JellyPages.com

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

"Hidup Memerlukan Seribu Pengorbanan"

Monday, May 9, 2011

KEMATIAN YANG BAKAL TIBA

Hamdallah hari ini ALLAH SWT masih lagi memberikan kudrat untuk penulis menulis warkah kehidupan di ruangan ini.. Satu topik yang sangat menakutkan dan menggerunkan setiap insan yang bernaung di muka bumi ini adalah KEMATIAN.. SUBHANALLAH yang menghidupakn dan mematikan setiap insan yang berada di muka bumi.. Beruntungnya kalau kehidupan ini diberitahu akan tarikh kewafatan kita yang bakal menjelang.. At least bleh la juga buat preparation kan?? Yala KEMATIAN ni adalah satu "EVENT" yang paling special dalam kehidupan.. Tidak di pinta ia mendatang namun tidak dapat di duga tarikh yang ditetapkan.. Akhir-akhir ini aku terfikir sejenak.. Ermm seramnya nanti berada di alam lain yakni alam kubur.. MASYALLAH masih tak sedia lagi rasanya diri yang kerdil ini.. Masih tidak cukup lagi bekalan yang akan aku bawa.. Macam pergi perkhemahan la kita tak cukup bekalan makanan.. Ada dua kemungkinan berlaku.. Sama ada kita still bleh survive atau tidak.. Begitu juga lah menghadap ILLAHI dengan bekalan yang tidak cukup alamat AL-NARR la jawapan nya.. Indahnya kematian jika kita bergelar "MUSLIM ATAU MUSLIMAH YANG BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN DUNIAWI"..


Ya ALLAH jangan engkau ambil diriku menghadapmu andai aku masih berlumuran dengan dosa duniawi.. Actually saya taip teks ni ekoran pemergian seorang jiran tetangga kat perumahan yang aku tinggal ni.. Hurm insan yang agak banyak juga berjasa selama aku belajar di sini.. Ye lah lau dia tak ada susah kot nak cari sumber makanan.. SEMOGA ROH MAK MAH DITEMPAT KAN DI KALANGAN INSAN-INSAN YANG BERJAYA DAN SYURGA.. Hamdallah hari ini ALLAH berikan kesempatan untuk turut serta bacaan tahlil buat MAK MAH.. Pemergian beliau menyebabkan aku terfikir akan kematian yang bakal menjelang.. Cikgu aku pernah kata, "KEMATIAN TIDAK MENGENAL USIA".. Seperti semalam baru aku bertemu dengan MAK MAH namun hari ini dia pergi untuk selamanya.. Pemergian beliau membuat kan aku terkenang akan parent aku.. Ya ALLAH jangan lah engkau mengambil mereka di saat aku terlalu genting memerlukan mereka.. Namun andai takdir menentukan pemergian mereka aku redha dengan ketentuan MU ya RABB.. KEMATIAN TIDAK MENGENAL USIA, MASA DAN TEMPAT.. Semoga dengan pemergian insan yang berada disampingku memberikan aku satu peringatan yang besar.. Ya ALLAH bimbinglah hati-hati kami ini untuk memperolehi kemanisan hidup di dunia dan juga di akhirat..


YA ALLAH PNTAKU TERHADAP MU, "HIDUPKAN LAH AKU SEBAGAI SEORANG MUSLIM DAN MATIKANLAH AKU SEBAGAI SEORANG MUJAHID".. MUDAHKANLAH LIDAH KAMI UNTUK MENGUCAPKAN SYAHADAH KETIKA DALAM KEADAAN NAZAK SEBELUM PERGI BERTEMU DENGAN-MU YA RABB.. JADIKANLAH KAMI MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG BERJAYA DALAM IMTIHAN-MU YA ALLAH.. AMIN YA RABBAL ALAMIN..

No comments: