JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Wednesday, June 29, 2011

BAGAIMANA CARA YANG KITA RASAKAN SESEORANG ITU AMBIL BERAT TERHADAP KITA??

Hamdallah hari ini ALLAH SWT berikan aku kesempatan untuk berkongsi serba sedikit cerita kehidupan diruangan ini.. Esok hari jadi seorang roomate aku.. Then tetiba aku teringat dekat seorang kawan aku yang tengah menuntut di UMP sekarang ni.. Ops sebelum itu, sebenarnya hari ini aku ingin berkongsi berkaitan dengan BAGAIMANA CARA YANG KITA RASAKAN SESEORANG ITU AMBIL BERAT TERHADAP KITA?? Hehehehe nanti cerita punya cerita tapi tak teringat nak bagitahu antum semua main topic yang ana nak kongsi.. Ok2 kita sambung semula pada cerita yang diatas tadi mengenai roomate dan kawan aku yang study dekat UMP tu.. Iyalah roomate ana tu kan sambut birthday dia.. Mesti dapat hadiah, ucapan dan sebagainya lah.. Apa-apa yang bersesuaian :).. Bukan nak cerita sangat sal roomate ana itu.. Nak ceritanya pasal persoalan yang ana kemukakan sebentar tadi.. Kawanana yang study dekat UMP tu ada bagitahu yang dia menganggap seseorang yang ambil berat terhadap dirinya adalah insan-insan yang mengingati tarikh kelahirannya.. Disebabkan persoalan tu timbul dekat kepala otak ana, ana pun bertanya lah pada teman-teman ana yang lain yang ana rapat mengenai pendapat mereka.. Macam biasalah, otak manusia ini kan berbeza, cara berfikir pun berbeza so sememangnya jawapan yang diberikan juga berbeza.. Antara jawapan yang ana perolehi daripada soalan bagaimana cara yang kita rasakan seseorang itu mengambil berat ialah :

  1. seseorang yang ketika susah dan senang bersama kita.
  2. seseorang yang sentiasa mendengar masalah kita.
  3. seseorang yang sentiasa memberi respon ketika kita mengadu.
  4. seseorang yang sentiasa bertanya khabar dan sentiasa ambil tahu yang tidak melemaskan.. (hai ingatkan dalam air ja kita boleh lemas tapi dalam take know pun boleh lemas juga ya... pelik bin ajaib ).
  5. seseorang yang dalam apa-apa perkara pun tidak akan pernah lupakan kita.
Itulah antara jawapan-jawapan yang diberikan oleh lima orang teman-teman yang ana tanya.. Kalau tanya pendapat ana bagaimana cara seseorang itu ambil berat dengan kita, bagi ana bukanlah melalui birthday, khabaran dan sebagainya.. Bagi ana seseorang yang ambil berat itu adalah seseorang yang sentiasa mendoakan kebaikan buat diri kita dan seseorang yang mampu memberi semangat ketika kita rasa lemah dan mengucapkan tahniah jika kita beroleh kejayaan.. Erm rasanya itulah perkongsian yang ana ak share ngan antum semua.. Ok sekarang masa nak study.. Lain kali ana share lagi..

IDEALNYA SEORANG PEMUDA -KCB SINETRON-

Dia pribadi yang muslim.
Berhati emas, berpotensi prima,
yang di kala damai
anggun petaka kijang dari padang perburuan
yang di kala perang
perkasa bak harimau kumbang
dia perpaduan manis empedu
satu kali dengan kawan
lain kali dengan lawan
yang lembut dalam berbahasa
yang teguh membawa suluh
angannya sederhana
citanya mulia
tinggi keutamaan dalam hati-hati
tinggi budi, rendah hati
dialah sutera halus di tengah sahabat tulus
dialah baja
ditentangnya musuh durhaka
dia ibarat gerimis atau embun tiris
yang memekarkan bunga-bunga
yang melambaikan tangkai-tangkai
dia juga puting beliung
yang melemparkan ombak menggunung
yang mengguncangkan laut ke relung-relung
dialah gemercik air di taman sari, asri
dia juga penumbang segala belantara
segala sahara
dialah pertautan agung iman Abu Bakar
Perkasa Ali
Papa Abu Dzar
Teguhnya Salman
mandirinya di tengah massa yang bergoyang
ibarat lentera ulama di gulita sahara
dai pilih syahid fi sabilillah atas segala kursi dan upeti
dia menuju bintang menggapai malaikat
dia tentang tindak kuffar Pola aniaya di mana saja
maka nilainya pun membumbung tinggi
harganya pun tak terperi
maka siapakah yang akan sanggup membelinya
Kecuali Rabb-nya?

Tuesday, June 28, 2011

KISAH BALANG KACA

Seorang pensyarah di IPTA  yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan.

Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh. Kemudian, Dr. Izwan bertanya, “Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?”. Para pelajarnya menjawab, “Ya, balang kaca itu sudah penuh”.

Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi,”Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?”. “Ya”, jawab para pelajarnya.

Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut. Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi,, “Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?”. “Ya”, jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan.

Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil. Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika. Dr. Izwan sambil tersenyum sinis bertanya,”Adakah balang kaca ini sudah penuh?. Para pelajarnya menjawab, “Ya, sudah penuh”.

Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya,”Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?”. “Baiklah saya akan terangkan sebabnya… balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibubapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu”, jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.

“Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh… pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat”, Dr. Izwan menyambung.

Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, “Habis… air kopi tu melambang apa pula?”. Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, “Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibubapamu.

Wahai kawan-kawanku sekalian… jika kamu berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup… sebenarnya anda silap! Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati… tentukan yang mana satukah prioriti. Jangan lupa fahami sedalam-dalamnya tafsiran surah Al-’Asr!!!.

SUMBER : ILUVISLAM

PUISI UNTUK SAHABAT

sahabatku………
seberat apapun masalahmu
sekelam apapun beban hidupmu
jangan pernah berlari darinya
ataupun bersembunyi
agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa menghindar darinya
karena sahabat…..
seberapa jauhpun kau berlari
dan sedalam apapun kau bersembunyi
dia pasti akan menemuimu
dalam sebuah episode kehidupanmu
sahabatku……
alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang
persilahkan ia masuk dalam bersihnya rumah hati
dan mengkilapnya lantai nuranimu
hadapi ia dengan senyum seterang mentari pagi
ajak ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran
ditambah sedikit penganan keteguhan
sahabat…….
dengan begitu
sepulangnya ia dari rumahmu
akan kau dapati
dirimu menjadi sosok yang tegar
dalam semua keadaan
dan kau pun akan mampu dan lebih berani
untuk melewati lagi deraan kehidupan
dan yakinlah sahabat……..
kaupun akan semakin bisa bertahan
kala badai cobaan itu menghantam

SAHABAT

Sahabatku adalah tetesan embun pagi
yang jatuh membasahi kegersangan hati
hingga mampu menyuburkan seluruh taman sanubari
dalam kesejukan

Sahabatku adalah bintang gemintang malam di angkasa raya
yang menemani kesendirian rembulan yang berduka
hingga mampu menerangi gulita semesta
dalam kebersamaan

Sahabatku adalah pohon rindang dengan seribu dahan
yang memayungi dari terik matahari yang tak tertahankan
hingga mampu memberikan keteduhan
dalam kedamaian

Wahai angin pengembara
kabarkanlah kepadaku tentang dirinya

Sahabatku adalah kumpulan mata air dari telaga suci
yang jernih mengalir tiada henti
hingga mampu menghapuskan rasa dahaga diri
dalam kesegaran

Sahabatku adalah derasnya hujan yang turun
yang menyirami setiap jengkal bumi yang berdebu menahun
hingga mampu membersihkan mahkota bunga dan dedaun
dalam kesucian

Sahabatku adalah untaian intan permata
yang berkilau indah sebagai anugerah tiada tara
hingga mampu menebar pesona jiwa
dalam keindahan

Wahai burung duta suara
ceritakanlah kepadaku tentang kehadirannya
 
 

ILMU DAN AKAL

Dalam kehidupan sehari-harian kita ini, kedua elemen yang sangat memainkan peranan yang sangat penting ialah ilmu dan akal.. Agaknya kenapa dan mengapa ya?? Jawapannya kerana, tidak akan wujud ketamadunan dalam hidup jika hidup dalam kejahilan.. Akal pula penting sebagai tempat penyimpanan ilmu yang telah dipelajari.. Konteksnya mudah sahaja.. Kita kaitkan kepada konteks semasa iaitu minyak kereta dan tangki minyak kereta.. Minyak kereta itu berfungi untuk mengerakkan kereta yang dipandu itu.. Ianya kerana minyak itu adalah elemen yang sangat penting untuk menggerakkan sesebuah kereta disamping keperluan-keperluan yang lain.. Samalah juga dengan tangki minyak kereta.. Jika tangki minyak kereta tidak ada, maka dimana akan disimpan minyak kereta tersebut.. Pastinya akan tumpah mencurah-curah.. Begitulah juga  dengan konsep ilmu dan akal.. Kita memahami dan mempelajari sesuatu perkara tersebut.. Maka itulah yang dinamakan ilmu.. Akal pula tempat kita menyimpan semua data-data yang telah kita pelajari.. Maka dengan adanya akal, kota mampu menyimpan berjuta-juta ilmu pengetahuan.. Bayangkan jika kita ada ilmu tapi tidak ada akal atau kita ada akal tetapi tidak ada ilmu.. Maka jawabnya berantakan la kehidupan ini.. Jika ada ilmu tetapi tidak ada akal samalah dengan ada minyak kereta tetapi tidak ada tangki minyak.. Ilmu yang dipelajari itu akan tumpah mencurah-curah tanpa sebarang penapisan.. Manakala jika tidak ada ilmu tetapi ada akal seperti tidak ada minyak kereta tetapi ada tangki minyak.. Maka jawabnya tidak berguna juga..

Ilmu dan akal itu adalah satu anugerah ALLAH SWT yang tidak terhingga.. Tidak mampu dibayar dengan wang ringgit mahupun harta benda.. Al-Quran memberikan kedudukan yang istimewa kepada akal. Islam menjadikan berfikir sebagai satu kemestian ke atas semua manusia. Berfikir itu lahirnya daripada akal yang kita miliki.. Berfikir dianggap sebagai bentuk ibadah yang tertinggi. Perkara ini dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t yang bermaksud: Mereka yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan tidur serta berfikir pada kejadian langit dan bumi (lalu berkata) Tuhan kami sesungguhnya Engkau tidak jadikan semua ini sebagai satu kebatilan, maha suci Engkau. Maka lindungilah kami daripada azab neraka, surah al-Imran, ayat 190.

Darjat orang berilmu disisi ALLAH SWT juga adalah tinggi.. ALLAH ada berfirman didalam AL-QURAN yang mana DIA akan mengangkat beberapa darjat orang-orang yang berilmu pengetahuan.. SUBHANALLAH..

Sebagai umat manusia, kita mestilah mesyukuri nikmat kurniaan ALLAH SWT ini.. Bagaimana caranya?? Melalui pengamalan dan sumbangan.. Ilmu yang dipelajari diniatkan bukan untuk kepentingan sendiri sahaja tetapi untuk maslahah bagi umat manusia juga.. Manakala akal pula adalah anugerah terbesar ALLAH SWT terhadap kita.. Adanya akal membolehkan kita membezakan antara yang hak dan yang batil.. Ia juga yang membezakan kita dengan haiwan.. Jadi gunakan ia dengan sebaiknya jangan kita juga seperti haiwan :).. Renung-renungkan dan SELAMAT BERAMAL..

ISRA' DAN MIKRAJ

Hamdallah hari ini ALLAH SWT berikan kekuatan untuk mencoretkan serba sedikit perkongsian cerita didalam kehidupan aku ini.. Syukur hari ini ALLAH SWT berikan kekuatan untuk menghadiri ceramah bersempena dengan ISRA' MIKRAJ.. SUBHANALLAH bertapa hebatnya perjuangan rasul junjungan kita RASULULLAH SAW dalam menegakkan syiar ISLAM.. Hebatnya kalau kita nie sempat berjumpa dengan RASULULLAH SAW.. Memang sangat terkesan ceramah ISRA' DAN MIKRAJ dalam kehidupan jika dihayati.. Bagi diriku inilah kali pertama aku merasakan hebatnya peristiwa ISRA' MIKRAJ tu.. Mungkin ini juga kali pertama aku berusaha untuk menghayati segala jalan cerita dalam peristiwa tersebut.. Konklusi yang dapat dibuat daripada sirah NABI ini terlalu banyak.. Ianya juga perlu diserap dalam kehidupan kita agar kita mampu menjana sahsiah diri yang cemerlang.. Tadi penceramah tu sempat sampaikan apa yang perlu dalam penghayatan SIRAH NABAWIYH yang sangat penting dalam kehidupan kita.. Antaranya ialah :
  • Hayati sirah perjuangan. Bukan dok menghayat saja tapi kena buat perubahan dalam diri.. Apa yang dimaksudkan dengan penghayatan ini ialah memperbaiki diri kearah yang lebih cemerlang..
  • Menghayati sirah NABI SAW dan mencari hikmah bagi setiap peristiwa yang berlaku itu..
Semoga dengan ceramah atau program ilmiah bersempena dengan ISRA' DAN MIKRAJ ini mampu untuk memberikan pengajaran dan secara tidak langsung dapat menjadikan kita sebagai seorang da'ie yang gagah dijalan ALLAH SWT.. AMIIINN...

Saturday, June 25, 2011

12 GOLONGAN YANG BANGKIT DARI KUBUR

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."

Muhasabahlah diri kita, dalam golongan mana sebenarnya kita berada. Moga kita berada dalam golongan orang yang beramal soleh. InsyaAllah.

15 SEBAB TURUNNYA BALA


Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

AKU SEPASANG KASUT


 Namaku Nike, aku adalah dari bangsa trainer.
 Jenis-jenis lain, juga yang selain daripadaku dijual
 di merata kedai sukan. Aku telah dibeli semenjak
 setahun yang lepas. Semenjak itu hidupku mula
 berubah. Aku menjangkakan tentulah kebanyakan
 daripada hayatku akan kuhabiskan di trek atau di
 gimnasium. Tapi jangkaanku meleset. Tuanku lebih
 kerap membawa aku ke masjid-masjid dan ke rumah
 kawan-kawannya. Aku sempat mencuri-curi dengar
 kegiatannya dalam kelompok tersebut. Itulah yag
 dinamakan usrah rupanya. Apa yang ingin ku ceritakan
 di sini mungkin berguna kepada kalian semua. Berikut
 adalah pemerhatianku berkenan tuanku. Dia seorang
 da`i, kekagumanku dengan usahanya telah menginsafkan
 aku untuk mncoretkan warkah ini.
 
 Dahulu, tuanku hanya berseorangan. Aku selalu ke
 masjid bersamanya seorang. Di sana beliau
 mengabiskan masa mendengar ceramah agama, tak cukup
 dengan itu, habis kedai-kedai buku agama kami
 kunjungi. Sememangnya dia seorang yang obsessed
 dengan ilmu pengetahuan. Tafsir al-Qur'an memang
 selalu dibacanya. Ini membanggakan aku, kerana dapat
 berbakti kepada seorang yang cintakan ilmu.
 
 Aktivitiku tidak terhad begitu sahaja, aku juga
 sering dibawa ke kompleks sukan dan padang bola.
 Yang peliknya aku mendapat ramai kenalan ketika
 berada di padang, tetapi sering berseorangan ketika
 dibawa ke masjid.
 
 Dahulu, ini menjadi aktiviti kegemaranku, kerana
 dengan ini aku mendapat ramai kawan. Mulanya aku
 agak pelik dengan situasi ini, tetapi lama-kelamaan
 ramai kenalanku turut serta setiap kali aku ke
 masjid. Kini fahamlah aku, tuan aku menggunakan
 padang bola dan kompleks sukan untuk berdakwah
 rupanya. Masya Allah! Tak sangka juga, dengan
 aktiviti sukan tuan aku sempat juga mengajak
 rakan-rakan ke masjid. Sekarang aku tidak bersendiri
 lagi. Hampir setiap malam tuan aku akan berkunjung
 ke rumah rakan-rakannya. Di sini aku mengambil
 peluang untuk bersama dengan rakan-rakanku untuk
 bertukar pengalaman. Rakan-rakanku amat mengagumi
 tuanku. Aku tumpang berbangga.
 
 Usrah berjalan hampir setiap malam. Sememangnya tuan
 aku tidak kenal erti rehat. Baginya tempat rehat
 adalah Syurga dan masa untuk tidur adalah di alam
 kubur. Semua kasut akan senyap setiap kali tuan aku
 mula berbicara. Kaata-katanya penuh hikmah, setiap
 isi disokong dengan hadis dan ayat al-Qur'an. Tuan
 aku tidak banyak bercakap apatah lagi perkara yang
 sia-sia. Aku dapati rakan-rakan tuanku turut kagum
 dengan kebolehannya.
 
 Apabila bersama rakan, tidak pernah langsung beliau
 mencerca rakan yang lain. Jika ada perkara yang
 hendak ditegurnya akan dilakukan dengan hikmah. Aku
 lebih banyak mendengar beliau memuji orang
 berbanding mencerca kesalahan orang.
 
 Kini aku masih berbakti lagi. Aku tahu kalian tentu
 menganggap tulisanku ini gila dan tidak masuk akal.
 Akan tetapi renungkanlah kata-kataku ini. Aku
 mungkin kasut, tetapi suatu hari nanti mungkin Tuhan
 akan memberikanku mulut untuk berkata-kata, untuk
 bersaksikan apa yang tuan aku telah kerjakan. Pada
 saat itu akan aku saksikan pada Tuhan apa yang aku
 nukilkan pada kalian.
 
 Untuk kalian semua contohilah tuanku. Berdakwahlah
 dengan cara hikmah. Jangan sekali-kali lari dari
 masyarakat. Terkadang masyarakat di sekeliling
 kalian suka bersukan, atau mungkin sukakan hiburan.
 Ikutlah rentak mereka sebagaimana aku menari
 mengikut irama tuanku. Dalam berkata-kata hendaklah
 kalian berhati-hati, jauhilah cerca dan maki,
 lebihkanlah ukhuwwah dan pujian. Sesungguhnya mad`u
 suka dipuji. Namun puji biarlah ikhlas.
 
 Apabila berbicara gunakanlah al-Qur'an dan al-Hadis.
 Jangan kalian ikut sesedap mulut, kelak menikam
 kalian dari belakang. Tambahkanlah ilmu kalian, maka
 orang akan mendengar cakap kalian. Bukankah Tuhan
 menjanjikan darjat yang tinggi untuk orang yang
 berilmu? Jadilah da`i yang serba boleh. Jangan
 kalian sekatkan skop dakwah kalian, setakat mengajak
 ke surau dan masjid. Ingatlah, bersukan, muzik,
 berjalan, itu semua adalah dakwah bagi kalian.
 Setapak kalian berjalan, mungkin bisa mencampak
 hidayah ke dalam diri teman kalian.
 
 Oh! Aku memang tidak layak untuk menasihat kalian.
 Apatah lagi aku hanya sepasang kasut. Kalian ti
 perlu memaafkanku kerana aku hanyalah kasut. Tetapi
 maafkanlah tulisan aku kira aku cuba mengajar
 kalian, makhluk yang terbaik di sisi Allah. Sebelum
 lidah kasutku ini bergetar deras, cukuplah dulu
 nukilan dariku, sepasang kasut seorang da`i.


CARA MENGHILANGKAN MARAH

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya. Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

 

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunn! ya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.
 

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

CEBISAN AYAT AL-QURAN BUAT RENUNGAN BERSAMA




Surah Al-Ahzab ayat 66-68
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!" 



Surah Al-Kahfi ayat 103-105
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.


Surah Al-'Araf ayat 176
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.


Surah Al-Munafiqun ayat 4
Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?


Surah Al-Anfal ayat 54
(Keadaan mereka) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhan mereka, lalu Kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan Kami tenggelamkan Firaun serta pengikut-pengikutnya (di laut), kerana kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.

Surah Yunus ayat 88
Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.

 
Surah A-li Imran ayat 178
Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).




Surah An-Naml ayat 74
Dan sesungguhnya Tuhanmu sedia mengetahui apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka nyatakan (dengan tutur kata dan perbuatan).