JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, May 7, 2011

SEJARAH PEMBINAAN KA'ABAH

SEJARAH PEMBINAAN KAABAH

Pada zaman Nabi Ibrahim A.S. menyembah berhala adalah amalan harian sebahagian besar masyarakat Makkah. Mereka menolak dan menentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim, iaitu agama yang mentauhidkan ALLAH S.W.T. ALLAH S.W.T. telah memerintahkan Nabi Ibrahim menempatkan isterinya Siti Hajar dan anaknya, Ismail di Makkah. Makkah pada waktu itu belum lagi didiami oleh manusia. Nabi Ibrahim A.S pulang ke negeri Syam untuk menjalankan tugasnya sebagai pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, Sesungguhnya Aku Telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, Maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, Mudah-mudahan mereka bersyukur. ( Surah Ibrahim : Ayat 37 )

Satu peristiwa telah berlaku diantara Siti Hajar dan anaknya, Ismail yang membawa terpancarnya air zam-zam di kawasan gurun yang kering kontang itu. Mulai saat itu, ramai orang telah datang untuk mengambil air zam-zam di samping menziarahi Ismail, malah ada di antara mereka yang menetap terus di Makkah. Kemudian, Nabi Ibrahim A.S. bersama anaknya Nabi Ismail A.S. membina Kaabah atas perintah ALLAH sebagai tempat untuk mereka beribadat, berzikir tawaf dan bersyukur.

No comments: