JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU


Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..

Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..

Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

Selamat Hari Ibu buat ibuku dan ibu-ibu di Malaysia dan serata dunia..


Hamdallah hari ini ALLAH SWT masih memberi kesempatan buat diriku untuk melakarkan coretan cerita kehidupan di dalam ruangan ini.. Firstly nak ucapkan SELAMAT HARI IBU BUAT IBUKU YANG DISAYANGI.. Terima kasih mum atas segala-galanya yang engkau curahkan dan berikan dalam kehidupan ku ini.. Alangkah sukarnya hidup ku tanpa mu..
Ya ALLAH terima kasih kerana mengurniakan aku seorang ibu yang banyak berjasa dan berkorban buat diriku.. Semoga setiap detik dan langkah yang ibu lalui di sirami dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH.. Hari ini membuatkan aku benar-benar terasa mengenai perasaan rindu terhadap ibuku.. Ibu doakan kejayaan anakmu ini..
* Terima kasih atas segala-galanya..
* Maafkan segala salah dan silapku..
* SELAMAT HARI IBU.. SEMOGA KASIH ALLAH SENTIASA BERSAMAMU..

SALAM KERINDUAN DARIPADA ANAKMU :(

No comments: