JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Tuesday, June 7, 2011

BAHAGIAN-BAHAGIAN DAKWAAN


3.0.5.BAHAGIAN-BAHAGIAN DAKWAAN
3.0.5.1.PERTAMA : DAKWAAN YANG SAH
Iaitu dakwaan yang memenuhi syarat-syarat sahnya.Antara syarat-syarat yang penting adalah seperti berikut :
  • Hendaklah setiap orang yang mendakwa dan yang didakwa adalah terdiri dari orang yang berakal.Maka tidak sah dakwaan orang gila dan dakwaan keatasnya.Demikian juga dakwaan terhadap kanak-kanak yang tidak berakal.
  • Hendaklah sesuatu hak yang didakwa itu diketahui dan ianya termasuk didalam bidang kuasa kehakiman serta boleh dijatuhkan hukum keatasnya.
  • Hendaklah sesuatu hak yang didakwa itu diantara benda atau harta yang boleh sabit,bukan sesuatu yang mustahil pada akal dan adat.Sesuatu yang mustahil pada akal seperti seseorang itu mendakwa seseorang sebagai anaknya,sedangkan yang dikatakan anaknya itu lebih tua daripada yang mendakwa.Manakala sesuatu yang mustahil pada adat ialah seperti seseorang “fakir” yang diketahui umum tentang kefakirannya telah mendakwa member hutang sesuatu kepada seseorang yang masyhur dengan kekayaannya.
  • Hendaklah dakwaan itu melazimkan atau mewajibkan sesuatu keatas orang yang didakwa andaikata sabit dakwaan tersebut.Jika sebaliknya,maka dakwaan itu tidak akan didengar oleh hakim kerana dakwaan itu dikira tidak sah.
  • Hendaklah lafaz dakwaan tersebut dalam keadaan sah dan boleh diterima oleh hakim.

3.0.5.2.KEDUA : DAKWAAN YANG FASIDAH
“Dakwaan Fasidah” ialah dakwaan yang pada asalnya ianya sah tetapi tidak dikira sebagai syar’iy disebabkan terdapat kecacatan pada sebahagian daripada sifat-sifat luarannya. Contohnya,benda yang didakwa itu sesuatu yang tidak jelas.Dalam keadaan ini,hakim tidak menolak dakwaan itu begitu sahaja dan tidak pula dia mendengar dakwaan tersebut.Bahkan hakim akan meminta supaya pihak pendakwa memperbetulkan dakwaannya dan setelah diperbetulkan dakwaan tersebut,sepertimana jikalau pendakwa telah dapat menentukan benda yang didakwa dan tidak ada apa-apa yang menyebabkan kesamaran.Manakala jika pendakwa tidak memperbetulkan dakwaanya yang “fasid” itu,maka hakim tetap akan menolak dakwaannya itu.Walau bagaimanapun penolakan ini tidak semestinya menggugurkan hal pihak pendakwa bagi mengemukakan dakwaannya buat kali keduanya kerana dia masih mempunyai hak untuk mengemukakan dakwaannya setelah diperbetulkan kesalahannya supaya menjadi sah dan dapat diterima oleh pihak hakim.
                                                 
3.0.5.3.KETIGA : DAKWAAN YANG BATAL
Dakwaan yang batal adalah dakwaan yang tidak sah pada asalnya dan tidak akan membuahkan sebarang hukuman keatasnya kerana tidak mungkin lagi dapat diperbaiki.

3.0.5.4.KEEMPAT : DAKWAAN AL-HISBAH
Al-Hisbah” dalam bahasa Arab ialah hisab.Ertinya menghitung atau mengira.Apabila dikatakan “Fa’alahu Hisbah” ertinya dia melakukan sesuatu dengan mengharapkan pahala disisi Allah.
Demikian juga jika dikatakan “Ihtasaba al-ajra ‘inda Allah” ertinya dia menyimpan dan menghitung balasan pahala disisi Allah.Oleh itu,Al-Hisbah adalah nama bagi pahala atau ganjaran dan apabila dikatakan “Ihtasab ‘Alaihi Kaza” ertinya dia mengingkari atau membantah sesuatu itu kerana Allah.Al-Hisab dari istilah syarak menurut Al-Mawardi dan Al-Shirazi ialah,memerintah atau menyuruh melakukan sesuatu yang makruf apabila jelas ia ditinggalkan dan melarang daripada perkara mungkar apabila nyata ia dikerjakan.Dalam  bidang kehakiman, Dakwa Al-Hisab bermaksud dakwaan yang dikemukakan oleh seseorang kepada hakim yang bukan bertujuan untuk menuntut hak-hak yang tertentu untuk dirinya tetapi sebaliknya dengan dakwaan itu dia menuntut dilaksanakan hak-hak Allah SWT.Maka dia dianggap sebagai pendakwa dan sekaligus menjadi saksi. Dakwaan Al-Hisab adalah diharuskan walaupun tidak ada hak tetentu yang hendak dituntut oleh pihak pendakwa bagi dirinya kerana pengertian hisab itu sebagaiman kita nyatakan “amar ma’ruf nahi mungkar”,justeru hisab adalah sebahagian daripada fardhu kifayah malah kadang-kadang ia menjadi fardhu ain kepada orang-orang tertentu.

No comments: