmu sebelum genap berusia 18 tahun. Beliau memulakan perjalanannya ke Baghdad (Iraq) pada tahun 220 H dan menemui kematian Imam Affan bin Muslim, sebagaimana yang beliau katakana bahawa : “Aku menyaksikan jenazahnya  dan mensolatkannya (Tarikh Al Baghdady 9/56)”. Walaupun sebelumnya beliau telah pergi ke negeri-negeri tetangga Sajistaan, seperti Khurasan, Baghlan, Harron, Roi dan Naisabur. Setelah  beliau masuk kota Baghdad, beliau diminta oleh Amir Abu Ahmad Al Muwaffaq  untuk tinggal dan menetap di Basrah, dan beliau menerimanya. Akan tetapi hal  itu tidak membuat beliau berhenti dalam mencari hadis, bahkan pada tahun 221 H  beliau datang ke Kufah dan mengambil hadis dari Al Hafidz Al Hasan bin Robi’  Al Bajaly dan Al Hafidz Ahmad bin Abdillah bin Yunus Al Yarbu’iy (mereka berdua  termasuk dalam guru-gurunya Imam Muslim). Sebelumnya beliau berihlah di Makkah dan meriwayatkan hadis dari Abdullah bin Maslamah Al Qa’naby (wafat  tahun 221 H). Demikian juga beliau ke Damaskus ibu kota Syria sekarang dan mengambil  hadis dari Ishaq bin Ibrahim Al Faradisy dan Hisyam bin Ammaar, lalu pada  tahun 224 H beliau pergi ke Himshi dan mengambil hadis dari Imam Hayawah bin Syuraih  Al Himshy, dan mengambil hadis dari Ibu Ja’far An Nafiry di Harron juga pergi  ke Halab dan mengambil hadis dari Abu Taubah Robi’ bin Nafi’ Al Halab, lalu  berihlah ke Mesir dan mengambil hadis daripada Ahmad bin Soleh Ath Thobary. Kemudian beliau tidak berhenti mencari ilmu di negeri-negeri tersebut bahkan sering sekali berulang alik ke Baghdad untuk menemui Imam Ahmad bin Hambal disana dan menerima serta menimba ilmu daripadanya. Walaupun demikian beliaupun mendengar dan menerima ilmu dari ulama-ulama Basrah seperti : Imam Abu Salamah At Tabudzaky, Imam Abdul Walid Ath Thoyalisy dan yang lain-lainnya. Kerana itulah beliau menjadi seorang imam ahlil hadis yang terkenal kerana banyak beruhlah dalam mencari ilmu pengetahuan.


5.1.PUTRA IMAM ABU DAUD
Imam Abu Daud meninggalkan seorang putra bernama Abu Bakar Abdullah bin Abu Daud. Dia adalah seorang Imam hadis iaitu putra kepada seorang imam hadis pula. Dilahirkan tahun 230 H dan wafat pada tahun 316 H.


6.0.ILMU PENGETAHUAN IMAM ABU DAUD
6.1.KRONOLOGI RIHLAH IMAM ABU DAUD
  • Pada usia 18 tahun beliau memulakan rihlah ke Iraq, Baghdad yang merupakan daerah Islam yang pertama beliau kunjungi, iaitu pada tahun 220 H
  • Kufah pula beliau kunjungi pada tahun 221 H.
  • Basrah merupakan tempat beliau tinggal dan disana beliau banyak mendengar hadis. Kemudian beliau keluar dari sana dan kembali lagi setelah itu. Tempat kewafatan beliau juga adalah di Basrah.
  • Syam, Damsyiq, Himsh dan Halb.
  • Al-Jazirah iaitu beliau masuk ke daerah Haran dan mendengar hadis dari penduduknya.
  • Hijaz pula beliau mendengar hadis dari penduduk Makkah. Kemungkinan besar saat itu perjalanan beliau adalah bertujuan hendak menunaikan ibadah haji.
  • Mesir.
  • Khurasan iaitu di Naisabur dan Harrah. Tujuan beliau ke sana adalah untuk mendengar hadis dari penduduk Baghlan.
  • Ar-Ray.
  • Sijistan iaitu tempat tinggal asal beliau. Beliau keluar dari Sijistan dan kemudian kembali semula. Setelah itu beliau keluar lagi menuju ke Basrah.


6.2.GURU-GURU IMAM ABI DAUD
Guru-guru  beliau sangat banyak, kerana beliau menuntut ilmu sejak kecil dan sering merantau  kepelosok negeri-negeri untuk menuntut ilmu pengetahuan. Abu Ali Al-Ghasaany telah mengarang sebuah buku yang menyebut nama-nama guru beliau. Didalam kitab tersebut menyatakan bahawa guru-guru beliau mencapai tahap sehingga 300 orang. Demikian juga Imam Al Mizy menyebut dalam kitabnya Tahdzibul Kamal bahawa Imam Abu Daud mempunyai seramai 177 orang guru. Di antara guru-guru beliau ialah :
  • Ahmad bin Muhammmad bin Hanbal as Syaibani al Bagdadi. 
  • Ishaq bin Ibrahin bin Rahuyah Abu Ya’qub al-Hanzhali. 
  • Ali bin Al Madiny.
  • Yahya bin Ma’in Abu Zakariya. 
  • Abu Bakr ibnu Abi Syaibah.
  • Muhammad bin Yahya Adz Dzuhly.
  • Abu Taubah Robi’ bin Nafi’ Al Halaby.
  • Abdullah bin Maslamah Al Qa’naby.
  • Abu Khaisamah Zuhair bin Harb. 
  • Ahmad bin Soleh Al Mishry. 
  • Hayuwah bn Syuraih.
  • Abu Mu’awiyah Muhammad bin Hazim Adh Dhorir.
  • Abu Robi’ Sulaiman bin Daud Az Zahrony.
  • Qutaibah bin Sa’di bin Jamil Al Baghlany.


6.3.MURID-MURID IMAM ABI DAUD
  • Imam Abu ‘Isa at Tirmidzi
  • Imam Nasa’i
  • Ali bin Hasan bin Al ‘Abd Al Anshari (perawi sunan dari beliau).
  • Muhammad bin Bakr bin Daasah At Tammaar (perawi sunan dari beliau).
  •  Abu ‘Ali Muhammad bin Ahmad Al Lu’lu’i (perawi sunan dari beliau). 
  • Abu Ubaid Al Ajury
  • Abu Thoyib Ahmad bin Ibrahim Al Baghdady (Perawi sunan Abi Daud dari beliau).
  • Abu ‘Amr Ahmad bin Ali Al Bashry (perawi kitab sunan dari beliau).
  • Abu Bakr Ahmad bin Mauhammad Al Khollal Al Faqih.
  • Isma’il bin Muhammad Ash Shofar.
  • Abu Bakar bin Abi  Daud (anak beliau).
  • Zakariya bin Yahya As Saajy.
  • Abu Bakr Ibnu Abi Dunya.
  • Ahmad bin Sulaiman An Najjar (perawi kitab Nasikh wal Mansukh dari beliau). 
  • Muhammad bin Ahmad bin Ya‘qub Al Matutsy Al Bashry (perawi kitab Al Qadar  dari beliau).

6.4.HASIL KARYA BELIAU
Adapun hasil karya beliau yang sampai kepada kita hari ini adalah ;
  • As Sunan.
  • Al marasil.
  • Al Masa’il.
  • Ijabaatuhu ‘an su’alaati Abi ‘Ubaid al Ajuri.
  • Risalatuhu ila ahli Makkah.
  • Tasmiyyatu al Ikhwah alladziina rowaa ‘anhum al hadis.
  • Kitab az zuhd.
Adapun kitab beliau yang hilang dari peredaran masa adalah;
  • Ar Radd ‘ala ahli al qadar.
  • An Nasikh wal Mansukh.
  • At Tafarrud.
  • Fadla’ilu al anshar.
  • Musnad Hadis Malik.
  • Dala’ilu an nubuwwah.
  • Ad du’aa’.
  • Ibtidaa’u al wahyi.
  • Akhbaru al Khawarij.
  • Ma’rifatu al awqaat.
  • Kitab al-Qadar .
Di antara kitab karangan Imam Abu Daud tersebut, yang paling popular adalah kitab as-Sunan, yang lebih dikenali dengan nama Sunan Abu Dawud.


6.5.PUJIAN DAN SANJUNGAN PARA ULAMA TERHADAP IMAM ABU
      DAUD
Banyak para imam dan ulama yang memuji dan menyanjungi Imam Abu Daud, diantara mereka ialah :
  • Imam Ahmad bin Hanbal pernah dan sempat memberi komentar terhadap sunan Abu Daud iaitu, beliau memuji bahawa ia satu kitab yang sangat baik.
  • Berkata Imam Al Khollal bahawa Imam Abu Daud adalah imam yang paling didepan pada  zamannya
  • Berkata Ibnu Hibban bahawa Abu Daud termasuk salah satu imam dunia dalam ilmu dan fiqih (Thobaqat As-Syafi’iyah 2/293).
  • Berkata Musa bin Harun bahawa Abu Daud diciptakan di dunia untuk hadis dan di akhirat untuk Syurga dan tidak aku melihat seorang pun lebih utama darinya (Thobaqatus Syafi`iyah 2/295).
  • Berkata Al Hakim bahawa Imam Abu Daud adalah imam ahli hadis di zamannya tanpa sebarang keraguan.
  • Berkata Imam Nawawi bahawa para ulama telah sepakat memuji Abu Daud dan mensifatinya dengan orang yang banyak ilmu, kekuatan hafalan, wara’ dalam agama yakni soleh dan kuat pemahamannya dalam ilmu hadis dan yang lainnya (Tahdzib Al Asma` Wal Lughat 2/225).
  • Ditanya Syeikh Islam Ibnu Taimiyah tentang buku-buku hadis dan sebahagian pengarangnya seperti Ath-Thoyalisy dan Abu Daud dan yang lainnya. Maka beliau menjawab bahawa adapun Bukhari dan Abu Daud, maka beliau berdua adalah dua orang imam dalam fiqih dari ahli ijtihad.
  • Adapun Adz Dzahaby banyak memuji beliau dan diantara pujian beliau adalah ucapannya bahawa Abu Daud dengan keimamannya dalam hadis dan ilmu-ilmu yang lainnya. Beliau termasuk dalam ahli fiqih yang besar. Maka kitabnya As-Sunan telah jelas menunjukkan hal tersebut. 
  • Abdurrahman bin Abi Hatim berkata bahawa Abu Daud adalah seorang yang thiqah
  • Abu Bakr Ash Shaghani berkata bahawa hadis dilunakkan bagi Abi Daud sebagaimana besi dilunakkan bagi Nabi Daud.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Mintak tolong boleh, boleh bagitahu tak dari mana sumber saudara dapatkan pasal imam abu daud ini yer, terima kasih