JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Saturday, May 7, 2011

MEKAH SEBELUM PERUTUSAN RASULULLAH SAW

TANAH MAKKAH SEBELUM NABI MUHAMMAD MENJADI RASUL
Masyarakat arab jahiliyah mencampur adukkan ibadat haji dengan amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran islam. Keadaan ini telah berterusan sehingga Nabi Muhammad S.A.W. diutus untuk memimpin umat manusia kepada ajaran tauhid yang sebenar. Kota Makkah pada masa itu, dijaga oleh Abdul Mutalib sebagai Ketua Pentadbir Makkah. An-Najasyi bersama-sama angkatan tentera bergajah cuba menghancurkan Kaabah, tetapi terlebih dahulu dihancurkan oleh ALLAH S.W.T. Pada masa yang sama, Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan pada (571 Masihi-Tahun Gajah).
Kedatangan agama islam telah mengubah keadaan masyarakat Arab Jahiliyyah kepada suatu tamadun yang baru. Kejayaan Rasulullah S.A.W. membebaskan Kota Makkah daripada belenggu-belenggu musyrikin Makkah pada tahun kelapan hijrah, ia merupakan peristiwa yang paling bermakna, kerana mulai tahun tersebut, orang-orang islam telah bebas mengerjakan ibadat haji dan umrah di Makkah tanpa sebarang gangguan.

No comments: