JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Sunday, May 15, 2011

SEDIKIT RENUNGAN BUAT PARA DA'IE

ANTARA ISI SEMINAR PENGKISAHAN SEJARAH ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

PESANAN DARIPADA PROF. DR. RAZALI NAWAWI :
Jika kita memilih jalan perjuangan ini yakni jalan untuk menegakkan agama ALLAH, kita akan sentiasa berjalan diatas cabaran. Maknanya apabila kita ingin melakukan kebaikan pada jalan ALLAH, mustahil ALLAH akan membuka jalan yang amat mudah bagi kita.. Tahu kenapa? Kerana ianya untuk mengukur tahap keikhlasan dan keimanan kita dalam melaksanakan sesuatu perkara yang dihajati tersebut. Secondlyuntuk menjadi seorang da'ie, niat kita mestilah diperbetulkan yakni dengan meletakkan niat dilandasan yang betul. Ianya agar usaha dakwah yang kita lakukan adalah ikhlas semata-mata kerana ALLAH SWT bukan untuk memperolehi pangkat, harta dan nama. Setiap yang dilakukan tanya diri sama ada "ALLAH REDHA ATAU TIDAK DALAM PERKARA YANG KITA LAKUKAN ITU". SUBHANALLAH..

PESANAN DARIPADA PROF. DATO' DR. SIDDIQ FADZIL :
Kalau berjuang jangan mengharapkan apa-apa. Kerana jika perjuangan kita itu pada jalan yang dikehendaki kehidupan kita akan sentiasa lengkap tanpa kekurangan. Jadilan pendakwah yang "TA'MURUNA BIL MA'RUF WA TANHAUNA ANIL FAHSYA'I WAL MUNKAR".

PESANAN DARIPADA DATUK SERI ANUAR IBRAHIM :
Ayat yang amat menarik perhatian penulis ialah : "GELARAN TIDAK BOLEH MENGHALANG KITA DARIPADA MENYATAKAN YANG HAK". So kepada rakan-rakan blogger pekur-pekur kan sendiri apa yang dimaksudkan oleh beliau. Secondly, tiada ISLAM tanpa kebebasan, tanpa hak asasi dan tanpa keadilan. Maksudnya ketiga-tiga prinsip diatas adalah memainkan peranan penting dalam syiar ISLAM. Antara penguat hujah beliau ialah : "WATA' AWWANU ALA BIRRI WA TAQWA".. SUBHANALLAH. Menjana insan cemerlang perlulah mengabungkan antara golongan Ulama dan golongan Sarjana. Setiap pendakwah perlulah mengambil sikap terbuka agar mendapat kecemerlangan dalam menuntu perubahan. Makna nya segala cabaran dalam menjadi pendakwah itu perlu dihadapi dengan kesabaran. MUDAH-MUDAHAN.. AMIN..

PESANAN DARIPADA PROF. DR. WAHBAH AL-ZUHAILY :
Konflik yang dihadapai pendakwah pada hari ini adalah diantara kebenaran atau kebatilan. Maknanya ada yang benar dan ada yang fasid. Firman ALLAH SWT dalam surah AL-IMRAN yang mafhumnya, "ALLAH REDHA DENGAN USAHA KAMU SELAGI KAMU MASIH DIJALAN ALLAH". SUBHANALLAH. Sebagai pendakwah tidak patut terikat kepada satu pemikiran sahaja. Pendakwah yang baru mestilah banyak mengeluarkan idea-idea yang baru yang bersesuaian dalam zaman tersebut. Kata-kata beliau yang paling menarik perhatian penulis ialah "APABILA KITA DIUJI MAKA ITU ADALAH SATU BERITA YANG BAIK BUAT KITA". MAHA SUCI ALLAH. Kebenaran akan sentiasa mengatasi kebatilan. INSYAALLAH.. Untuk menjadi pendakwah perlulah memegang kepada tiga perkara ini :
1) Pengorbanan. Setiapa gerakan adalah memerlukan kepada pengorbanan.
2) Keikhlasan.
3) Menyumbang sepenuh tenaga, masa dan harta..

SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA MENJADI PENDAKWAH DALAM MENEGAKKAN AGAMA ALLAH.. AMIN..

No comments: