JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Monday, June 6, 2011

DAKWAAN


3.0.DAKWAAN
3.0.1.DEFINISI DAKWAAN
Dakwa dalam Bahasa Arab bererti nama bagi sesuatu yang didakwa.Manakala dakwa menurut kehakiman Islam membawa maksud perkataan yang diterima oleh hakim.Orang yang mengatakan demikian adalah bertujuan untuk menuntut haknya yang tertentu terhadap orang lain ketika persengketaan atau perbalahan atau mempertahankan hak dirinya.
Menurut Ibn Qudamah dalam kitabnya “Al-Mughni” menegaskan dakwa pada syarak ialah menyandarkan seseorang kepada dirinya bahawa dia berhak terhadap sesuatu yang ada pada tangan atau tanggungan orang lain.

3.0.2.RUKUN-RUKUN DAKWAAN
Apabila diteliti kepada takrif dakwaan menurut istilah syarak,maka jelaslah bahawa dakwaan itu memerlukan kepada beberapa unsur-unsur tertentu.Unsur-unsur tersebut ialah :
  • Pertama : Orang yang menuntut hak iaitu pendakwa.Ianya dinamakan sebagai al-Mudda’i
  • Kedua : Orang yang dituntut hak daripadanya iaitu yang didakwa.Ianya dinamakan al-Muda’a ‘Alaihi.
  • Ketiga : Sesuatu hak yang dituntut oleh pendakwa daripada yang kena dakwa.Ianya dinamakan al-Muda’a Bihi.
  • Keempat : Perkataan yang lahir daripada pendakwa dihadapan hakim untuk menyatakan bahawa beliau ada hak tuntutan keatas tanggungan orang yang didakwa.Perkataan ini dinamakan da’awa.

3.0.2.1.PERTAMA : TAKRIF PENDAKWA DAN PIHAK YANG DIDAKWA DAN    
                                    PERBEZAAN DIANTARA KEDUANYA
Mengenal pasti perbezaan diantara pihak pendakwa dan yang didakwa adalah merupakan diantara beberapa perkara yang perlu diketahui dengan jelas.Samaada pihak hakim ataupun pihak yang bertikai,agar dapat dilaksanakan hadis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi seperti berikut :
Mengemukakan keterangan adalah merupakan kewajipan yang mendakwa dan bersumpah adalah tanggungjawab yang mengingkarinya”
Oleh yang demikian,maka hendaklah dikenalpasti siapakah yang dikatakan pendakwa (al-Mudda’i) iaitu yang berkewajipan mengemukakan keterangan dan siapakah pula yang dimaksudkn dengan yang didakwa (al-Mudda’a ‘Alaihi) iaitu mesti bersumpah sekiranya dia mengingkari dakwaan pendakwa.

 3.0.2.1.1.TAKRIF AL-MUDDA’I DAN AL-MUDDA’I ‘ALAIH
Kedua-dua istilah ini mempunyai takrif yang berbeza-beza,diantaranya ialah :
  • Pendakwa itu ialah mereka yang membuktikan sesuatu dan yang didakwa ialah mereka yang menafikan sesuatu.
  • Pendakwa itu ialah orang yang mendakwa sesuatu yang tersembunyi dan yang didakwa ialah mereka yang mendakwa sesuatu yang jelas dan zahir.
  • Pendakwa ialah mereka yang perkataannya menyalahi asal atau uruf,sedangkan yang didakwa ialah mereka yang adalah perkataannya secocok atau sesuai dengan asal atau uruf.
  • Pendakwa ialah mereka yang apabila meninggalkan dakwaannya itu dibiarkah sahaja,maka dia tidak boleh dipaksa supaya membuat dakwaan,sedangkan yang didakwa itu adalah sebaliknya iaitu yang dipaksa menjawab dakwaan tersebut. 
  • Pendakwa ialah mereka yang menuntut dengan perkataannya bagi mendapatkan sesuatu yang berada ditangan orang lain,atau membuktikan hak yang ada pada tanggungan orang lain.Sedangkan yang didakwa ialah mereka yang mengingkari dakwaan tersebut.
 
3.0.2.2.KEDUA : TAKRIF BENDA ATAU HAK YANG DIDAKWA
al-Mudda’a Bihi” ialah hak yang dituntut oleh pendakwa.Maka ia merupakan perkara yang didakwa.Para fuqaha berpendapat bahawa seseorang hakim yang telah dilantik dengan kuasa yang tidak terbatas bagi mendengar semua jenis kes adalah dibenarkan untuk mendengar semua hak yang didakwa.Sama ada yang berkaitan dengan mal atau sivil mahupun jenayah. Ibn Rusyd telah menegaskan mengenai bidang kuasa yang dimiliki oleh seseorang hakim.Katanya :
“Para ulama telah sekata bahawa seseorang hakim atau kadi mempunyai kuasa menjalankan hukuman keatas semua hak.Sama ada hak Allah atau hak anak Adam dan sesungguhnya seorang hakim itu merupakan wakil atau pengganti raja atau ketua Negara bagi tujuan ini.”

3.0.2.2.1.PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIDAKWA
Perkara-perkara ibadat tidak termasuk didalam bidang kuasa hakim dan pihak hakim tidak berhak untuk mendengar dakwaan mengenainya atau dalam erti kata lain,ia tidak layak dijadikan sebagai perkara dakwaan (al-Mudda’a Bihi).Sesungguhnya perkara ibadat itu lebih sesuai sebagai bahan “Fatwa” bukan sebagai perkara dakwaan.Seseorang hakim tidak boleh menjatuhkan sesuatu hukum tentang sembahyang itu sah atau batal,air suci atau najis.Begitu juga perkara-perkara yang berkaitan dengan sebab-sebab ibadat.
Hakim juga tidak berhak mendengar dan menjatuhkan hukuman mengenainya.Oleh yang demikian,misalnya apabila seseorang itu bersaksi melihat anak bulan Ramadan,lalu disabitkan oleh hakim Mazhab Syafi’i,kemudian dihebahkan kepada penduduk tempat itu supaya berpuasa,maka ia tidak mengikat bagi mereka yang bermazhab Maliki kerana itu merupakan fatwa bukan sesuatu keputusan hakim.

3.0.2.3.KETIGA : TAKRIF DAKWAAN
Perkataan yang lahir dari pendakwa dihadapan hakim dengan tujuan menyatakan bahawa dia mempunyai hak yang tertentu keatas tanggungan orang yang didakwa dan dia menuntut hak itu serta meminta hakim membuat keputusan benda (hak) yang didakwa itu adalah haknya.Inilah yang dikatakan dakwaan.

3.0.3.LAFAZ DAKWAAN
Tidak terdapat sesuatu lafaz khusus dalam dakwaan yang semestinya digunakan ketika mengemukakan sesuatu dakwaan dihadapan hakim.Apa yang penting ialah setiap perkataan yang dapat memberi pengertian dakwaan,maka ia dianggap sebagai lafaz dakwa yang sah.Dalam erti kata lain ialah perkataan yang dikira sah dijadikan lafaz dakwaan itu apabila ia memenuhi perkara-perkara berikut :
  • Lafaz dakwaan tersebut mengandungi sesuatu yang menunjukkan keyakinan pendakwa sabit hak yang dituntut daripada yang didakwa.Oleh kerana itu,jika pihak yang mendakwa itu menggunakan lafaz yang meragukan atau sangkaan semata-mata,maka dakwaan itu dianggap tidak sah.
  • Pendakwa dalam dakwaannya menuntut hak daripada yang didakwa,samaada hak tersebut dalam bentuk hutang,harta alih atau harta tak alih.Sekiranya dia tidak membuat tututan dalam lafaz dakwaannya,maka tidak diterima dakwaan tersebut kecuali jika dia telah membuat tuntutan.Adalah penting menyebut perkataan “aku menuntut” ketika sesi pendakwaan berlangsung.Ianya kerana,hak itu adalah hak pendakwa.Namun begitu selagi dia tidak menuntut,maka tidak ada hak baginya.
  • Dalam dakwaan mwngenai harta tak alih,pendakwa akan menyatakan bahawa yang didakwa itu ialah orang yang mentadbir dan menguasai harta itu.Sekiranya dia tidak menyatakan demikian,maka tidaklah menjadi kewajipan bagi pihak yang didakwa itu menjawab dakwaan tersebut kerana ianya tidak sah.
  • Pendakwa didalam lafaz dakwaannya berkaitan dengan sesuatu harta alih yang berada didalam penguasaan pihak yang didakwa,hendaklah menyebut kalimah “tanpa hak”. Kepentingan menyebut kalimah ini ialah untuk mengelakkan daripada sebarang keraguan terhadap harta tersebut.Contohnya barang yang didakwa sebagai gadaian,maka bererti pihak yang didakwa telah memegang benda atau harta itu secara sah.Oleh kerana itu,bukanlah pihak yang didakwa itu sepatutnya menjadi defendan dalam kes tuntutan pihak yang mendakwa.

3.0.4.PEMBAHAGIAN DAKWAAN DARI SUDUT SAHNYA ATAU TIDAK
Sesuatu dakwaan itu dikira sah apabila ia memenuhi syarat-syarat sah dakwaan dan kadangkala dakwaan itu dikira fasid walaupun wujud syarat sah dakwaan pada asalnya.Ini adalah kerana terdapat kecacatan pada beberapa dakwaan tersebut.Kadangkala dakwaan tersebut akan batal sama sekali.Apabila ditinjau sah atau tidaknya sesuatu dakwaan tersebut,maka didapati ia mempunyai tiga bahagian (bahagian ini adalah mengikut Mazhab Hanafi) dan penambahan pada satu bahagian lagi iaitu, “Da’awa al-Hisbah”.
Pada bahagian keempat dalam dakwaan ini pihak yang mendakwa bukan menuntut hak untuk dirinya tetapi menuntut hak Allah.Bahagian tersebut ialah :
  • Dakwaan yang sah.
  • Dakwaan yang fasidah.
  • Dakwaan yang batal.
  • Dakwaan yang hisbah.

No comments: