JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Tuesday, May 31, 2011

TINGKATAN PERSAHABATAN

Dulu waktu dekat "Secondary School" ada sorang kawan pernah tanya saya.. Apa perbezaan antara Kawan, Rakan, Teman, dan Sahabat.. Apa lagi bagi jawapan bonus lah.. Beza antaranya ianya sebutan, ejaan, sebutan dan entah apa-apa lagi.. Lastly before end of secondary school teman tu pun bagitahu perbezaan diantaranya.. Itulah yang dipanggil tingkat persahabatan.. SUBHANALLAH indahnya ukhuwwah yang ALLAH berikan kepada kita.. Cuma kita kena tahu untuk melabelkan setiap insan yang berada disekeliling kita..


Antara tingkatannya ialah :

1) Sahabat.
Sahabat ini adalah pada kedudukan yang terlalu tinggi.. Ianya adalah satu tahap yang agak sukar kita perolehi.. Sahabat adalah seorang insan yang ketika susah dan senang bersama kita.. Seseorang yang sanggup berkorban dan berjuang semata-mata untuk kita.. Ianya seperti perhubungan ketika zaman RASULULLAH SAW dahulu.. Hubungan mereka terlalu akrab sehingga sanggup untuk memperjuangkan nyawa mereka semata-mata untuk sahabat mereka.. Sahabat adalah hubungan yang dijalinkan semata-mata untuk redha ILLAHI..

2) Teman.
Teman pula menduduki kedudukan yang kedua selepas sahabat. Ianya boleh digolongkan antara orang yang rapat dengan kita.. Adakalanya ia selalu bersama kita ketika susah dan senang.. Tapi kadangkala mereka sanggup mengorbankan kita demi kepentingan mereka sendiri.. But they still think about us gak la.. Kita selalu dengar teman seperjuangan.. Maknya kita boleh bayangkan teman seperjuangan itu macam mana.. Namun mereka banyak juga mengutamakan kepentingan kita daripada mereka tetapi tidak mencapai tahap sahabat.. Kalau kata berkorban nyawa tu of course la tidak sanggup.. Namun mereka masih sanggup berkorban demi hal lain untuk kita..

3) Rakan.
Rakan adalah hubungan persaudaraan yang kedua terendah.. Erm mereka ini antara golongan yang hanya apabila kita senang akan bersama kita tapi ketika kita susah akan tinggalkan kita.. Mereka ini adalah golongan majoriti dalam seluruh kehidupan kita.. Kalau kata pengorbanan daripada pihak mereka agak sukar untuk diperolehi.. Pengorbanan yang mereka lakukan itu pun atas kepentingan sendiri dalam hal-hal yang agak kurang pentingnya.. Erm tak perlu hurai banyak pun rasanya semua pembaca tahu.. Kita kan selalu dengar macam rakan sekelas dan banyak lagi.. Macam rakan sekelas ni pun bukan semua kita kenal dan tegur..

4) Kawan.
Kawan merupakan tingkatan yang terakhir.. Ianya merupakan tingkatan yang paling terendah.. Orang kata yang paling "tercorot" lah.. Hehehe.. Kawan ini pun golongan majoriti dalam kehidupan seharian kita.. Mereka bersama kita atas kepentingan mereka sahaja.. Jika mereka sedih dan gembira mereka ingin kita mendengarkan mereka.. Namun jika kita yang sedih dan gembira mereka tidak menghiraukan perihal diri kita.. Pendek kata kawan ni tahap yang paling biasa.. There is nothing to proud with them.. Mereka tidak selalu bersama kita..

So kesimpulannya di sini kita mestilah pandai dalam menentukan setiap insan yang berada disekeliling kita ini sebagai SAHABAT, TEMAN, RAKAN atau KAWAN.. Tak semua yang baik dengan kita macam sponsor makan, minum, jalan and etc tu kita boleh terus panggil sahabat atau teman.. Label antara sahabat dan teman itu perlu ditentukan dengan sebaiknya.. Tahu kenapa??

KERANA APABILA KITA MEMILIH SESEORANG ITU UNTUK KITA JADIKAN SAHABAT ATAU TEMAN MAKA PENGHARAPAN KITA UNTUK MEREKA TERLALU TINGGI.. KITA MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN YANG TINGGI DARIPADA MEREKA..

sedangkan dalam kehidupan ini kita tidak boleh meletakkan pengharapan yang terlalu tinggi terhadap seseorang.. Jadi jika kenal seseorang itu label lah terlebih dahulu sebagai teman atau kawan.. Kenal dengan baik kemudian pekur dengan mendalam :)..

No comments: